Followers

Jumaat, 23 November 2012

Anak orang anak sendiri ..... manja.


Ikmal cucu jiran, sejak bermula cuti sekolah menjadi anak murid la pulak.  Walaupun dengan berat hati namun Ikmal datang juga setiap pagi.  Waktu datang Ikmal ikut waktu yang ditetapkan 'cikgunya' tapi waktu balik ikut waktu Ikmal.  Kekadang baru mula 20 minit... 'eh dah boleh balik kan"  katanya.  Hahaha tak dapek do Ikmal... kena tunggu lagi 60 minit.  Kelas baru mula ni.

Uwannya risau dengan pelajaran Ikmal. Uwannya risau mengenangkan keadaan Ikmal yang masih tidak dapat membaca dengan lancar, masih mengeja dan tersangkut-sangkut. Ingat depan lupa hujung, ingat hujung lupa depan.  Ibuintan dah tak berani nak guna istilah 'baca merangkak" Lihat sini. Ikmal anak yang normal dan sangat aktif dan petah bercakap.  Tahun hadapan Ikmal akan masuk tahun dua, tu yang uwannya risau sangat tu, takut Ikmal akan tercicir dalam pelajarannya kalau masih tidak dapat membaca dengan lancar.  

                                              
Ni kerja sesi perkenalan awal minggu lepas. Ikmal tulis apa saja yang Ikmal tahu bermula dengan menulis 26 huruf abjad.  Okey.... tiada masalah tidak kenal huruf.  Jadi sepanjang sesi satu setengah jam kami bersama ibuintan hanya meminta Ikmal mengeja dan menulis perkataan sahaja dahulu.... bermula dari perkataan yang paling mudah iaitu bersuku kata terbuka.  Pengalaman ibuintan sepanjang mengajar murid pemulihan atau murid yang lemah, teknik mengeja sambil menulis perkataan ini memang berkesan.

Kata pakar :
 Mengeja perkataan merupakan asas penting untuk mendapatkan perbendaharaan kata dan
membangunkan kemahiran membaca dan menulis. Seseorang individu tidak boleh menjadi
pembaca yang fasih dan penulis yang baik sekiranya menghadapi masalah dalam ejaan (Treimen, 1997



 Maknanya Ikmal tiada masalah pembelajaran.... uwan jangan risau...  masalahnya cuma Ikmal mau atau tak mahu saja, "tu lah, payah bona nyuruh dio maco buku, nak bemain yo" sunggut uwan Ikmal.  Uwan Ikmal muda lagi tau, masih bekerja.  Ni cucu sulung dan satu-satunya cucu  uwan setakat ini.  Segalanya tertumpah pada Ikmal sorang saje.  Apa hendak pasti dapat, kalau tak dapat pasti menangis.  Kalau uwan tak beri, pasti atuk yang beri.  Yang pasti atuknya memang selalu kalah dengan Ikmal, berbanding dengan uwan yang agak tegas. 




Ni pulak anak manja sendiri... cuti sekolah yang bercuti sakan buatnya.  Along dan kakaknya sibuk dengan peperiksaan, dia pulak tergolek terlentang depan tv layan kartun, penat tengok katun layan PS2, penat depan tv pegi ke komputer ...



berebut komputer dengan ibunya, dia bergame pulak di Ipad....tambahan sekarang hujan setiap hari, langsung tak keluar rumah.   Bila petang  baru keluar bermain futsal bersama kawan-kawan.  Sabar je la dengan bujang kecik sorang ni........... dan yang pasti perutnya sentiasa lapar walaupun kerjanya hanya main game yang tak mengeluarkan peluh dan tenaga. Buatlah apa saja, masaklah apa saja gerenti habis.  Jadi cuti sekolah ni terpaksalah ibunya rajin ke dapur. Sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.  No tapau-tapau macam hari kerja.


Sarapan pagi ni... nasi impit kuah kacang.

Kurus tapi banyak makan....


.... tengah hari ni cadang nak cuba masak bunga betik sebagai menu sampingan...




8 ulasan:

Kakcik Nur berkata...[Reply]

Anak kakcik yang kedua dulu pun lambat membaca. Sampai masuk Tahun Dua, masih belum boleh membaca dengan lancar walaupun sebelumnya dihantar ke tadika. Alhmadulillah, sekarang dia dah bekerja dan berjaya belajar hingga peringkat Diploma (tapi tak nak sambung ke peringkat Ijazah dah...)

Pn Kartini berkata...[Reply]

Assalamualaikum ibuintan..
Tabikk springg utk ibuintan ats usaha ngajar ikmal
Mbaca...rajin akak..:-)
InsyaAllah..ikmal kan lancar mbaca..

ummiross berkata...[Reply]

Nak mengajar pun kena ada teknik juga kan ibuintan, Alhamdulillah kalau dah temui cara yang sesuai dan terbaik, dapatlah membantu yang agak lambat.

Hehe..biasalah ibuintan, cuti2 nilah sibujang kecik berpeluang bersantai-santai macam tu, anak2 ummi dulu pun macam tu juga.

Nasi impit ada lagi ibuintan?, ummi nak tapau, hikhik!!

Kakzakie berkata...[Reply]

Kesian juga sebab sekarang anak-anak 4-5 tahun dah boleh membaca. Ibu-bapanya tak kisah pulak ye cikgu tapi tok dia yg susah hati.

Kakak tengok N3 bawah - bunga berjurai buat mata kakak tak kelip tau cikgu. Cantiknya. Meriah betul. jeles kakak tengok.

NzA berkata...[Reply]

InsyaAllah kak, mungkin ikmal
tu manja cz dok dgn neneknya.lagipn anak2 lelaki ni lain sikit..xtekun belajar.....pencapaian anak2 xsama..

mcm angah nza dulu, drjah 2 masih merangkak membaca ttp alhamdulillah masa UPSR n PMR dia dpt straight A n ditawarkn ke SBP...........

Izan Ishak berkata...[Reply]

izan pun risaukan naufal sbb masih merangkak2 lagi membaca ni ibuintn. thn depan darjah 1.

hmmm.. cuti2 ni mmg kerjanya keluar masuk dapo jelah anak2 bujang kecik kat umah ni...ulang alik cari makanan aje.

Zaitun berkata...[Reply]

In Shaa Allah kalau Ikmal rajin pasti tak ada masaalah,Yang penting ibubapa juga kenalah berusaha sama2.

kasihibu berkata...[Reply]

best berjiram dgn cikgu nih
boleh hantar anak belajar :-P
kita berjiran boleh ibu?