Followers

Selasa, 18 Januari 2011

Mersing... yang bakal dijejak.


Syukur...alhamdulillah, penantian Intan berakhir dengan kegembiraan buatnya.  Semalam Intan menerima surat tawaran ke Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh.

Intan diterima masuk ke sini;


Walaupun kedudukannya agak jauh di selatan tanahair namun kerana keinginan dan harapannya yang tinggi untuk mencuba di sekolah baru, terpancar keriangan di wajahnya saat menatap surat rasmi beralamatkan dirinya.  Saat hatinya berbunga riang, ibunya pula tersenyum kelat.  Ibunya akan berpisah jarak buat sementara waktu dengannya.  Tak tergambar bagaimana perasaan ibunya saat dia mengkhabarkan berita gembiranya itu.

Mungkin dengan tawaran ke SBP yang telah diterimanya, ada kemungkinan besar Intan tidak akan mendapat lagi tawaran dari pihak MRSM.  Jadi walau dengan hati yang berat mana sekalipun ibunya tetap akan melepaskannya pergi demi ilmu, keinginan dan cita-cita yang ingin digapainya.   'Alah ibu....bukan jauh pun' 

Dan jika tiada halangan, Intan akan melapor diri pada 7hb Februari nanti.  Maka mulai sekarang, ibunya telah mula mengugel tempat bernama Mersing, mencari tempat untuk bermalam dan menumpang melepas lelah, sementara menanti hari esoknya untuk sesi pendaftaran.


Masih mencari dan masih belum ketemu yang sesuai di hati dan dipoket...

//sekiranya ada blogger dari daerah sana yang terbaca hasrat hati ini, sudilah memberi idea dan cadangan dan kalau boleh biarlah tempat yang sesuai dan paling hampir dengan sekolah berkenaan.

22 ulasan:

azieazah berkata...[Reply]

Syabas! Tahniah INTAN. Moga terus menjadi anak yang cemerlang.

Saya tak biasa sebelah selatan, tapi rasanya sekarang banyak homestay yang murah utk dinginap semalaman.

*Teringat dulu, saya tiap bulan turun naik bas tengok anak di MRSM Taiping. Tapi tak kurus pun.. hahahaha

anie,Nagoya berkata...[Reply]

tahniah tuk intan.

tuk ibuintan, "ala bu....jgn le sedih.nnt bkeh g main2 kat mersing".

mak sedara kita ada tggl kat mersing.tapi kita lupa kat area mana.cuma sekali je g mersing.

thn ni kalo keizinan masa teringin nak g mersing.nak mkn ikan yg baru naik dari laut.uuummmm....sodapnya

lady lavender berkata...[Reply]

tahniah Intan..All the best& semoga hepi dgn sekolah baru :-)

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Salam ibuintan,

Pertama sekali tahniah buat Intan. Titian permulaan menimba ilmu jauh dari ibu.

Kedua, kalaulah dekat JB boleh juga ke rumah kakak. Mering jauh dari JB.

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum ibu..nampaknya intan tak dpt ke MRSM sebab bila dh dpt tawaran SBP, autOmatik namanya akan dikeluarkan dari senarai MRSM..walau apepun, sy tetap mengucapkan tahniah pd intan..SBP juga tetap terbaik walau MRSM lebih baik lagi kerana susur jalurnya lebih jelas..semoga intan berjaya ya

kak long berkata...[Reply]

tahniah ibu dan intan...!

ibu mana yg tak berbunga hati dia bila anak dapat masuk SBP...malah kaklong sendiri terharu,rasa macam anak sdri lak dpt masuk...

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Tahniah Intan..

Intan perlulah berdikari lepas ni.


Ibu manalah tak sedih kan kak ?

Werdah berkata...[Reply]

Assalamu'alaikum ibuintan

tahniah untuk anak dan keluarga.. benar ibuintan, jika dah dapat SBP, MRSM tak ditawarkan dah..

ibuintan berkata...[Reply]

azie,

terima kasih, saya juga rasanya akan begitu juga... akan kerap ke Mersing pula selepas ini

ibuintan berkata...[Reply]

anie,

memang dah lama juga berhajat nak ke Mersing, sebelum ni hanya sampai ke Endau saja, suami memang suka tempat ni...dapat memancing

ibuintan berkata...[Reply]

LL,

terima kasih, harapnya begitulah, harap dia selesa dan bertahan belajar di sana nanti

ibuintan berkata...[Reply]

Kakzakie,

terima kasih, tu lah JB jauh lagi ke selatan

demi menimba ilmu apa salahnya, itu juga kehendaknya

ibuintan berkata...[Reply]

terima kasih Shah,

rezekinya di situ, tetap bersyukur... tak terbayang kekecewaannya sekiranya tidak dapat ke mana-mana, itu motivasi dirinya sebelum menghadapi PMR dulu

ibuintan berkata...[Reply]

terima kasih kak long, moga anak2 kak long juga ada yg berpeluang satu hari nanti

ibuintan berkata...[Reply]

Reen,

rasanya Intan memang boleh berdikari, semangatnya kental

ibunya memang akan terasa kesan berjauhan itu

ibuintan berkata...[Reply]

terima kasih kak werdah,

takpelah rezekinya di SBP... yang penting dapat salah satu

Kak Amy berkata...[Reply]

Tahniah intan..lepas ni dah kena berdikari sendiri..belajar rajin2 ye dik..

Zaitun berkata...[Reply]

Tahniah buat intan semoga cita2 yang di idam akan tercapai.

Buat ibuintan jangan nangis2, bila rindu boleh calling2.

Dulu kak Zai pun macam ni juga bila teringat kat anak selalu nangis hehehe...

shahjiehan berkata...[Reply]

itu bukan SBPI mersing ke? heee..sbb SJ dak SBPI jugak..tp kat kedah la bukan mersing~

IMANSHAH berkata...[Reply]

Ibu

Tahniah diucapkan..selamat menjadi warga SBP

Shahjiehan

SBPI Mersing dah tukaq nama jadi SM Sains Sultan Iskandar

Cempakamelati berkata...[Reply]

Tahniah buat Intan...semoga akan belajar bersungguh-sungguh di tempat baru nanti.

Unknown berkata...[Reply]

tahniah intan..
ibuintan..ayu orang johor..

kalau dari negeri sembilan, kak lalu muazam shah...simpang, jumpa rompin terus ke mersing, mrsm dekat dengan kampung sri pantai..

molek kalau ibu intan menetap di hotel sri malaysia atau timotel...dekat dalam 20 minit ke smsim.....

ayu pernah bekerja di kolej akademi mahir ditaman wawasan, dan ayu asal orang mersing, felda tenggaroh...calling ayu ya....0177914181