Alhamdulillah... tutup sudah sesi persekolahan tahun 2012. Aktiviti kemuncak bagi setiap sekolah juga telah selamat dijayakan pada petang Khamis yang lalu. Semuanya berjalan dengan lancar. Sambutan ibu bapa juga sangat hebat dengan kehadiran yang hampir memenuhi ruang dewan sekolah yang semakin ceria. Selain jemputannya seorang Timbalan Menteri, barangkali mereka teruja kerana inilah pertama kalinya dalam sejarah sekolah ini majlis anugerah di adakan di dewan yang berpentas. Mereka ingin merasa kebanggaan melihat anak menaiki pentas untuk menerima hadiah. Kepada ibubapa yang anak mereka tidak menerima hadiah pula, mereka seronok untuk menonton anak-anak mereka beraksi membuat persembahan di atas pentas. Sambutan ibubapa dari perkampungan Asli Langkap juga sangat membanggakan. Kebanyakan mereka hadir sekeluarga ... ibubapa dan semua anak-anak, anak yang bersekolah menengah juga. Memang diluar jangkaan.
Tentatif program seperti biasa... selepas bacaan doa
Ucapan aluan tuan rumah.. gubosa la!
Diikuti ucapan wakil PPD Kuala Pilah
Seterusnya wakil Tim Menteri.... Tim Men tak dapek hadir, mesyuarat EXCO kate wakilnya..wakil TM ni pulak merupakan anak kampung ni malah bekas pelajar sekolah ni juga.....
Acara utamanya penyampaian hadiah di selangselikan dengan acara persembahan murid.... seronok sakan mereka
Tokoh murid bersama ibu adiknya serta wakil TM dan guru besar... Tahniah kepada Intan, calon harapan untuk 5A UPSR
Ibuintan yang mengetuai bahagian jamuan terpaksa mengubah strategi di saat akhir. Jamuan VIP terpaksa diasingkan dan dipindahkan ke bilik Pusat Sumber kerana menjangkakan kesesakan akan berlaku di bilik asal yang telah dicadangkan. Cadangan asalnya kami tidak mahu ada double-standard, mahu semua menikmati jamuan dibilik yang sama saja tak kira VIP, guru-guru ataupun ibubapa. Tapi bila melihatkan kedatangan ibubapa yang diluar jangkaan, rancangan awal terpaksa berubah sama sekali. Malah jamuan untuk cikgu juga terpaksa dibuat dibilik lain. Kelam kabut jugalah diawalnya. Namun semangat kerjasama rakan dan pengusaha katering memudahkan urusan dan akhirnya semua berjalan lancar. Nasib baik juga perubahan strategi ini dibuat kalau tidak rasanya memang berlaku kekecohan dan rasa tidak selesa. Dan nasib baik juga makanan mencukupi.
Yang berbaju putih kotak2 ditengah ialah Pak Abu... tok batin Kg Langkap, sebelum balik sempat memberi sumbangan .... hebat tu... datang pun bawak Merc tu
Senyuman lebar si pengacara majlis.... tahniah!
Penat tapi hepi..... dah ambil gambar baru perasan ketiadaan beberapa orang lagi tenaga penggerak majlis
****selesai sudah .... tahun pertama ibuintan menabur bakti dan budi di sini... alhamdulillah
8 ulasan:
Alhamdulillah...berkat sikap bergotong royong dan kerjasama akhirnya program berjalan dengan lancar.
Assalamualaikum Ibuintan
tok batin pun pakai merc yer...!!!!
tahniah adik Intan
assalammualaikum ibu intan,
tahniah!pentas cantik..baju cikgu2 pun cantik..meriah ye
@Zaitun
syukur... yg penting kerjasama pasti semua berjalan lancar
@atuk
merc tu salah satunya, ada lagi yg lain tu!!
@anitaare
mualaikumsalam... hehehe pentas baru, baju pun baru... tu yg ceria laen macam je tu
tahniah kak.... berseri-seri majlisnya
cantiknya dewan..alhamdulillah dah selesai..
selamat bercuti
Catat Ulasan