Followers

Isnin, 21 Januari 2013

Tudung.

Tengah hari semalam ke majlis kenduri pertunangan anak rakan sekerja abahintan di Jemapoh. Meriah majlisnya..... dah macam majlis kahwin pun iya juga.  Siap dengan pelamin serta karaoke sekali.  Alahai susahnya  bila bercakap dalam suasana yang binggit begitu.  No komen!

Balik dari majlis kenduri tu kami  terus ke bandar Bahau.  Hajat hati nak cari tudung yang sama dengan tudung yang ditengok dalam laman biz online di FB.  Di Bahau ada butik yang menjual tudung jenama berkenaan.  Sampai saja terus ke butik tudung tersebut, sayangnya tudung yang dah pekenan sangat tu tiada dalam stok.   Ada design yang sama tapi berlainan warna daripada warna  yang dihajati.  Melepas la lagi!

Pilih juga yang lain tapi tak berkenan dengan mata sendiri.  Yang untungnya budak ini jugak.  Tudung-tudung yang dia nak beli secara online tu kebetulan ada juga dijual dikedai sebelah butik ni.  Apalagi lepas selai, selai dia mencuba. Yang pembantu kedai tu pulak sorong je tudung tu lepas satu, satu , ke dia.



Puas mencuba, akhirnya... 'ibu, Intan ambik dua helai ye'. Nasib baik dua helai saja yang sangkut. Intan memang tengah kemaruk dengan tudung bawal segera macam ni sekarang.  Dah beberapa helai dia beli secara online, termasuk tudung  yang dipakainya itu juga dibeli secara online..  Nampak gayanya ibu yang berhajat tapi anak yang dapat dulu.  Tapi ibunya tetap juga nakkan tudung yang dihajati jadi ibunya juga dah buat pesanan secara online... harga sama dengan harga yang dijual dibutik, cuma perlu tambahan untuk pos. Kan ... like mother like dother!



12 ulasan:

ummiross berkata...[Reply]

Intanlah paling seronok ye, dapat tudung idaman kalbu.Cantik tudung bawal segera tu..

Ibuhani berkata...[Reply]

Dh omak eh bergayo mestilh anak pun ikut......hehehe....

Unknown berkata...[Reply]

salam singgah..bestnya dapat shoping tudung =)

ibuintan berkata...[Reply]

@ummiross


memang ummie, senyum lebar... Intan hanya pakai tudung bawal, yg berpesen2 sangat dia tak suka

ibuintan berkata...[Reply]

@Ibuhani


tak do Ibuhani... omak ea tak pandai bergayo, yg simpel2 je tu

ibuintan berkata...[Reply]

@~Emaa Hasnah (^_^)~

trima kasih Emma... yang dapat best la, ibunya soping online akhirnya

MulutPayau berkata...[Reply]

seronoknya Intan...samalah ngan anak saya kak, kalau pergi kedai dia yg terlebih..hehehe

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor berkata...[Reply]

Assalamualaikum....

Salam perkenalan..Sekarang ni lbh senang beli online drp beli di kedai..

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Anak kita dah anak dara cikgu memang dah pandai nak cantik. Kita pun kalau boleh kalau harga mampu mestilah tak sampai hati kalau tak beli.

Tudung bawal segera kakak pun sukalah cikgu. senang dah tak payah nak segitigakan dia lagi.

MyFreeMinded berkata...[Reply]

saya pun berminat dengan tudung bawal segera tu tapi lum dapat2 g. Yg jumpa di kedai agak pendek paras yg menutup dada tu. :)

NzA berkata...[Reply]

kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi...xgitu intan????/

Acik Erna berkata...[Reply]

assalam ibuintan..seronok intan..dua sekali dapat kan