Syukur... alhamdulillah.. Allah telah menyelamatkan ibuintan daripada musibah.
Jalan naik untuk ke rumah ibuintan bersambung dengan jalan naik ke rumah jiran sebelah. Jadi kereta yang naik ikut jalan ke rumah ibuintan boleh turun di jalan rumah jiran sebelah dan begitulah sebaliknya. Kedua-dua jalan ini terletak di luar pagar kedua-dua rumah.
Selalunya setiap kali balik sekolah, ibuintan dan abahintan memakir kereta di luar kawasan pagar ini sebab kami akan keluar semula. Abahintan balik ke pejabat semula sementara ibuintan akan menjemput Intan dan Azim dari sekolah.
Balik dari sekolah, seperti biasa parkir kereta di luar pagar di depan rumah. Selalunya abahintan yang sampai dulu, parkir kereta di sebelah tepi tebing di bawah pokok ceri, sementara kereta ibuintan di parkir di sebelahnya menghala jalan naik rumah jiran sebelah.
Entah mengapa pada siang tadi abahintan, tidak memakir keretanya di bawah pokok ceri. Keretanya diparkir di tempat yang selalunya untuk kereta ibuintan. Jadi bila di parkir di situ, kereta ibuintan berada di belakang kereta abahintan.
Bila keadaan ini berlaku untuk turun ke jalan besar semula ibuintan ada tiga pilihan :
pertama.... masuk ke halaman rumah , pusing dan turun ke jalan besar
kedua ... mengundur kereta sambil turun bukit.... cara ini tidak berani
ketiga... kereta depan keluar (jalan) dulu
Jadi seperti biasa, petang tadi sebelum pukul dua setengah petang ibuintan hendak keluar untuk menjemput Intan dari sekolah. Hujan tiba-tiba turun diikuti dengan angin yang agak kuat, kereta pula dihalang oleh kereta abahintan. Jadi bercadang untuk membawa kereta abahintan saja, enjin kereta telah dihidupkan, tapi tiba-tiba rasa berat hati pula untuk memandu kereta abahintan, matikan enjin semula dan masuk semula ke dalam rumah, menunggu abahintan menggerakkan keretanya dulu.
Baru masuk ke dalam rumah...............
Tiba-tiba..... zuppppppppppp... padam semua.. seluruh rumah blak-out... suis utama di luar rumah berdetap ...OFF... Along yang sedang menonton TV di ruang tamu menjerit...... 'ibu, pokok tumbang'
Kami berlari keluar rumah semula.... Ya Allah, tak tahu nak kata apa masa tu, tak sampai dua minit, sebatang pokok besar telah tumbang ke atas jalan besar dan betul-betul dipermulaan jalan naik ke rumah jiran sebelah. Sekiranya ibuintan tidak turun dari kereta dan terus memandu kereta abahintan tadi, kemungkinan besar ibuintan sedang menuruni jalan bukit itu.
Nasib baik juga tiada kenderaan yang lalu semasa pokok itu tumbang. Abahintan terus menelefon pihak TNB dan memaklumkan kejadian berkenaan..
Wakil rakyat ADUN Sri Menanti Dato' Abd Samad Ibrahim, yang dimaklumkan oleh anak saudaranya telah datang melawat . Disebabkan jalan tidak boleh dilalui kenderaan, anak saudara Dato' yang kebetulan lalu telah singgah ke rumah ibuintan. Semasa inilah dia menelefon Dato' Abd Samad dan memaklumkan kejadian ini. Dato' Abd Samad pun tiba dan Dato' juga rasanya telah menghubungi pihak tertentu.
Pekerja JKR, TNB dan Telekom datang serentak dan setelah berbual seketika dengan beberapa orang pekerja yang datang untuk membuat kerja pembersihan dan pembaikan Dato' pun beredar.
Sebelum dibersihkan.
Kerja-kerja pembersihan oleh pekerja JKR.
Kerja pembersihan telah selesai dilakukan oleh pekerja JKR.
Diambil alih pula oleh pekerja TNB dan Telekom.
Sebahagian mandur yang tidak bergaji.
Menjelang pukul lima petang, tenaga letrik pulih semula. Sementara talian telefon dan internet pula pulih pada pukul enam setengah petang. Nasib baik...
//semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dijauhi dari sebarang musibah dan mudarat
22 ulasan:
wah cepat bantuan diberikan,,untung kenal ahli politik
salam ibuintan...
lama izan tak singgah sini. alhamdulillah...cepat je dorang sume buat keje kan. bagus betul~
Alhamdulillah.
Syukurrrr... (buat sujud syukur ni) :)
memang kemalangan tidak terduga, semoga tiada yang buruk terjadi...
Seriau saya baca Kak.
Syukur alhamdulillah ibuintan terselamat dari bencana.Semoga kita semua dilindungi selalu.
Cepatnya kerja2 pembersihan dilakukan,bagus kan.
kadang2 kalau ikut rasa hati tu ada hikmah eh kan?
syukur eh..
bosa e pokok yang tumbang tu.
Abih, sapo yang poi ambek si intan?
assalamualaikum ibu..
sykur ibu tiada apa2 kan..alhamdulillah, kalau adun turun cepat je diorang amek tindakan kan....
Allah masih memberi perlindungan. Alhamdulillah ibuintan. kena sujud syukur....
Tabik juga dgn tindakan pantas mereka yg terlibat. Dato' yg telefon mestilah hehehe......
as'salammualaikum ibu..
wah kejadian yang sama pernah terjadi pada amy..alhamdulillah cepat je bantuan di hulurkan..
Iman,
memang cepat... YB tu klasmate ibu juga masa sekolah dulu, memang seorang yang prihatin... stakat ni la...hehehe
Izan,
semoga sihat, walaupun jalam kg, tapi itu jalan utama .. jadi perlu segera dibersihkan
azie,
memang syukur sangat, dan memang terus buat sujud syukur.... tak tangguh lagi
Alhamdulillah ...kak zai,
di samping bersyukur kpd Allah tidk lupa juga mengucapkan terima kasih pada suami, suami pun heran dan tiada sebab mengapa dia parking di situ
betul la kak long,
kalau akak teruskan juga semalam, akak mesti berhenti di situ sebelum belok ke jalan
kak pah,
pokok kolopong, pokok tu muda juga lagi... bomba juga heran macam mana boleh tumbang ke jalan
intan..abahnya yg ambil, saya terus mengeletar tak berani kluar lagi dalam hujan tu... abahnya minta xcuse ptg semalam
syukur sangat Shah,
tindakan adun yang call pihak berkenaan sendiri, tu yg cepat sangat tu.... adun ni memang selalu begini, penduduk kawasan ni dah biasa beritahu adun apa masalah mereka... kalau sendiri yg berhubungan dengan pihak terbabit belum tentu cepat tindakannya, kalau paip pecah pun beritahu adun juga
kakzakie,
sudah, petang semalam juga terus buat... rasa syukur yga amat sangat
tu lah yg diharapkan daripada seorang wakil rakyatkan
amy,
syukur, nasib kita masih baik kan
alhamdullillah.ibuintan tak apa2.
kat dato tu.moga terus prihatin pada rakyat.jgn dah naik pngkat terus lupa.
syukur ibuintan selamat. besar betul pokok tu
alhamdulillah , syukur krn tak ada2 yg berlaku kat ibuintan....
alhamdulillah, ibuintan sekeluarga selamat...
rezki kan, segala2nya selesai dgn mudah...
Catat Ulasan