Followers

Rabu, 12 Januari 2011

Sapo la emaknye ni!

Pagi tadi selepas rehat, macam biasa masuk kelas tahun satu.  Tiga masa berkembar.  Baru habis masa pertama, seorang anak gadis comel minta izin ke tandas, lalu dibenarkan oleh cikgunya.  tunggu punya tunggu punya tunggu, dah hampir tiga puluh minit tak masuk juga lagi ke kelas.. dah masuk masa ketiga pulak, si gadis comel tak juga muncul-muncul lagi.

Si cikgunya dah mula risau.  Cikgunya pun hantar seorang spy.  Spy pun balik semula ke kelas, hasil risikan dan laporan spy,  si gadis comel tiada dalam tandas, cikgu pun naik cemas, ke mana pula hilangnya si gadis comel? 

Kedudukan cikgunya dalam bahaya!

Cikgunya pun bertambah risau.

Akhirnya cikgunya sendiri yang terpaksa pergi dan masuk ke tandas, cikgunya yang wajib jadi spy pula.

Jeng..jeng...jeng.......... masuk ke dalam tandas, memang tiada si gadis comel di dalam.  Panggil nama tiada sahutan, cikgunya jenguk ke dalam bilik persalinan, satu pintu tertutup, cikgunya tolak, tak boleh, berkunci dari dalam.. cikgunya pun menyeru sekali lagi nama si gadis comel.


Ada sahutan kecil..... 'saya cikgu'

Gundah gulana cikgunya pun hilang.

"Kamu buat apa kat dalam tu, buka pintu ini" kata cikgunya.

Cikgunya menunggu pintu di buka. Namun pintunya belum juga terbuka. Hati cikgunya gundah semula.  Cikgunya ketuk pintu dengan lebih kuat dan  kerap., mulut cikgunya juga makin bising...

Akhirnya, pintu dibuka... si gadis comel tersenyum manja, si cikgunya pula terjegil mata..

'Cikgu, saya tak dapat pakai ini semula' kata si gadis comel.

Lalu cikgunya terbahak ketawa, bagai orang gila, ketawa di dalam tandas.... lalu beberapa orang murid yang kebetulan masuk ke dalam tandas, tercenggang juga dan pastinya tertanya-tanya?????

'Apa dah gila ke cikgu kita ni?

Kata si gadis comel 'mak suruh saya pakai, mak takut saya kencing dalam seluar'

Kata cikgunya bila gelak telah reda..'habis kenapa tak pakai?

Jawab si gadis comel,' dah koyak'

Kata cikgunya, 'tak payah pakai lah, kita dah nak balik,.... boleh cikgu ambil dan buang?

Si gadis comel mengangguk.

Cikgunya ambil lalu membuangnya ke dalam tong sampah di tepi pintu tandas.

Sambil berjalan ke kelas, cikgunya bertanya lagi, 'kamu pakai hari-hari ke?

Si gadis comel mengangguk.

Ya, Allah siapalah emak budak ni....

Ada ke patut, emaknya masih paksa si gadis comel memakai benda ni... ..

dah tujuh tahun kak oiiiiiiiiiiiiii

//sejak bergelumang dengan murid tahun satu, inilah pengalaman pertama ... anak murid memakai lampin pakai buang ke sekolah...  kelas Pendidikan Khas tu lain ceritalah, memang diminta memakainya...

38 ulasan:

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Ya ampun......

Apalah masalah omak budak tu eh!



...kesian budak tu.

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Aduhai...

budak tu bukan ke dah tahu ke tandas?? Atau memang sepanjang masa di rumah pun masih pakai lampin?

ibuintan berkata...[Reply]

ckLah,

memang pelik sungguh, budak tu seorang budak yang cerdik, tk tau kenapa maknya paksa dia pakai benda tu.. mungkin maknya tak nak dia ke tandas selalu agaknya

ibuintan berkata...[Reply]

tu lah kakcik,

tak patut betul, tadi tak sempat nak tanya panjang lebar, tapi dah nasihat kat budak tu, minta dia cakap kat emaknya tak payah pakai lagi..

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..kesian ngan budak tu..
panas tu..gatal2 la budak tu nanti..

azieazah berkata...[Reply]

Hikhikhik! Nak tergolak pun ada, tapi kesian pun ada.

Sian sungguh la budak tu. Mak nyer punnnn... agak-agak ler skit.

Pemalas ler tu, malas nak latih anak utk ke tandas bila nak kencing.

Dah masuk sekolah, buat keja mudah soh pakai pampers plakkk..

Alahaiii...

Zaitun berkata...[Reply]

Kesiannya,tak patut betul mak dia.

Mohamad berkata...[Reply]

mencabar juga mengajar murid tahun satu ye...

Bagi pelajar yang besar2 nie lain pulak, masuk ke tandas tak keluar-keluar ada lah kerja yang mereka buat. Merokok..

kak wan berkata...[Reply]

ibuintan..,
Agaknya omaknya takut anaknya tak sempat dan tak nak menyusahkan cikgu.

Abd Razak berkata...[Reply]

Subhanallah...gelak tak sudah saya dibuatnya...:)

Bibu berkata...[Reply]

mak terlebih cerdik!!!!....

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,

tu lah emaknya pun satu, sah memang panas tu... dan mesti gatal2 juga agaknya

ibuintan berkata...[Reply]

azie,

tu lah tak senonoh langsung, budak tu bukannya jenis yang pendiam dan takut bercakap... kerapkali juga budak tu ke tandas, rasanya memang dah pandai untuk membersihkan dirinya pun

ibuintan berkata...[Reply]

kak zai,

memang tak patut, saya pun dah suruh jangan pakai lagi esok pagi..

ibuintan berkata...[Reply]

cikgu Mohamad,

tu kerja lain pulak, tu bukan mak yang suruh tu, kalau maknya tahu memang patut kena pulak ... tu cari masalah sendiri

ibuintan berkata...[Reply]

kak wan,

tak mungkin tak sempat tandasnya selang dua kelas saja, rasanya kalau dibuatnya buang yang besar tu dalam lampin tu, lagi menyusahkan dia dan cikgunya... semerbak sekelas

ibuintan berkata...[Reply]

Ustaz,

macamtulah ceritanya, macam-macam ragam, ragam anak dan ragam maknya juga...

sabar je la..

ibuintan berkata...[Reply]

anie,

betul ke terlebih cerdik tu?

kak long berkata...[Reply]

kalau tokoncing dlm pampers tu tak po yo..klu air bosa..tak ko nyayo satu kelas...heheheeh!

hentian berkata...[Reply]

maknya tu risau tak bertempat...

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

alahai.

kesiannya dia.


apa kena lah emak dia tu..

sal berkata...[Reply]

Assalamualaikum ..
oh gitu critnya..
di
sini pula,tahun lepas kita jumpa benda tuh dlm tandas..dia letak je kt situ dan kita tak tau tuan punya..
penat mkcik cleaner membuang2nya..

IMANSHAH berkata...[Reply]

Saya terguling2 nengok pampers tu..hahahaahhahahahahhaha

ibuintan berkata...[Reply]

kak long,

tu yg dirisaukan tu, tokoncing buleh la lae, kok dibuang ea yang bosar tu skali memang haru satu kelas, dengan cikgu2nya skali haru biru

ibuintan berkata...[Reply]

IM,

memang betul risau tak bertempat dan tak percaya sungguh pada anak sendiri

ibuintan berkata...[Reply]

Reen,

memang tak patut emak dia tu

ibuintan berkata...[Reply]

Sal,

ada juga ye, mesti heboh makcik2 cleaner di situ kan, kalau dibuang terus dalam mangkuk tandas mesti lagi heboh jadinya..tandas tersumbat

ibuintan berkata...[Reply]

Iman,


hahahahahahahaha... sian budak tu tau

cikgunya dah puas gelak

ibundo berkata...[Reply]

tahun lepas murid kakpah yang berumur 6 tahun hari-hari pakai pampers ke tadika. Berjalan terkangkang2. Budak2 lain tak mahu duduk dekat dengan dia sebab bau hancing. Bila cakap dengan emak dia, emak dia kata kena pakai jugak sebab dia tak mau pegi toilet.
aduyai... omak o omak....

ruggedmom berkata...[Reply]

kak, kat sini pun ada omak yg pakaikan diapers kat anak yg sekolah tadika. Camno tu?

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Betul betul menagih kesabaran seorang guru. Ini kes tidak di didik waktu dirumah. Kakak klsifikasikan ibunya malas nak melatih waktu kecil inilah jadinya...

sahromnasrudin berkata...[Reply]

ya ampun ibu..biar betik..omaknya sekolah mano tue...huhuhuhuhu....kn e pi kaunseling nie huhuhuhh

Bibu berkata...[Reply]

cerdik pendek...itu kes mlz nak ajar anak le.ambil keje senang.

kasihibu berkata...[Reply]

aduhai kak..
sya golak lagi nih...
aduhai..lawak lawak... ;p

Unknown berkata...[Reply]

Saya rase maknye terpakse 'membenarkan' anak gadisnya pki pampers ke sekolah..anak saudara sy 6thn..tiap kali nak membuang mesti cari pampers..bdknya sangat bijak..tp takut n geli sgt dengan lubang tandas..pening mak ayah..sian..

Unknown berkata...[Reply]

Mengapa jadi gitu kecian si gadis comel tu

Tanpa Nama berkata...[Reply]

Gadis comel tu dah sekolah kat mana?

Unknown berkata...[Reply]

Minta maaflh mencelah sikit. Xbaik gelak byk2.kdg2 budak tu sndri yg nk pakai pampers. Mungkin dia xselesa dgn toilet yg kotor sbb bkan semua budak pandai jaga kebersihan. Toilet org tua yg dh berakal pun kdg2 kotor ni kn pla
Knak knak. Xbaik nk salahkn emak dia 100%