Harap esok kerja-kerja memasang marmar ni bermula. Tak sabar menunggu siap projek yang seciput ni, nak berkemas cepat kawasan luar yang dah berterabur tu. Stor dah siap cuma tinggal bahagian lantai ni saja.
Bila demam, selera makan pun meragam. Bila ada yang tak sihat, mesti yang tak sihat tu diminta cadangan menu yang dikehendakinya. Azim sejak semalam makan tak berapa selera. Azim ni pula satu masalahnya lagi ialah tidak kerap minum air kosong. Dia minum air kosong sewaktu makan saja. Bila demam kurang makan maka minum pun kurang. Menu tengah hari tadi dia minta dimasakkan singgang ikan parang. Dia nak hirup kuahnya. Azim memang suka makan lauk yang jenis bersup dan berkuah yang boleh dihirupnya, lauk lemak pedas bukan kegemarannya.
Dah alang-alang masak, masak tiga ketul ikan parang sekali gus. Abahintan dan Intan pun makan sekali. Ibuintan pula dah makan di sekolah. Pagi tadi sekolah ibuintan mengadakan program gotong royong.. gotong royong warga sekolah. Aktiviti utama pagi tadi ialah mengecat dinding surau, dinding bilik pusat sumber serta bilik-bilik khas. Program diakhiri dengan jamuan makan. Jadi ibuintan makan di sekolah saja bersama rakan -rakan.
Makanan disediakan pengusaha kantin sekolah.
macam-macam kojo!
Lepas bekerja... makan durian yang disumbangkan oleh Ustaz Zulkefli. Tokey durian ni... luas dusunnnya. Terima kasih ustaz... moga musim nanti bertambah lebat buahnya. Setiap kali musim durian, ustaz memang tak lupa menjamu rakan2nya.... makan-makan free, nak lagi puas makan.... order saja dan bayar ngan ustaz.
..... moga terus dijaga
11 ulasan:
seronokknya tengok durian..dah penat keja ..dijamu durian, berbaloi jugak..
moga azim segera sembuh..take care dan jgn lupa makan ubat ye.....nza dh 1 minggu kena athma attack ni kak, xlarat sgt2 rasa..
Lepas ni makin brtmbah brseri2lah rumah akak....
Wah cantik la mural tu w.pn simple...boleh nk ciplak tak kak????...
@sal
memang Sal... habis keja masing2 kopek durian, bakinya yg tak habis ada yg bawa balik
penat tapi seronok
@NzA
alhamdulillah... Azim makin sembuh, moga Nza juga cepat sembuh, jaga makan dan makan ubat juga
mural bunga raya n rukunegara tu di dinding bilik PSS... kalau berkenan tiru la.. apa salahnya,berkongsi idea
Wahhhhh....lawa sungguh gambo akhir tu.....hensem.......ahakz
Wah siap dijamu dengan durian.. Murah rezeki cikgu2 dan anak2 murid yang datang gotong-royong tu.. Cantik mural tu..
Pstt cantik header baru akak... ♥
1. Moga anakanda Azm cepat sembuh.
2. Renovation memula menyesakkan tapi bila siap suka cikgu.
3. Gotong-royong ada makan-makan tu yg best
4. Murah rezeki uzt.'durian' :)
seronok gtg macam nie ..
ada lak makan2 .. lauk sedap2 ... masakan kampung lagilah ! ;)
sedapnmyeee macak lemak ikan parang kak , selalu saya buat asam pedas johor dgn ikan parang nie ;)
Moga Azim dah sihat sepenuhnya.
Waa sedapnya makan2 tu ibuintan, ada durian lagi, penat pun takpe, hati tetap seronok kan kalau macam ni.
Smoga azim cpt sembuh. Debu simen kot.......wah bosakn umah ko? Smoga semuanya berjln lancar.
Catat Ulasan