Wajah-wajah manis anak-anak tahun satu ku.
Tahun ini kelas 1 Arif hanya ada seramai 16 orang murid saja. Penduduk sekitar sini sudah kurang produktif. Kalau di awal berpindah ke sini dulu masih terdapat sekitar 30 orang murid di dalam dua kelas tahun satu.
Seperti biasa, minggu pertama ini , minggu orientasi di dalam Program Transisi.
Sessi suaikenal antara guru dan anak murid wajib ada 'mari berkenalan'. Nampaknya semua murid berkeadaan cergas dan cerdas, tidak ada seorang pun yang berwajah mendung, cuma kelas sebelah terdapat seorang murid yang asyik mengejar ayahnya, ayahnya tidak boleh hilang dari pandangan... nasib ayah tu , jadi tumpuan..
Sesi suaikenal bermula. Seperti biasa, cikgulah yang interprem diri dulu, beri semangat kepada mereka dulu... belum sempat mengenalkan diri..."ala, saya tahu nama cikgu"....memanglah mereka tahu sebab cikgunya pun gantung tanda nama juga. Nak jugalah, cakap dengan nada yang serius sikit supaya di hari-hari akan datang mereka tidak pijak kepala cikgunya.
Seorang anak murid yang bermulut murai..'ala...kita tahu, cikgu baik'
Cikgunya pun buatlah alim-alim kucing ...'eh, cikgu garang tau, kalau kamu ...( belum habis ayatnya lagi)
Sambung seorang murid lain..'ala...kita tahu, abang kita kata cikgu baik
hahaha...sesi suaikenal yang telus, itu yang suka sangat dengan anak-anak tahun satu, jujur dan ikhlas.
Sesi suaikenal pun diteruskan dengan semua anak-anak murid pula bergilir-gilir ... nama saya Nur Adrina Izati, nama saya Kak Long, nama saya Bang chik, nama saya Boboy, nama saya Ayong... tang nama ni selalu cikgunya pening sikit, minggu pertama inilah masalah
Panggil 'Muhamad Solihin bin Abu Bakar', sah terkebil-kebil dan cikgu pun tercari-cari sapelah tuan punya nama, 'nama kamu Muhamad Solihin bin Abu Bakar kan' tanya cikgunya lagi kepada yang empunya nama... Jawabnya 'nama saya Boboy' .
Panggil pula 'Siti Aminah binti. Rashid', pun tidak ada yang menyahut, cikgunya dekati murid berkenaan..'nama kamu Siti Aminah binti Rashid kan' tanya sekali lagi kepada yang empunya nama... jawabnya tulus 'nama saya Ayong'.. ha..jangan tanya lebih-lebih kang kok turun hujan .
Selesai satu hari sesi berkenalan, hanya terdapat empat orang yang masih mengenalkan diri dengan nama panggilan di rumah, yang lain telah terbiasa menggunakan nama sendiri semasa di Pra atau tdika.
Perhimpunan rasmi, yang terselit di belakang itu ialah sebahagian penjaga yang hadir.
Dua gambar di atas, tekun membuktikan mereka telah boleh menulis nama sendiri. Syabas.
//insyaallah, cikgu akan mendidik kamu dengan sebaik-baiknya, sebagaimana tanggapan kamu.
10 ulasan:
best tengok murid2 tak ramai kat sekolah...cikgu boleh beri tumpuan lebih pada anak murid...bila dah ramai sangat boleh poning cikgu dibuek eh..!
assalamualaikum ibu..semoga sekolah ibu tidak dikategorikan sebagai SKM kan??? kalau terkena, ape kesannya ibu....
.ibuintan..,
ternyata begitu menyayangi karier ....Syabas di ucapkan.
assalamualaikum kak Ibu Intan,
selamat menjalankan tugas, kak.dedikasi akak sangat diperlukan.terima ksih atas jasa akak.
anak saya pun semalam hari pertamanya dalam darjah 1.kami suami isteri tak dapat menunggu disebabkan bertugas juga.
p/s;di tempat saya pun yg daftar form 1 tak sampai 100 orang.berbeza sangat dengan tahun2 sebelum ni
Tergelak kak Zai baca tentang tanya nama sebab pernah berlaku pada anak sendiri masa dia masuk tadika dulu.
salam kak..
terharu dengan tugas seorang guru..guru bukan sahaja mualimah, ttp juga mursyidah dan murrabbiah...Semoga usaha akak 'dipandang' oleh Allah.
asslamualaikum kak...
jaga murid2 tahun satu ni kena banyak sabar juga kan kak...tengok berita di tv3 semalam meraung dan berguling2 tarik beg nk blk...kelakar juga dalam nak lari balik tu sempat lagi tarik beg kan..
alhamdulilah bt masa ni aleya on je wlpun baru pertama kali ke sekolah semuga bergitulah seterusnya...
rakan tadikanya juga tak ada yg menangis...
amboi2 comey2 nya..selamat bertugas
Bertuah mereka...dapat cikgu baik!
:D
salam ibuintan..tahniah menjadi pendidik yang baik..
lucu pulak kan..memang ada jugak budak yang tak tau nama sendiri..cuma nama gelaran aje..
darjah satu pun ada mak ayah tunggu ye ..
Catat Ulasan