Followers

Isnin, 24 Januari 2011

Makanan membawa penyakit.

Pagi Isnin yang ceria.  Syukur Azim dah sihat. Nasib baik asmanya tidak menjadi.  Pagi Sabtu yang lalu, dalam pukul tiga pagi, terpaksa juga hantar Azim ke wad kecemasan HTN untuk mengambil gas.  Along yang sedang tidur nyenyak dikejutkan untuk menemani abahnya ke hospital.

Selepas balik dari hospital, Azim terus tidur dengan nyenyaknya, dia dapat bernafas dengan selesa dan lapang.  Semalam selsemanya telah kering cuma masih ada batuk.  Setiap kali dia batuk, dia terpaksa dijeritkan untuk membuang kahaknya.  Azim selalunya tidak berani membuang kahak kerana takut muntah, padahal kahaknya yang menyebabkan pernafasannya terganggu.


Semasa makan tengahari semalam, sewaktu dia batuk sampai terkeluar semua makanan yang baru dimakannya, Along buka cerita.  "mak tahu tak, adik hari tu makan keropok kat kedai Induk"  Along merujuk kepada makanan ringan yang berperisa yang banyak dijual dikedai runcit.  Azim memang tersangat alah dengan makanan ringan (jajan) yang berperisa udang dan ayam...  Begitu juga dengan sejenis minuman yang berwarna warni dalam plastik yang dijual sebatang sepuluh sen.

"kenapa along tak tegur adik?' kata abahnya.

'Degil, malas along nak tegur' jawab Along.

 Azim kena bersoal jawab,. dia  mengaku dia ada makan jajan tu...  kenapalah susah sangat hendak menjaganya dari berpantang makan benda yang tidak berfaedah itu, makanan ringan itu memang tidak pernah dibeli dan diberi pada anak-anak sejak mereka kecil lagi.  Cuma bila mereka dah besar, dah pandai ke kedai mencari sendiri, mereka yang membelinya sendiri kerana terikut dengan kawan-kawan.

Menurut Azim dia hanya membeli dua bungkus saja, sebungkus dua puluh sen.  Kalau dah tidak boleh, merasa pun jangan.  Memang perasan sangat, setiap kali selepas makan jajan-jajan ini dia pasti akan batuk dan batuknya pasti akan mengundang asmanya sekali.   Azim...azim..


Ini antara punca batuk Azim yang akhirnya akan membawanya ke hospital.... memang tak berbaloi




34 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Susah juga nak mengajar anak2 ni - kita tak beli, mereka beli sendiri. Mudah2an bila dah kena sakit berkali2, mereka tahu betapa tidak perlunya mereka menjamah makanan itu.

zul permatang badak berkata...[Reply]

...waktu melayari blog makanan ini yang saya kudap....anak2 sering hulurkan....patutlah saya batuk2...ingat perokok je yang batuk......

lady lavender berkata...[Reply]

betul la akak..budak2 suka betul makan jajaj2 mcm ni..dah pi kedai itu aje yg dia nampak..

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum...jajan sekarang dan dulu sama aja kan, ibu..cume jenamanya yang berlainan hehehehe

hOtMaMa berkata...[Reply]

sama la dng anak saya pun.. klu dpt makan jajan cam tu, kompem dpt batuk!

ab@h_Izz berkata...[Reply]

tak dapat nak lari dr beli benda ni...sedang usaha kearah kurangkannya..
--kat sini kena tukar makan jajan kepok lekor/satay ikan lak...hi..hi2

Kak Amy berkata...[Reply]

Nasib la amy tak suka makan jajan nie memang dari ekcik bonda dah ajar...

kak long berkata...[Reply]

kaklong memang pantang bg anak jajan2 ni,teutama sekali ice pop tu,kojap yo da dapek batuk!

azieazah berkata...[Reply]

Saya pun tak suka anak2 saya beli jajan yg macam tu. Kalu nak juga beli jenis roti atau bun.

Tapi ya betullah, kan? Budak2 ni pandai pegi kedai sendiri, tak dapat makan rumah, dia beli masa pegi sekolah..

Sabor jer lah.

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum ibu...saya buat rawatan bekam itu disini...http://www.perubatantradisionalnabawiyyah.com/

cube ibu hubungi ustaz nizam itu dan buat appointment jika berminat ya

sal berkata...[Reply]

budk2 suka makan ini...klu kak sal,tak nk belikan.tpi diorg beli sembunyi2..klu mkn bnyk,berkudis n payah nk sembuh

Cempakamelati berkata...[Reply]

Semoga Azim cepat sihat dan tak makan jajan-jajan tu lagi.

ibundo berkata...[Reply]

pengaruh luar tu lebih hebat penangannya. Yang menjual tu pun saja je carik budak2. Kadang2 anak kita ni tak kuat nak melawan kehendak.
Muga azim sembuh cepat.

ibuintan berkata...[Reply]

kakcik,

tu lah orang negeri kata 'tak jeran', dah banyak kali lepas makan mesti batuk tapi dia tetap juga curi2 beli dan makan

ibuintan berkata...[Reply]

zul,

memang membawa batuk terutama yang berperisa macam2tu... so kurangkan makannya


oh ..rokok juga

ibuintan berkata...[Reply]

LL,

kebanyakan kedai runcit itulah pemikatnya, mesti ada, wajib jual..

ibuintan berkata...[Reply]

shah,

jajan dulu buat sendiri je... kerepek pisang atau ubi, tak jumpa yg pelbagai jenis dan pesen macam skarang ni

ibuintan berkata...[Reply]

hotmama,

ye la, maungkin perisa yang ditambahkan dalam bahan jajan tu... memang memudaratkan kesihatan betul

ibuintan berkata...[Reply]

abah izz,

wajib kurangkan, memang tak elok pada anak2..jgn ajar dr kecil


keropok lekor itu yg sebaiknya, asli

ibuintan berkata...[Reply]

amy,

teruskan... banyak lagi kerepek asli buatan org kita yg lebih berkhasiat dan tidak dicampur dengan perisa yang entah apa-apa

ibuintan berkata...[Reply]

ha itu lah dia kaklong, ais krim pop...tu pun pantang besar juga bagi azim, selalunya belum habis minum tekaknya dah perit... yg ais pop ni dia memang dah tak berani beli

shahjiehan berkata...[Reply]

zaman sekarang revolusi mknan makin haru biru... ajinomoto antara menu utamanya~ heee

ibuintan berkata...[Reply]

azie,

memang lah, banyak gerai diluar pagar sekolah menjual pelbagai jenis jajan ni... dah galak kali tegur bebudak ni tapi tetap ta jalan, itu yang selalu dibeli


Azim biasanya beli sendiri dengan duit belanja sekolahnya

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam Shah,

ibu dah lawat ke blog itu, insyaallah akan cuba menghubungi us nizam

terima kasih

ibuintan berkata...[Reply]

sal,

mereka beli secara sembunyi ni yang susahnya, kalau minta izin kompom tak dibenarkan

ibuintan berkata...[Reply]

cempaka,

terima ksih, masih ada batuknya lagi..

harapnya begitulah, kena kawal dan ingatan selalu

ibuintan berkata...[Reply]

kakpah,

mana2 pergi, memang banyak benda tu dijual, itulah sebab nengok kawan makan maka dia pun nak juga makn sama... tak ingat langsung akibatnya

Unknown berkata...[Reply]

salam..
ibuintan..ayu ada anak saudara yang ada asma...skrg umurnya dan 12 tahun, perempuan
sampai skrg dia dah pulih..rutinnya berbasikal sekeliling taman...
baru2 nie johan rentas desa..rasanya..mmg kena pelbagaikan cara hidup...jangan rasa penyakit membataskan aktiviti

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Kesian tengok penderitaan anak-anak athma ni...semoga Azim sihat.

ibuintan berkata...[Reply]

Ayu,

azim aktif, setiap petang bermain futsal dan bolasepak juga tapi dia alah sungguh dengan jajan tu..

rasanya dah hampir setengah tahun juga dia tak kena asma ni,,, tapi tu lah nak kena pantang makan juga

ibuintan berkata...[Reply]

ckLah,

harapnya begitu lah, kesian bila tak dapat bernafas dengan baik dan selesa, tercunggap2

CikguAreefNaim berkata...[Reply]

salam kak,

adik sy yg bongsu tu kuat mkn jajan. klu ajak makan nasi, asyik kenyang je jwbnya... tp klu mkn jajan boleh pulak... hehehe...

semoga perjalanan akak ke mersing akan dipermudahkan... sy tak pasti sgt cara yg mudah nak ke mersing tu... sbb sy tkde pengalaman perjalanan yg akan akak tempuhi tu...

cuma satu je nak beritahu, mersing ni jalanny byk selekoh, kenderaan tk byk sgtlah... mersing akak nak gi mana?

ibuintan berkata...[Reply]

salam areef,

kena kurangkan jugak tu, kalau jajan yang berperisa macam2 tu la... tak elok untuk kesihatan... makan kerepek yang banyak terdapat di Johor tu takpe...asli, mcm kerepek ubi dan pisang tu

akak nak hantar anak ke sek sains seri iskandar mersing... endau akak dah pernah sampai dah, akak ikut Muazam

Zaitun berkata...[Reply]

Selera budak2 macamanalah nak ditahan tambahan pula kawan2 yang bersamanya pun makan.Kak Zai yang dah tua bangka ni pun susah untuk berpantang.