Sejak lepas subuh, hujan turun. Ke sekolah pun dalam hujan juga. Disekolah pun hujan berterusan sehingga pukul sepuluh. Berhenti sekejap. Namun turun semula sehingga habis waktu persekolahan.
Sejak lepas rehat berada dalam kelas tahun 2 Arif. Semasa semua murid sedang membuat latihan bertulis, selang 20 minit sebelum loceng akhir, tiba-tiba seorang budak sibuk mengadu, Danial kencing dalam seluar.
Alahai.... apa lah ni. Danial senyum sumbing. Kala ditanya,' kenapa kencing dalam seluar?
'Sejuk cikgu, tak perasan kencing keluar"
Ayolah haiiiii... kecut sangat ke burungnya agaknya,.. sampai kencing pun tak sedar..
"Kamu nak ganti seluar tak?
'Tak payah cikgu, dah nak balik" jawabnya selamba.
Pandai pulak dia bawak diri, pergi buat kerja di meja kosong di belakang kelas, tanpa kerusi... menulis sambil berdiri..
//nasib baik dah nak balik, kalau tidak hancing satu kelas.
33 ulasan:
Kesian Danial... sampai tak sedar terkencimg dalam seluar.
ibuintan..sape la nak kena cuci kelas tu ye..kot tak cuci..hancing jugak tu..
cobaan cik gu..
Dah buat salah pandai pula bawa diri.
Macam-macam kerenah budak sekolah rendah ni. Gurulah harus banyak bersabar melayani kerenah mereka. besarnya jasa guru ni. Saya sayang semua guru-guru saya.
ada jgk kes tak terasa. mcm org khattan tradisional la tu. kena mandi sejuk ibarat nak bius la tu agaknya
Betullah, budak kecil ni memang jujur dan tulus.
dia jawab jer apa yang dia rasa.. Selamba. tak bohong.
kesian danial..
terasa penat klu terjumpa kes2 camni ya..
sibaik dapek cikgu macam ibuintan,
kalau kaklong ilang sabar dah tu..!
hahahah...!!!!
ibuke tukang basuh burung??wahaha
anak2 kan
laaa...siannye kan...
kat sekolah sy selalu terjadi mcm tu...
ramai cikgu2 tak sanggup nak basuhkan...
teringat kawan IM masa sekolah rendah dulu, kencing dalam seluar..he..he..
Kesian Daniel.
minta2 dalam bas dia tak diejek..
kakcik... tu lah sedar2 dah meleleh sampai ke kasut, nasib baik dah nak balik
kak erna... nasib baik cuti seminggu lepas ni.. ilanglah bau tu nanti
kak zai.. danial budak yang baik, tu lah pandai bawak diri sendiri
chempaka.. ingatlah guru yang pernah mengajar kita dulu, doakan mereka..
sasa... agaknya camtu lah, dah sejuk dah rasa kebas kot... walahuaklam
Masa tingkatan 1, kawan sebelah meja kelas ckLah terkencing sebab takut nak minta keluar dari cikgu Sains yang garang. Kebetulan, sebelum tu kami belajar buat 3 jenis jus dalam kelas Sains Rumah Tangga dan dipaksa minum jus masing-masing....kesian dia.
azie,
bebudak jarang sangat kita jumpa yg suka berbohong, biasanya jawapannya jujur dan tulus..
sya,
memang kesian, anak terbiar juga tu.. tinggal dengan uwan, mak bapak dah bawa hal masing2, tak tahu ke mana
sal,
kekadang letih juga tapi jarang2 berlaku
kaklong, cammana nak ilang sabar lak, dia pun bukan sengaja.. tu nasib baik kencing, buatnya yang lagi satu tu..
iman,
taklah burungnya dia basuh sendiri, tau malu tu...
white rose,
kita minta dia basuh sendiri, baju dan seluar memang sentiasa ada stand-by kalau2 jadi kes camni
Im, dulu2 ada kes kencing dalam seluar sebab takut cikgu... cikgunya garang
reen,
dia dijemput oleh datuknya, naik moto
hehehe...ckLah, nasib baik bukan ckLah... dulu memang ada macamtu, adik saya pun pernah kencing dalam seluar sebab takut cikgu juga
tapi cikgu sekarang tak garang kan... kan ckLah kan...
Bukan budak sekolah rendah je yang pandai kencing dalam seluar.. pelajar sekolah menengah pun ada.. Tahan punya tahan terlepas juga... ragam budak sekolah.
Biasanya masa Tahun Baru memang musim hujan. Barangkali banyak naga yang jahat2 kot...
kencing mana boleh tahan cikgu kan, boleh datangkan penyakit juga..
kat sini dah lima hari hujan turun, ni pun masih turun lagi sejak pukul lima subuh tadi... tu nak basuh naga biar jahatnya kurang..
Yup...ms tingkatan 5 pun pernah jugak... ms akhir dh sblm balik... last terpaksa kencing je dlm seluar...mujur xde sape perasan ms tu...sekolah dlu pelik skit pelajar form 4&5 pn kna pakai seluar & kain mcm sekolah rendah...klu terkencing pn xnampak sgt seluar/kain basah...
Dulu ms sekolah rendah..darjah 6..pernah sekali terkencing dalam kain... jadi segan nk mintak dgn cikgu ms tu...mmg dh tak tahan sgt dh last2 kencing je dlm kain..byk plak tu aku kencing smpai mengalir ke belakang.... sekolah menengah pn pernah jugak... ms tu mmg sengaja thn kencing..bila ms akhir semua dh blik aku selak baju dan kencing je dlm kain kt tempat duduk aku tu...br lah rasa lega sikit....
jgn kan budak sekolah..kita yg dewasa pn ada kes2 mcm ni... pernah sekali tu balik dr kerja dgn bas..dlm bas dok menahan2 kencing..tkt jugak kot2 terkencing dlm kain...sampai dkt flat jalan habis cpt dah... tunggu lif punya la lambat... last2 dgn keadaan berbaju kurung... aku pergi kt tangga & kencing je dalam kain kt tepi tangga tu... br lh legaa...nasib baik ms tu pakai kain warna mcm kain sekolah rendah tu...jd xnmpak sgt la yg aku kencing ni...hahahah...
Catat Ulasan