Assalamualaikum.... Alhamdulillah, selesai satu lagi majlis di sekolah. Hujung minggu ni boleh rehat yang secukupnya setelah seminggu yang amat memenatkan. Minggu-minggu terakhir persekolahan yang amat sibuk dengan pelbagai kursus dan aktiviti lain.
Majlis untuk Kelas Agama Petang telah selesai. Tinggal Hari Q untuk sesi akademik pagi pula. Dijangkakan pada petang hari Khamis minggu depan pula.
Bacaan doa oleh tuan iman masjid kariah yang berhampiran.
Pn GB menyampaikan ucapan.
Wakil PPD unit Agama Islam
Menikmati jamuan ringan sebelum majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah.
Persembahan murid yang diselangselikan dengan penyampaian hadiah.
Wajah-wajah ceria anak-anak yang cemerlang bidang agama. Moga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah kepada ibu bapa dan keluarga mereka.
Seperti lazimnya kelibat ibu-ibu jugalah yang kelihatan.... kaum bapa mencari rezeki kan!
Hari Isnin dan Selasa minggu depan ibuintan berkursus lagi. Disebabkan sejak hari Isnin hingga Khamis berkursus, pagi tadi di sekolah ketua kelas dan penolongnya dah datang berjumpa ibuintan bertanyakan bila jamuan kelas akan di adakan. Biasalah hujung-hujung tahun mereka seronok nak mengadakan jamuan, nak menghabiskan duit kutipan kelas mereka juga.... tak sebanyak mana pun. Jadi nak tak hendak ibuintan terpaksa memberi tarikh hari Rabu depan untuk jamuan kelas. Dah takde hari lain yang sesuai. Kalau iikut menu cadangan mereka... tak terbawak dek duit kelas!
16 ulasan:
Fuh !!!! lega tu kak...esok sk sy baru nk camping, minggu dpn majlis khatam, hari anugerah, majlis pra n mcm2 lg..penat hingga ke akhir.......huhuhu....
Kerusus lagi.....xpe2 bagai persediaan tahun 2013...pasti mantop!
salam ziarah,dtg menjenguk ibuintan.
semalam sekolah abg muhaimin pun dah buat hari kecemerlangan ni ibuintan. thn ni giliran si ayah plak kena pegi sbb ummi ada baby... lega!
alhamdulillah dah selesai...
cantiknya foto..clear dan terang..
Tak sabor nak cuti dah ni...heee
Melihat airmuka budak-budak yg cemerlang cikgu, walau tak ada gigi pun nampak cerdik budaknya.
Cikgu pasti bangga melihat anak yg dididik berjaya.
Nampak ceria murid2 yang cemrlang,tahniah.
Selamat beristirehat.
@NzA
memang lega Nza... minggu depan hari Q saja yg besarnya lagi, yg lain2 tu jamuan unit2 saja
@ahmad humairi
kerusus... minggu depan pun ada kerusus dua hari lae, xpe tambah ilmu kan... tambah kojo juge
@zan
trima kasih Zan... sudi datang, jemput la dtg lagi
@Izan Ishak
izan... tahniah dapat baby lagi... tak kesah sapa yg datang .. janji datang, tanda beri sokongan pada anak2
@sal
selesai... satu majlis lagi menunggu
@Sham
sabo dulu Sham.. ada seminggu lagi, bereskan sume kerja dulu baru boleh cuti2 dengan riang rianya
@Kakzakie
senyum lebar semuanya... mak2 mereka lagi senyum ceria
@Zaitun
cemerlang mereka tu kak... bertuah ibu bapa mereka
Catat Ulasan