Followers

Isnin, 17 Januari 2011

Naikkan jelah, tak payah sorok-sorok......

Petang tadi rasa nak naik minyak saja. Semua kedai runcit yang wujud di sekitar sini diredah untuk mencari minyak masak.  Begitu juga dengan beberapa buah pasaraya dan mini market, semua kehabisan stok.  Dalam botol habis, dalam peket pun habis.  Betul-betul habis ke ni?

Inilah trendnya sekarang, kalau pembekal dan peniaga nak naikkan harga sesuatu barang, mesti barang itu 'dihilangkan' dulu.  Dihilangkan daripada pandangan mata pembeli.  Maka masa inilah banyak timbul ayat 'haiya... itu balang manyak susah mau dapat wooooo' ............ haprak punya tokey, semua auta saja.


Tengahari tadi, semasa memasak baru perasan stok minyak masak di rumah sudah kehabisan.  Yang ada  dalam botol pula telah dimasuki semut.  Disebabkan tergesa-gesa  untuk  pergi ke Langkap, Perak pada petang Khamis lepas, semasa masak  terlupa untuk menutup  botol minyak masak.  Minyak masak yang masih berbaki di dalam botol penuh dengan semut yang membunuh diri.


Suruh Azim mencari dikedai runcit berhampiran rumah lagilah tiada stok. Jadi untuk menggoreng sayur petang tadi terpaksa menggunakan butter yang dicairkan.  Kalau esok tiada juga, maka selepas ini masak main bakar dan rebus saja.

Tak payahlah sorok-sorok, naikkan sajalah harganya. Sudah muak dah dengan taktik dan tipu helah tu, buat macam minyak RON 97 tu, tup-tup malam pukul 12 naik harga, tak ada pun sorok-sorok.  Harga dah dinaikkan, nak buat macam mana, kena beli juga.

Dulu gula, bukan main hebat main sorok-sorok, nak cari sepeket pun payah, alih-alih umum saja naik harga, esok paginya melambak-lambak dalam kedai.  Barangan lain pun macam itu juga kan.   So apa lagi, umumkanlah cepat berapa sen ke, berapa ringgit ke yang nak dinaikkan tu.  Buah sawit mentah pun mahal harganya sekarang ni, nilah masa yang paling tepat nak naikkan harga minyak masak tu... tak gitu ke!!! 

//Kalau ikutkan se tan buah sawit harganya cecah RM800,  takkan nak naikkan macam tu juga harganya.... mau ada pengusaha minyak masak yang kena goreng dengan minyak masak keluaran mereka sendiri.....



24 ulasan:

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Entah kan...
Selalu sangat ada senario macam ni...kesian pengguna.

...tapi di sini, Alhamdulillah, ke kedai runcit semalam,masih tak ada masalah untuk beli minyak. Kalau tidak, kena pergi beli terus ke kilang Unitata dekat rumah.


Ke Langkap? Tak singgah Teluk Intan ke?

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Entah kan...
Selalu sangat ada senario macam ni...kesian pengguna.

...tapi di sini, Alhamdulillah, ke kedai runcit semalam,masih tak ada masalah untuk beli minyak. Kalau tidak, kena pergi beli terus ke kilang Unitata dekat rumah.


Ke Langkap? Tak singgah Teluk Intan ke?

ibundo berkata...[Reply]

di econsave kat bangi ni minyak ada je. yang peket pun kpah tengok melambak2. boleh je beli berapa nak.

err.. dulu2 nenek kpah selalu buat minyak kelapa. sekarang ni nak beli kelapa pun susah kan? Dahlah mahal pulak..

Asri Alam berkata...[Reply]

pasal gula, pernah nampak hari tu beberapa customer berurusan dgn cashier. barang tu sorok kat meja cashier tu. costumer yg bertanya ja yg akan dpt

Zaitun berkata...[Reply]

Kalau nak ikutkan elok makan masakan rebus dan bakar tapi kadang2 nak juga yang bergoreng.

Senario biasa...anti sorok.

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Salam ibuintan,

Bila wang ada tapi barang yang dicari tak ada pun buat kita marah. Bila barangnya ada hargnya mahal lagilah buat kita marah...

Kena ada perubahan mungkin......

ab@h_Izz berkata...[Reply]

...cam biasalah, jaminan menteri tertentu yg bertanggungjawab,kita takkan ikut pembekal..takkkan naikkan harga...last2 naik juga, lepas tu bagi alasan kekurangan bekalan,harga dunialah...takleh buat apalah..mcm2, dh bosan ini kes

kak long berkata...[Reply]

ibu pun yang tulih n3 macam dah naik minyak yo ha...marah boto kan?

Bibu berkata...[Reply]

ibuintan dah balek.jgn mengamok kak.kalo nak jg pggl kita.nak join sekali.kita sbg pengguna memang kesian hbs kene goreng tipu punya dari pembekal n peniaga.

nnt kita poskan myk dari cini.tp berganda le.hahahaha...

Hamizah berkata...[Reply]

taktik peniaga ke kerajaan ye?

ibuintan berkata...[Reply]

ckLah,

ada juga kilang dekat sana, boleh juga serbu kilang tu, cari sebotol dua...

hari ini suami hanya dapat yang peket saja.. sebungkus saja..

ibuintan berkata...[Reply]

ckLah,,

komfom pergi Teluk Intan, pergi makan2 dan melawat butik kakak ipar, rakan setugas ckLah juga..

ibuintan berkata...[Reply]

kakpah,

kalau buat minyak kelapa sendiri lagi wangi baunya, bila menggoreng semerbak bau wanginya


arwah mak dulu lebihan minyak dan taik minyak nya dibuat minyak rambut

ibuintan berkata...[Reply]

sasa,

memang camtu lah, itu pun kalau kita jadi pelanggan tetap mereka

ibuintan berkata...[Reply]

kak zai,

senario biasa sebelum naikkan harga, sorok menyorok tak sah kalau tak buat

ibuintan berkata...[Reply]

kakzakie,

tu lah yang cepat saje naik hangin tu, sebab barang keperluan yg kita perlu ada dan patut ada

ibuintan berkata...[Reply]

abah@izz,

alasan lapuk dan basi para pemimpin

ibuintan berkata...[Reply]

kaklong,

memang marah maso tu, ponek kluar masuk kodai tapi sebotol pun tak dapek....memang naik minyak, naik angin, naik darah juga

ibuintan berkata...[Reply]

anie,

tu lah kan, kat sana pokok kelapa sawit dan pokok nyiur tak de kan, knapa minyak tak ada problem?

kat sini pulak yg bermasalah, negara pengeluar tu...

ibuintan berkata...[Reply]

hamizah,

taktik sama naik kot!

Adinda Amy Sensei berkata...[Reply]

semua nak naik sekarang ni..kan..

Sham berkata...[Reply]

salam ibuintan...

camni baik tak payah naik gaji kan...gaji nak sikit...barang2 naik berganda2...

Mario berkata...[Reply]

dorang nak bergurau...manje2 ngan pembeli tu...pening kan...

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Itulah..

kawan-kawan ofis pakat ajak beli minyak sekilo dalam plastik tu..


Saya masih ada setengah botol lagi (2.5kg) jadi saya tak beli pun sebab mesti akan ada stok tak lama lagi..

macam-macam dorang ni ...