Tadi ke Pekan Ahad. Nama yang telah sebati dan sama aktiviti dan kegiatannya dengan pasar minggu. Sejak dulu di kenali sebagai Pekan Ahad. Namun sekarang namanya telah diubah kepada Pasar Minggu, tetapi kami yang sudah sebati dan lama mengikuti perkembangannya tetap memanggilnya Pekan Ahad.
Sama macam Pasar Minggu yang lain, menjual pelbagai produk, pasar cacamarba juga, ...macam-macam ado..
Tadi beli..........
bacang muda, sebiji RM2.00, sebiji tau bukan tiga biji.....
telur itik, sebiji Rm0.60, beli 5 biji
ikan lampam jawa sungai, lima ekor RM10.00
Lebih suka membeli ikan lampam sungai berbanding ikan lampan yang dibela dalam kolam. Ikan lampam sungai mempunyai jalur hitam, putih serta oren di bahagian ekornya serta sirip. Namun warna yang paling ketara ialah di bahagian ekor.
Sementara ikan lampam peliharaan seperti gambar di bawah, ekor dan siripnya berwarna hitam.
gambar dari blog pancing.
Dan juga, ......
kelapa RM1.80 sebiji
atau
santan siap, RM3.00 sebungkus
Akhirnya pilih santan, cepat dan mudah tak perlu dikukur dan diperah. Kalau sebiji kelapa yang telah dikukur berharga RM2.40. Duduk di kampung kelapa pun beli ke? Iya...beli. Pokok kelapa ada sebatang di depan rumah, berbuah lebat ... nampak rendah tapi tak tercapai dek tangan, tak terjolok dek galah, tak terpanjat dek abahintan...
Harap gugur saja, bila gugur pula biasanya dah tumbuh bercambah, dah tidak boleh dibuat gulai, dah masam dan tengik.
Menu hari ni, masak lemak cili api .... antara.........
atau
Belum pasti mana satu, tapi mesti dengan bacang muda.... tak masam tapi air liur dah kecur ni.....
//nama saja duduk di kampung, semua pun kena beli.
34 ulasan:
ikan lampam buat gulai tempoyak, sedap tu!
Amboi.... mahalnya kelapa...
Kat Kuantan dah dua ringgit...
salam ibu intan
pasar minggu tempat saya takde dah jual ikan2 sungai ni.kalu ada pun tilapia,patin sangkar...
Sedapnya ikan lampan tue ibu.. fav amy arghhh jeles sudah hu3..
p/s:Hai baru hari nie amy dapat singgah blog kawan-kawan, sihat ke? thanks ye coz sudi singgah sinar raudah dan komen.. happy weekends..
IM,
tempoyak takde dalam simpanan la...
nak berapa minat nak beli, biasa buat sendiri
Zul,
semua harga barang dah naik, kelapa pun sama, alasan pun sama, kelapa takde stok
Sham,
sini masih ada lagi, mereka menjala di Empangan Talang, biasanya setiap minggu ada jual.... ada juga ikan baung
hepi weekends to amy juga,
ikan yang banyak tulang tapi best...
salam ibuintan,
macam mana masak telur itik supaya tidak pecah?
saya bila masak telur itik ini mesti tidak cantik, telurnya pecah
ibuintan..sedap tu..lama dah tak jumpa bacang muda ni..
campur dngan gulai telur itik pun sedap..
ikan lampam tu gulai mo asam limau,laie sodap...tolo itik tu gulai mo belimbing buluh...pun sodap...
tapi apo2 pun ikut selero sendiri...masak lomak cili api totap menjadi pujaan hatiku..! muehhhhh!
Kat Kelantan masih murah..satu seringgit..hehe
Sedap ibu masak, bilalah boleh jengah sana
Assalamualaikum...
Saya tak biasa makan ikan air tawar..
fuhh mahal juga kat Ipoh nu....
buah bacang..sebiji RM 2.00
rumah ibu saya sedekah je...kat orang
ikan lampam sampai RM 10... 5 ekor
mak aiiii...mahal kelapo skrg yo?dah kat umah ni.smpi smlm.bru dapek jenguk2 umah blog kekawan ni.nak jmpa ibuintan.tapi tak keizinan lak.kita ajak hubby g Kuala Pilah...dia kata yo lah...last minit tak pe lak.tak do rozoki yo.blek akan dtg leh le jmpo.kalo ibuintan sudi le.....kita on je.kalo ada masa.hihihihi
Ikan sungai sedap kalau masak lemak cili api,bacang muda pula buat kerabu,sedapnya meleleh air liur hehehe....
Salam ibuintan,
Kelapa mahal betul kan. Beli yg instant pula kata ada bubuh chemical. Susah betul sekarang nie...
Ikan lampan tu kalau masuk dalam aquarium cantik agaknya ye...
assalamualaikum..same la kiter, ibu..sy pun duk kampong tp semua kne beli tp mak saya duk klang ( kire bandar la) tapi belakng uma penuh dgn tanaman sayuran..tak yah nak beli sgt huhuhuhuhh
As'salammualaikum ibu..
Amy singgah sini melawat rumah ibu..ibu sihat ke, selamat menjalankan tugas ye..
ibuintan
sya tengok pun dah kecur mulut
best tu masak lomak podeh...
Mira,
masak macam biasa saje tapi jangan cepat sangat di bubuh garam
kak erna,
ada masa ada jual tapi harganya boleh tahan juga, yang dibeli semalam besar sikit tapi masih muda lagi
ye, saya masak dengan telur itik,sedap
kak longn
dah selero nogori memang sah masak lomak, masak podeh sikit kan... memang kono ngan selero
Iman,
stakat masak kampong je, silalah datang cuti2 meleysia...
Ustaz Razak,
saya suka ikan air tawar sungai saja, kalau ikan yang dibela dalam kolam tu tidak suka sebab hanyir
Abu Lukman,
kat sini harga barang memang mahal, hasil kampong pun mahal sebab permintaan sentiasa ada
Anie,
memang sudi sangat, kalau balik nanti imfom saja bila nak datang, insyaallah akan ditunggu
kak zai,
betul tu, mesti pedas dan kena dengan asamnya... memang berselera
salam kakzakie,
memang ada yang bela ikan lampam ni dalam akuarium, memang nampak cantiknya sebab sisiknya berkilat2 dengan ekor berwarna kuning putih
mualaikumsalam Shah,
hahaha terbalik kan... tapi bukan tak menanam sayur tapi musuhnya banyak, kera, ayam dan kambing yang terlepas masuk... ubi kayu pun susah nak hidup
mualaikumsalam Amy,
alhamdulillah sihat, dah mula kerja ni memang sibuk lah tambahan awal tahun, macam-macam kena buat
sya,
bacang tu yang buat terliur tu, bacang pun dah mahal sekarang ni..
Kat mana pasar Ahad tu? Kat Tg Ipoh ke?
Kelapa kat sana lagi mahal dari di KL? Bolehlah saya berniaga kelapa kalau mcm ni hehehe
Catat Ulasan