Followers

Isnin, 26 November 2012

Fasa pertama... selamat menjadi tunangan orang


Alhamdulillah... Azim dah sihat sepenuhnya. Tapi sejak pagi semalam abahintan pula yang demam bersama dengan batuk dan selesema juga.  Sebab tidak mahu menyebarkan virus, abahintan sanggup memakai mask penutup hidung dan mulut sepanjang hari. Stok mask penutup hidung dan mulut ni memang sentiasa ada di rumah tapi hanya dia yang sanggup guna, ibuintan rimas memakainya. Dalam menjaga penyebaran virus tersebut, ibuintan tetap juga terkena jangkitannya.  Jadi sejak tengah hari tadi, badan sudah mulai seram sejuk, air hidung mula berjuraian dan tekak mulai perit.  Menjelang malam badan pun rasa sakit dan sengal.  Memang sah dah demam, bersama selesema juga.  Nasib baik sakit tekak tidak menjadi batuk sebab ibuintan sentiasa minum madu dan jus aloe vera. Sebab malas ke klinik, ibuintan kongsi ubat demam  Azim.   Malas nak keluar sebab hujan  dari tengah hari , menjelang Maghrib baru berhenti. Harap demam ini tidak berpanjangan.


Semalam pula, seharian kami berada di rumah kakak ipar di Taman Tasik Jaya Seremban.  Kakak ipar mengadakan majlis pertunangan anak sulungnya.  Walaupun demam abahintan tetap hadir dan terpaksa juga menjadi wakil pihak perempuan.  Nasib baik tidak berpantun bermadah bagai, street to the point je... cepat je acara selesai.... cakap lebih kurang terus di akhiri dengan menyarung cincin.  Lega sangat abahintan

Abahintan berbaju putih, yang di kanan adik iparnya dan di kiri abang ipar...  my biras la tu.  Yang berbaju batik biru ungu tu kami (para biras) seramai sebelas orang sebulat suara melantiknya sebagai ketua biras. Apa-apa majlis kenduri kendara (belah mertua) beliaulah menjadi leadernya.   Sayangnya kini tinggal sembilan orang saja, biras nombor satu telah meninggal dunia pada bulan April yang lalu dan terbaharu ialah arwah Kak Lang Eda ( dua minggu lepas) ... alfatihah.



Tahniah Along Ain... insyaallah , jika sampai jodohnya akan diijabkabulkan pada bulan June nanti.  Dengan orang dekat je, dari Taman Tunku Jaafar... jiran Acik Erna kot.



18 ulasan:

anitaare berkata...[Reply]

assalammualaikum ibuintan,

musim demamlah sekarang ni..sy pun kurang sihat..moga ibuintan cepat sembuh..tahniah buat anak sulung kakak ipar ibuintan..lawalah Along Ain :)

ibuintan berkata...[Reply]

@anitaare

Mualaikumsalam

alhamdulillah makin sihat, selesema juga sudah berkurangan, badan pun rasanya dah back to normal.. tak panas dan sakit2 lagi

NzA berkata...[Reply]

Tahniah Along Ain...comel orgnya...moga smpai ke jinjing pelamin.....

sal berkata...[Reply]

alhamdulillah..moga bahagia selalu pasangan ini..

Daddy Ziyyad berkata...[Reply]

yg perlu di risau ialah Azim..sebab patient asma macam Azim mudah kena jangkitan...ada guna air purifier tak kat rumah ibuintan?

tahniah buat anak buah ibuintan..moga selamat ke jinjang pelamin kelak

Acik Erna berkata...[Reply]

assalam ibuintan.selamat bertunang buat anak sedara tu..cantik bakal pengantin ni

ummiross berkata...[Reply]

Assalamualaikum ibuintan;

Comelnya bakal pengantim. Harap ibuintan sekeluarga semakin sihat, harap tak melarat demamnya

Tijah berkata...[Reply]

TTJ? ohhh jiran sazah la nih

kasih ibu jua berkata...[Reply]

tahniah...cantik comel anak buah ibuintan

RedRose berkata...[Reply]

waaahhh... cantiknye anak buah ibu!!! congrats to her

ibuintan berkata...[Reply]

@NzA

tk Nza.. insyaallah moga smpai jodohnya

ibuintan berkata...[Reply]

@sal

insyaallah..amin

ibuintan berkata...[Reply]

@Daddy Ziyyad

kat rumah ada guna penapis air di dapur, yg akak perasan sangat Azim mudah alah dengan makanan ringan yg berperasa udang atau sotong .. yg susahnya dia suka curi makan di luar

ibuintan berkata...[Reply]

@Acik Erna

tq kak... manis orangnya kan

ibuintan berkata...[Reply]

@ummiross

alhamdulillah ummi... dah sihat semuanya

ibuintan berkata...[Reply]

@Tijah

setaman mako sejiranlah tu kan.. mano tau sok kenduri ea kito leh jumpo

citarasa rinduan berkata...[Reply]

cantik ain

abahintan mmg sesuai.. gayanya mmg pandai berkata2

Kak yon berkata...[Reply]

salam ibu intan..
cantik ain dan selamat menjadi tunangan orang..