Followers

Jumaat, 2 November 2012

Cemerlang dunia dan akhirat... mudah-mudahan.


Assalamualaikum.... Alhamdulillah, selesai satu lagi majlis di sekolah.  Hujung minggu ni boleh rehat yang secukupnya setelah seminggu yang amat memenatkan.  Minggu-minggu terakhir persekolahan yang amat sibuk dengan pelbagai kursus dan aktiviti lain.


Majlis untuk Kelas Agama Petang telah selesai. Tinggal Hari Q untuk sesi akademik pagi pula.  Dijangkakan pada petang hari Khamis minggu depan pula.


                              Bacaan doa oleh tuan iman masjid kariah yang berhampiran.

                                                Pn GB menyampaikan ucapan.

                               Wakil PPD unit Agama Islam


                     Menikmati jamuan ringan sebelum majlis  diteruskan dengan penyampaian hadiah.







 Persembahan murid yang diselangselikan dengan penyampaian hadiah.

 







Wajah-wajah ceria anak-anak yang cemerlang bidang agama.  Moga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah kepada ibu bapa dan keluarga mereka.



Seperti lazimnya kelibat ibu-ibu jugalah yang kelihatan.... kaum bapa mencari rezeki kan!



Hari Isnin dan Selasa minggu depan  ibuintan berkursus lagi.  Disebabkan sejak hari Isnin hingga Khamis berkursus, pagi tadi di sekolah ketua kelas dan penolongnya dah datang berjumpa ibuintan bertanyakan bila jamuan kelas akan di adakan.  Biasalah hujung-hujung tahun mereka seronok nak mengadakan jamuan, nak menghabiskan duit kutipan kelas mereka juga.... tak sebanyak mana pun.    Jadi nak tak hendak ibuintan terpaksa memberi tarikh hari Rabu depan untuk jamuan kelas.  Dah takde hari lain yang sesuai. Kalau iikut menu cadangan mereka... tak terbawak dek duit kelas!




 

 
 

16 ulasan:

NzA berkata...[Reply]

Fuh !!!! lega tu kak...esok sk sy baru nk camping, minggu dpn majlis khatam, hari anugerah, majlis pra n mcm2 lg..penat hingga ke akhir.......huhuhu....

ahmad humairi berkata...[Reply]

Kerusus lagi.....xpe2 bagai persediaan tahun 2013...pasti mantop!

zan berkata...[Reply]

salam ziarah,dtg menjenguk ibuintan.

Izan Ishak berkata...[Reply]

semalam sekolah abg muhaimin pun dah buat hari kecemerlangan ni ibuintan. thn ni giliran si ayah plak kena pegi sbb ummi ada baby... lega!

sal berkata...[Reply]

alhamdulillah dah selesai...
cantiknya foto..clear dan terang..

Sham berkata...[Reply]

Tak sabor nak cuti dah ni...heee

Kakzakie berkata...[Reply]

Melihat airmuka budak-budak yg cemerlang cikgu, walau tak ada gigi pun nampak cerdik budaknya.

Cikgu pasti bangga melihat anak yg dididik berjaya.

Zaitun berkata...[Reply]

Nampak ceria murid2 yang cemrlang,tahniah.

Selamat beristirehat.

ibuintan berkata...[Reply]

@NzA


memang lega Nza... minggu depan hari Q saja yg besarnya lagi, yg lain2 tu jamuan unit2 saja

ibuintan berkata...[Reply]

@ahmad humairi

kerusus... minggu depan pun ada kerusus dua hari lae, xpe tambah ilmu kan... tambah kojo juge

ibuintan berkata...[Reply]

@zan

trima kasih Zan... sudi datang, jemput la dtg lagi

ibuintan berkata...[Reply]

@Izan Ishak


izan... tahniah dapat baby lagi... tak kesah sapa yg datang .. janji datang, tanda beri sokongan pada anak2

ibuintan berkata...[Reply]

@sal

selesai... satu majlis lagi menunggu

ibuintan berkata...[Reply]

@Sham

sabo dulu Sham.. ada seminggu lagi, bereskan sume kerja dulu baru boleh cuti2 dengan riang rianya

ibuintan berkata...[Reply]

@Kakzakie


senyum lebar semuanya... mak2 mereka lagi senyum ceria

ibuintan berkata...[Reply]

@Zaitun


cemerlang mereka tu kak... bertuah ibu bapa mereka