Hari ni sekolah ganti untuk cuti Tahun Baru Cina. Sesi pagi tadi di jalankan Program Tiga Penjuru iaitu perjumpaan penjaga, murid dan tenaga pengajar tahun enam sementara kelas lain dari tahun satu hingga tahun lima menjalankan Kem Bestari Solat.
Maka ramailah guru biasa yang menjadi ustaz dan ustazah 'bidan terjun' hari ni. Kem bestari solat antara program yang mesti dijalankan di dalam aktiviti J-Qaf, telah mula dijalankan sejak lima tahun yang lalu. Mesti dijalankan sekurang-kurangnya tiga kali dalam setahun. Tujuan utama ianya dilaksanakan ialah untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perlakuan.
Antara murid yang hadir. Sedang mendengar penerangan dan menunggu pembahagian kumpulan serta penyerahan kepada setiap guru pembimbing oleh ustazah yang bertindak sebagai penyelaras kem.
Ustaz dan ustazah 'bidan terjun' mendengar taklimat dan penerangan tentang perjalanan aktiviti daripada Ustazah Su. Setiap guru akan memantau sekumpulan kecil murid.
Sembilan orang murid lelaki kelas 3B dibawah pemantauan Ustazah ibuintan...
Setiap murid juga dibekalkan dengan sebuah buku aktiviti Bestari Solat. Sesi pertama aktiviti di dalam kelas, penerangan tentang rukun dan sunat wudhuk, niat wudhuk dan bacaan doa selepas wudhuk.
Sesi kedua pula ialah latihan amali wudhuk.
Murid lain yang sedang menunggu giliran untuk mejalani latihan amali wudhuk.
Satu kenangan bukan untuk merendahkan seorang murid ini.... seorang murid ini hanya mengingati satu niat ni saja...Nawaitu saumaghadin..... dari dalam kelas dia diajar menghafal niat wudhuk sehingga ke latihan amali wudhuk, namun dia tetap masih belum hafal ..... hanya niat itu saja yang dibacanya... kesian dia beberapa kali juga ditertawakan rakannya
Selepas rehat, semua murid diminta menjalani latihan amali solat pula. Mereka juga diminta melakukan amali solat secara bergilir-gilir, perlakuan solat dan bacaan solat mereka diberi perhatian dan teguran.
Melentur buluh dari rebungnya. Insyaallah.. dengan bimbingan dan tunjuk ajar oleh ustaz dan ustazah bertauliah mereka, mereka diharap dapat mendirikan solat dengan sempurna, sempurna perlakuan dan sempurna bacaannya.
31 ulasan:
belum lagi suh baca qunut..hehe
lain kali kena dah boleh jadi backup ustazah. haha
Terimakasih para guru sekalian. Wpun sekadar menjadi “bidan terjun” besar maknanya dan insyaAllah besar ganjarannya.
teringat, anak-anak saya pun dibimbing sebegini lah juga semasa di sekolah..
Mak bapa belum tentu ada masa nak buat sebegitu.
Satu aktiviti yang baik untuk anak-anak untuk bekalan di masa depan.
smlm...beberapa kali kita terjah umah ibuintan ni.tak leh bukk.ari ni bru leh bkk.mlm2 g umah org memang le tak leh msuk.hihihihi...
tak pe...ustazah terjun pun tuk kebaikan anak murid jg...
Assalamu'alaikum
Alhamdulillah.. dapat juga membantu..
anak2 kaklong yang kocik dua orang ni kalau baco doa makan....Allahuma bariqlana...dio koba bukan la mama...Allahumalakasumtu..! ...ayioo..ni semuo upi&ipin punyo pasal..! hahahah!!!
Alhamdulillah walaupun bidan terjun tapi ilmu yang disampaikan cukup bermakna,insyaAllah mendapat ganjaran yang setimpal.
Tugas merentasi kurikulum tu...
Assalamualaikum.
Menjadi tanggungjawab bersama tu cikgu. Kalau para ustaz ustazah dapat membantu dalam aktiviti koko yang lain, maka sewajarnya guru-guru muslim kita dapat bekerjasama dengan mereka.
Tunjuk ajar dan taklimat amat penting sebelum perlaksanaannya.
Tahniah cikgu.
nasib baik tak suh baca qunut panjang dan pendek hehehehe
salam ibuintan.selainustazah disekolah..ibubapa juga kena jadi ustaz/ustazah dirumah kan..
baru anak2 murid cepat dapat..
pengalaman akak dulu ngajar anak..doa qunut je lambat sikit..dapat..
yang lain insyaallah..
as'salammualaikum ibu..
alhamdulillah dapat juga membantu..
klu tiada rotan.akar pun menjadi.. semua boleh bekerjasama dlm satu pasukan..thniah
Iman,
memang kena baca juga tapi tak seorang pun yang hafal, dalam kem yang ke dua nanti kena baca lagi
sasa,
ini dah tahun ke lima jadi backup ustazah, setiap tahun buat kem bestari solat ni
azie,
anak-anak saya juga dibimbing macam ni juga dulu, dibimbing oleh para ustaz dan ustazah
Cempaka,
beruntung anak-anak sekarang ..banyak program untuk memantapkan dan memperbetulkan solat mereka
anie,
maaf, malam tadi memang ada problem sikit terpaksa tutup kejap, maaf atas kesulitan .. takpe boleh terjah bila-bila, masuk je..
mualaikumsalam kak Werdah,
hanya membantu setakat yang boleh, lebih2 tak berani juga, takut ajaran sesat
kaklong,
hahaha niat bebuko la pulak, budak semalam niat nak poso
kak zai,
mudah-mudahan sampai ilmu tu, walaupun sekadar membantu dan menunjukajar sedikit
ckLah,
memang merentas ilmu akhirat sekali
Cikgu Admin,
tolong menolong, ilmu asas bolehlah tapi yang tinggi tu tak berani juga, takut salah ajar
Shah,
qunut akan ditekankan dalam kem bestari yang akan datang pula
kak erna,
memang ibu bapa mesti membantu anak menghafal di rumah, harapkan para ustaz dan ustazah mengingatkan mereka payah juga.. pelajaran ugama bukannya setiap hari disekolah
qunut memang memakan masa untuk dihafal oleh anak2
amy,
alhamdulillah,,sekadar tanggungjawab dan membantu
Sal,
begitulah.. demi anak2 didik
semoga mereka menjadi anak2 yang soleh dan solehah nanti yang menyejukkan hati ibubapa mereka.
kalau dah jadi buluh, boleh juga di lentur tapi kena pakai api !
salam..
alhamdulillah..dah buat kem bistari solat yaa..
sekolah sr belum lagi..
selamat malam ibuintan
besar sungguh pengorbanan ibuintan dan sahabat semua..
tengah ajar umai berwuduk...semoga berhasil...amin
Catat Ulasan