Assalamualaikum.......selamat pagi dan selamat bersarapan. Alhamdulillah, ibuintan bersarapan mee hoon goreng bersama teamix pagi tadi. Pagi-pagi waktu cuti bolehlah masak sarapan sendiri, kalau hari kerja bersarapan di kantin sahaja. Sarapan pun pukul sepuluh lebih, terus makan nasi yang merangkap makan tengah hari lah tu. Balik sekolah pukul dua hanya bawak lauk tapau untuk anak-anak yang balik sekolah.
Tengah hari ni tak tau nak masak apa lagi. Semalam masak yang ringkas saja. Asyik makan ayam dan daging je sepanjang minggu naik jemu pulak. Empat hari berkursus, hanya ayam dan daging saja menunya silih berganti. Dalam mee pun ada ayam, kuih karipap pun ada ayam... balik ke rumah pun masak ayam lagi. Azim kalau boleh maunya ayam saja setiap hari.
Ni sajo nak tayang menu kampungan somalam.
Ikan parang masak asam... sumo suko ni, masaelahnya ikan parang je mahal kat sini. Sekilo RM22 kalau bahagian kepala, bahagian ekor RM21. Pe pasal harga kepala dan ekor tu bebeza? Muskil amek-amek la... yang taunya kopala tu lobih sodap dan setiap kali boli kalau tak boli sekor, mesti boli bahagian kopalo, nak gak kopalo tu!!
Ni pulak ikan cencaru bakar, rebus cuk ubi dan samba gesek. Samba gesek somalam memang podeh... tapi makin podeh makin sodap lak bilo dicolek dengan cuk ubi tu. Ikan cencaru bakar pula dicecah dengan air asam berkicap yang kurang pedas. Ada pula petai jeruk... memang sah menu kampung. Alhamdulillah, kampung pun kampung la, janji semua berselera makan. Syukur dengan rezekinya.
8 ulasan:
salam ziarah.
Hari minggu mmg masa untuk bersama family, masa untuk masak2 utk mereka. Kalau ada kesempatan, buat menu yg mereka suka. Akak selalu goreng nugget @ potato wedge (buat sendiri) sambil cicah sos cheese yg serupa dgn sos cheese wedge, KFC tu.
Jemput ke blog akak di cheezemaz.blogspot.com. Mana tau berkenan nak rasa serbuk cheese CHEEZE MAZ, yg bila dicampur air akan menghasilkan sos cheese seenak sos cheeze wedge, KFC. Lagipun hy RM 10.00 untuk 1 pack seberat 200 gram.
wah..
kak pun ambil herbalife eik..
ibu intan.. sambal tu dipanggil sambal gesek ya..
lain tempat lain namanya.
ayu pun suka layan nan pucuk ubi atau pucuk betik.. sedapp
Sedapnya kak... Kak, Boleh ajar Nur macam mana buat sambal gesek tu? Menarik dan nampak sedap..
@cheeze maz
salam kenal CMaz... insyaallah, dah sampai ke blog CMaz... berkenan jugak dengan sos cheese tu
@Citarasa Rinduan
Along yg ambil herbalife tu,,.. akak tumpang2 je tp ada juga kesannya pd akak
pucuk betik payah nak dapat sbb dah tinggi
@Nur-nba
hehehe Nur... paling senang, tak payah dimasak pun
lada api (seeloknya yg hijau), ditumbuk bersama seulas bawang merah dan ikan bilis... tumbuk jgn hancur sangat, kemudian perah air limau kasturi... dah siap
saya ni kak...seawal pkul 5 pagi dh brsilat masak utk b.fast n lunch....itulh rutin setiap hr sejak dulu...
wah tgk ulaman tu rasa amat2 menyelerakan.....
ibuintan, tengok je gambar2 ni terus kecur air liur ni, laku2 macam ni kalau ummi dapat, laju je,tak cukup sepinggan.
Catat Ulasan