Followers

Ahad, 2 Januari 2011

Hari ini hari ku juga.

2hb Januari.  Hari kedua di tahun baru setiap tahun Masihi, sejak 4 dekad lebih yang lalu ialah merupakan hari untuk ibuintan juga.  Hari ini bertambah lagi bilangan usia  dan makin dekat ke hujung usianya pula.

Alhamdulillah, masih diberi rezeki yang berterusan, masih diberi kesihatan yang baik, masih diberi kasih sayang suami, anak-anak dan keluarga terdekat, masih berupaya menempuh dan melepasi cabaran dan ujian kehidupan, masih dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara, masih dapat memberi kasih dan bakti kepada suami dan anak-anak , keluarga terdekat, sanak saudara, rakan-rakan serta anak-anak didik.

Terima kasih ya Allah atas segala nikmat yang dianugerahkan. Semoga selagi masih dipinjamkan nafas untuk terus menumpang di dunia ini  keimanan dan ketaatan kepadaMu makin bertambah.  Semoga segala urusanku  terus dipermudahkan.  Semoga terus diberi kesihatan yang baik untuk terus berbakti kepada agamaku, bangsaku, negaraku serta keluargaku.

Syukur Ya Allah, terima kasih suamiku yang dicintai, anak-anak ibu sayang - Along, Intan dan Adik Azim kerana memberi ibu kebahagiaan dan kekuatan dalam menjalani kehidupan ini.  Jua kepada semua ahli keluarga yang lain, semua rakan-rakan yang sentiasa bersama saat suka dan duka, semua rakan maya yang sering bertegur sapa, semua anak-anak didik dan bekas anak didik serta semuanya yang pernah memberikan doa dan  kebaikan untuk IBUINTAN.


Semoga di tahun 2011 ini ibuntan dapat memberi dan membuat yang lebih baik dan terbaik dari sebelumnya. 

Salam sayang untuk semuanya.




...........................................................................................................................................

Cuti di akhir tahun 2010 dan di awal tahun 2011.

Percutian keluarga di akhir tahun 2010 sekaligus di awal tahun 2011 juga.  Pergi pagi .  Tidak jauh hanya ke Port Dickson dan menginap di Tiara Beach Resort.   Perjalanan lancar dari rumah dan tiba disana pukul 12 stengah.

Tanpa membuat tempahan, seperti biasa edisi terjah. Sampai saja terus membuat tempahan.  Sebab tiba awal, nasib baik ada lagi Family Suite yang masih kosong. 

Kami memilih TBR kerana tidak mahu mandi laut.  Alasannya tidak mahu kulit terbakar dan menggelupas kerana sekolah akan bermula dua hari lagi.

Gambar yang yang diambil menerusi jendela kamar.  Hanya dapat snap pic menggunakan hp saja kerana terlupa mengambil kamera yang dipinjam oleh adik ipar.   Memang ramai pengunjung yang menghabiskan cuti mereka di sini.

Menghabiskan masa di 'beach pool buatan'  sehingga petang, sehingga kecut kaki tangan.  Memang seronok bermain air, mengalahkan orang yang setahun tak mandi ..  Yang penting tiga beradik itu enjoy.

Malamnya selepas solat Maghrib, kami ke Dataran Teluk Kemang, hajat hati untuk melawat gerai-gerai yang banyak terdapat di sana.  Rupanya ada sambutan menyambut tahun baru.  Ada persembahan kesenian dan kebudayaan.Menjadi penonton sekejap. Banyak lagu-lagu dan tarian NS yang dipersembahkan.


Pagi mandi semula dikolam.  Mendaftar keluar pada pukul 11 setengah pagi.  Dalam perjalanan balik singgah di Pantai Batu 4, hanya duduk lepak di jeti tempat kaki pancing memancing sewaktu air pasang.  Disebabkan semasa kami tiba, air masih surut, tiada kaki pancing yang berada di jeti tersebut.  Hanya Azim seorang yang turun ke pantai bermain air laut.  Yang lain duduk berborak sambil menghayati keindahan laut ciptaan Allah s.w.t yang luas terbentang di depan mata.


Kami meninggalkan pantai PD pada pukul 3 petang.  Singgah juga di Carefour Seremban, hajat hati sekadar window shoping , namun sebab ada sale new year 'terbeli' juga akhirnya beberapa barang.

Syukur selamat sampai di rumah pukul 5 setengah petang semalam.

//yang penting kepuasan bila melihat anak-anak bergembira.

19 ulasan:

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Selamat Hari Lahir.....


Kembar rupanya kita...tahun je lain-lain!


:D

ibuintan berkata...[Reply]

Selamat hari lahir juga untuk ckLah..kembar berbeza tahun

al-lavendari berkata...[Reply]

salam.

1. selamat menyambut ulangtahun kelahiran. semoga berada dalam ihsan dan perlidungan Allah jua.

2. ibu intan ada 3 anak. kenapa guna nama pena 'ibuintan' .. yang dua lagi tu tak kecik hati ke ?

3. terbeli tu biasalah. biar menyesal terbeli jangan menyesal tak beli.

kak wan berkata...[Reply]

Salam ibuintan...,
Selamat hari lahir...wah cepatnya sambut Birthday ye..

InsyaALLAH ada rezeki nanti kakwan ingin keNS ;- seronok tgk gambar percutian ibuintan sekeluarga.

hentian berkata...[Reply]

teringin IM nak dengar lagu-lagu kesenian N9.

IM memang gemar seni budaya kita dari pelbagai daerah..

sal berkata...[Reply]

selamat hari lahir..n selamat thn baru

ibuintan berkata...[Reply]

terima kasih Tuan aji,

1, alhamdulillah..Amin

2. ibuintan...rasanya tidak kerana nama ini muncul atas cadangan Azim semasa Azim mendaftarkan emel untuk membuka akaun fb saya, sekali daftar terus diterima yahoo, sementara panggilan ibu dimulakan oleh intan...

cerita lanjut di http://impianaintan.blogspot.com/2010/12/ibu-atau-mak.html

3, terbeli memang sebab taknak menyesal bila tiba dirumah nanti....

ibuintan berkata...[Reply]

kak wan,

terima kasih, dialu-alukan dan jemput datang ke NS,.. jemput juga ke K. Pilah

ibuintan berkata...[Reply]

Im,

malam tu, saya pun baru dengar banyak lagu2 dan tengok tarian dari daerah2 lain dari NS

ibuintan berkata...[Reply]

terima kasih Sal

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum..alhamdulillah selamat semuanya..satu keunikan blog ibu ini ialah nama ibuintan itu sendiri..mudah utk disebut dan diingati...semoga ibuintan akan terus dirahmati Allah bersama keluarga tersayang...

kak long berkata...[Reply]

selamat hari lahor ibu,semoga sihat walafiat,dimurah kan rezeki selalu...amin...!



kaklong dah lamo teringin nak ke TBR tu...bilo la gek eh...?huhuhu!

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..selamat hari lahir..emoga apa yang ibuintan doakan kan dimakbulakn..insyaallah..

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Salam ibuintan.

Selamat hari lahir. Saya tumpang aminkan doa ibuintan yg dah lengkap itu. Sifat syukur dgn apa yg ada akan membuat jiwa kita merasa kaya.

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Saja nak ulas sikit komen abg al-lavendari:

ibuintan tak bermakna anak yg dua lagi disisihkan. Lagipun semua anak2 adalah intan permata bagi kedua ibubapa.

psst - takde cadangan nak tambah lagi seorg ke?

IMANSHAH berkata...[Reply]

Salam ibu, selamat hari lahir, semoga berbahagia disamping keluarga tersayang..

Percaya atau tidak, dalam usia 30 an ini, saya hanya baru sekali berkesempatan mengunjungi Port Dickson

azlina berkata...[Reply]

SELAMAT HARI LAHIR KAK..SEMUGA BEROLEH LLEBIH KEBERKATAN ...

SERONOK ALHAMDULILAH SEMPAT JUGA PERGI BERCUTI WLPUN LAST MINIT...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...[Reply]

selamat tahun baru

Zaitun berkata...[Reply]

Selamat ulang tahun buat ibuintan semoga sihat selalu dan dimurahkan rezeki.