Followers

Sabtu, 24 November 2012

Bubur Sura.


Inilah rupa bubur asyura atau bubur sura versi kampung ibuintan. 


Bubur sura  manis yang dimasak secara gotong royong disurau berhampiran rumah.


Ini pula bubur sura  masin dan tawar/lemak. Antara tiga versi rasa ini bubur yang manis di atas  juga yang menjadi kegemaran anak-anak. Tambahan bila telah disejukkan dalam peti sejuk.   Bubur yang tawar/lemak itu boleh diubahsuai semula mengikut kesukaan sendiri.. tambah apa yang patut ikut selera sendiri.

Hari ini ibuintan tidak dapat join aktiviti memasak bubur sura.  Ada hal  lain yang terpaksa diuruskan selain pergi memenuhi undangan majlis perkahwinan anak rakan abahintan.  Walaupun begitu bubur sura ini tetap sampai juga ke rumah... terima kasih kepada wakil AJK masjid dan surau yang menghantarkan bubur sura ini.


“Sesiapa memberi keluasan kepada keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan memberi keluasan kepadanya sepanjang tahun itu”.


7 ulasan:

Zulfadly berkata...[Reply]

salam ibu intan: masa kecik2 selalu dapat bubur asyura, tapi warna cam kelabu pink skit, pastu ada yang dibuat macam lengkong/agar2 rupa dia, saya tak gemar, rasa dia cam banyak rempah, hehe

NzA berkata...[Reply]

kt area sini depa masak bubur lambuk....sedap!!!!!

Acik Erna berkata...[Reply]

assalam ibunintan..masa dok tanjung karang dulu..setiap tahun berkumpul ramai2 masak bubur asyura

Unknown berkata...[Reply]

Assalamualaikum Ibuintan

surau kami tak buat apa2...

harap2 Azim dah sihat betul2

azlina berkata...[Reply]

assalamualaikum kak...
lama tak mkn bubur asyura...nampak sedap tu..

Zaitun berkata...[Reply]

Kak Zai lebih suka makan bubur asyura lemak/masin sebab suka tambah bahan lain.

ummiross berkata...[Reply]

Nampak sedap yang manis tu ibuintan. Kat Pantai Timur, bubur Asyuranya agak pejal bila dah sejuk, lama tak makan bubur Asyura ni,biasanya kalau balik kampung dapat juga merasa.