Followers

Selasa, 20 November 2012

Jeruk mangga segera.

 Jeruk mangga segera ini ibuintan belajar daripada mantan guru penolong kanan sekolah terdahulu.. Pn Hjh Rasmah.. trima kasih kak.  Setakat ni semua suka dan puji... manis, sedap dan yang penting segera.  Cepat dibuat, cepat dimakan.


Langkah pertama....


Mangga ... wajib ada, nama pun jeruk mangga


Langkah kedua ...


kupas kulitnya dan basuh bersih-bersih.

Langkah ketiga .....


Hiris kecil-kecil dan gaul dengan garam.  Untuk enam biji mangga, ibuintan guna satu senduk garam kasar.  Gaulkan biar sekata.

Langkah keempat....


Curahkan air panas, yang mendidih tau bukan suam kuku. Biarkan dalam dua minit sehingga mangga bertukar warna.

Untuk menjimatkan masa sebelum mengupas, jerang air dahulu supaya dilangkah ke empat ini air mendidih telah tersedia.


Langkah ke lima....


Warna mangga dah kekuningan, basuh bersih dan toskan.

Langkah ke enam.....


Masukkan ke dalam bekas, tak kiralah bekas apa yang penting boleh ditutup.  

Langkah ke tujuh ....


Gaul dengan gula.  Ibuintan guna satu setengah senduk gula.  Satu senduk digaulkan sementara setengah tu di taburkan saja dibahagian paling atas.


Langkah terakhir....


Tutup botol dengan rapat. Bukan apa takut ada semut yang bunuh diri nanti.

Biarkan dalam 15 ke 20 minit, ...  MAKAN....




Mangga ni pemberian adik ipar, dahan mangga di rumah mertua adik ipar sekah.  Jadi banyaklah buah mangga muda yang dikutip dan dibawanya balik kampung hari Sabtu lepas, di rumah mak mertua ibuintan dah membuat hampir 30 biji mangga.... dapat empat balang seperti di atas. Satu balang sekejap je habis, dua balang adik ipar ambil bawak balik ke rumah masing-masing, satu balang pula mak mertua awal-awal lagi dah simpan dalam esboknya.  Jadi ibuintan hanya bawak balik lebihan mangga yang belum dijeruk.  Jeruk mangga ni istimewanya tidak menggunakan cuka, tu sebab mak dan abah mertua ibuintan yang dah tak bergigi tu pun suka... dan yang paling bestnya cepat dibuat, cepat dimakan.


Maaflah ye, kok ada yang kecur air liur tu!  

Masa entri ni dicatat, mangga dalam botol tu sedang dihadap oleh Azim.





22 ulasan:

Daddy Ziyyad berkata...[Reply]

wah! ini betul betul ekspress! Dalam masa tak sampai sejam, dah boleh makan homemade jeruk...:)

Nasi tu nasik biasa aja ya?

Kakzakie berkata...[Reply]

Ini betul-betul bagus cikgu sebab tak ada bahan pengawet dan cepat terus boleh ngap:)

Kalau kakak boleh ikut sebab kalau mangga dah depan mata mana boleh tunggu lama-lama.

Acik Erna berkata...[Reply]

assalam ibuintan..acik pun biasa buat macam ni dulu..memang sedap..masa dok tanjung karang..mangga banyak

Zaitun berkata...[Reply]

Meleleh air liur kak Zai dibuatnya hehehe...

Terima kasih kongsi recepi nanti kalau ada mangga kak Zai nak cuba.

TiranaAduka berkata...[Reply]

salm ibuintan
Teliur la pulak ..adoi.bungkus 2.pos tau.hehehe



*terima kasih sis sudi dtg dan tinggalkan sepatah 2 kata.malu rasa ta ni..ta ni biasa biasa je sis.ada baik ada buruknya. Ada kurang ada lebihnya..hanya sebgai insan yg sedar betapa betuahnya diri ini. Syukur alhamdulillah..

ibuintan berkata...[Reply]

@Daddy Ziyyad

Doc ZZ... tak guna nasi, tu satu senduk garam kasar

ibuintan berkata...[Reply]

@Kakzakie

cubalah buat kakzakie... memang cepat boleh dimakan dan tanpa bahan pengawet pula ... manis ranggup bila dimakan

Kak yon berkata...[Reply]

memang betullah intan.baru baca dah meleleh airliur..hihi
ni yang nak pergi paso esok.. nak beli mangga muda buat jerok.

ibuintan berkata...[Reply]

@Acik Erna

mualaikumsalam Kak Erna... tu la sedap kan, kundang pun sedap buat jeruk camni

ibuintan berkata...[Reply]

@Zaitun


cubalah KakZai... memang senang dan cepat dimakan

ibuintan berkata...[Reply]

@TiranaAduka


boleh je... satu balang pun boleh pos tapi menjelang malam ni jeruknya dah hampir licin

ibuintan berkata...[Reply]

@Kak yon


hehehe Kak Yon, cuba jangan tak cuba..

Nur-nba berkata...[Reply]

Salam.. Kak ibuintan, maaf ye.. Tadi entri tu akak tak boleh baca.. Nur dah betulkan dah..

Sedapnya jeruk tu.. terliur dibuatnya.. yummy..

P/s : cantik header baru blog akak.. :)

Daddy Ziyyad berkata...[Reply]

Ooohhh..okay..dah silap faham pasal 'senduk nasi' tadi..hihihih..

Oh ya, mmg wife saya ada jual online product bakery..yg selalu post ke serata malaysia ialah macaron..macam cheese tart/pavlova/segala macam kek tu, selalunya drop off/self pick up..Ibuintan boleh check kat entri2 saya di blog yg berlabel Bisnes. Website bakery wife saya belum siap lagi.

TiranaAduka berkata...[Reply]

singgah pagi mencari jeruk.....
adoi dukacita datang sini hehehhehehehe....
gurau je sis.....

Thanks sudi singah blog TiranaAduka

ibuintan berkata...[Reply]

@Daddy Ziyyad

tq Doc atas infonya, nanti akk cuci mata kat sana

ibuintan berkata...[Reply]

@Daddy Ziyyad

tq Doc atas infonya, nanti akk cuci mata kat sana

ibuintan berkata...[Reply]

@TiranaAduka


heheheh.. welcome TA

ummiross berkata...[Reply]

ibuintan..bestnya, memang kecur airliur ni, hehe. Tq ye sebab bagi resepi mudah buat jeruk, nanti ummi nak cuba buat juga insyaAllah.

NzA berkata...[Reply]

TQSM...sharing is caring....kecur...kecur....

Tanpa Nama berkata...[Reply]

1st Time my photo in My blog..

Tanpa Nama berkata...[Reply]

Esok nk cube wat..pelam bnyk kt dapur..hihihh tq kak