Followers

Ahad, 27 Januari 2013

Majlis sambutan Maulidur Rasul

Assalamualaikum... syukur, bertemu kembali.  Dua hari menyepikan diri tanpa khabar berita. Moga semua sahabat bloggers berada dalam keadaan sihat dan gembira menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga tersayang.

Jumaat dan Sabtu yang sibuk buat ibuintan dan keluarga. Pagi Jumaat sekolah  mengadakan program sambutan Maulidur Rasul. Program bermula seawal pukul lapan pagi dengan majlis bacaan Yassin di surau sekolah, disertai juga beberapa orang ibu bapa yang hadir.


Selepas majlis bacaan Yassin, semua berkumpul diperkarangan sekolah untuk perarakan sambil berselawat ke masjid berhampiran, lebih kurang sejauh 500m.








Berkumpul diperkarangan masjid sebelum berarak balik semula ke sekolah.

Dah berjalan sejauh 1km, kita minum dulu. Makan roti (sumbangan syarikat kilang Roti Azan K.pilah) cecah air sirap.  Best jugakk!

Senyum lebarr!


Berkumpul di dalam dewan sekolah untuk mendengar ceramah maulidur rasul yang 'terpaksa' diambil alih oleh ustaz sekolah ini sahaja setelah penceramah yang diundang dan bersetuju pada awalnya memberi alasan  yang tak sepatutnya.  Redha je lah.... ustaz tu pun manusia biasa juga, kekadang termungkir janji juga. Tapi kesian juga pada ustaz Zul yang terpaksa menjadi penceramah 'bidan terjun' di saat akhir. Sebab hanya mengetahui penceramah jemputan itu tak dapat hadir selepas dihubungi setelah  tidak muncul-muncul.


Majlis di ikuti dengan penyerahan wang sumbangan oleh Encik Radzuan seorang bekas pelajar sekolah, juga anak kampong  ini yang kini berjaya sebagai seorang usahawan.. sumbangan RM1k kepada setiap murid yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR setiap tahun. Dalam majlis ini juga beliau masih berjanji akan meneruskan sumbangannya kepada murid yang berjaya mendapat 5A untuk beberapa tahun lagi.

Dan seperti biasa juga... acara isi perut... wajib menjadi aktiviti penutup majlis.  Makan tengah hari  menunya ialah hasil port-luck di antara kalangan guru dan kaki tangan sekolah.

Petangnya pula ibuintan dan suami serta Intan bergerak ke Langkap, Bidor ke rumah KakNgah untuk menghadiri majlis perkahwinan anak bongsunya.. Yana seorang blogger juga rupanya.  Insyaallah entri akan di tulis kemudian.

Sebentar lagi ibuintan akan bergerak pula ke Kuala Kelawang ke rumah abang ipar.  Ada majlis kenduri juga di rumahnya. Nampaknya cuti hujung minggu ini ke hulu ke hilir makan 'berkenduri'...






11 ulasan:

Totie@Tomy berkata...[Reply]

meriahnya sambutan maulidur rasul di sekolah ibu intan...

Acik Erna berkata...[Reply]

assalam ibuintan..tak baik pulak ustaz tu kan..bagi la tau supaya boleh ustaz yang mengambil alih buat persediaan

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Alhamdulillah banyak aktiviti berfaedah ibuintan sepanjang hujung minggu baru ni.

Saya tabik kpd org mcm En Radzuan tu yang sanggup berkongsi kemewahan dan rezeki yg Allah kurniakan kpdnya dgn pihak sekolah tempat dia pernah menuntut ilmu.

ibuintan berkata...[Reply]

@Totie@Tomy

meriah juga apatah lagi dengan mendapat sambutan ramai ibu bapa yg hadir dan berarak sama

ibuintan berkata...[Reply]

@Acik Erna

tu lah Acik... terkilan juga pihak kami dgn tindakan ustaz tu.. alasannya juga macam tak relevan je


tu lah kalau diberitahu awal, boleh juga dicari penganti yang lain, mungkin dia ke tempat yg menjanjikan habuan yg lebih besar nilainya

ibuintan berkata...[Reply]

@Yunus Badawi

alhamdulillah Yb... tapi tersangat penat ke sana ke mari, semua aktiviti yg patut dihadiri

En Radzuan tu salah seorang usahawan yang menjalankan bisnes berlambangkan kulit kerang

NzA berkata...[Reply]

meriahnya...sk nza buat 2 minggu lagi....

sal berkata...[Reply]

meriah sambutan maulidurrasul...di sini kami hanya berpeluang melihat di kaca tv..

selamat bercuti dan selamat berkenduri..

kasihibu berkata...[Reply]

semoga di murahkan lagi rezeki kepada penyumbang bekas pelajar sekolah tu
comel comel anak didik ibuintan

ahmad humairi berkata...[Reply]

Salam Maulidur Rasul,

Kat sekolah saya tak buat sambutan 'grand' camni.....hanya kumpul 9 orang budak yang beragama islam...pastu buat selawat sket...takde ceramah...huuuu

ummiross berkata...[Reply]

Alahmadulillah, sambutan tanda kasih sayang kita kepada Rasulullah, Salawat dan salam buat baginda dan ahli keluarga.