Followers

Selasa, 15 Januari 2013

Kerja dalam cuti.

Selamat Hari Keputeraan Tuanku... moga Allah lanjutkan usia Tuanku.



Inilah kerja tambahan di hari cuti umum semalam..... ada murid, adalah cikgu.  Seawal pukul 7 pagi sudah bergerak dari rumah menaiki bas bersama anak-anak murid. Bukan jauh pun, tapi dah atas arahan pihak atasan, kenalah akur.  Bukan tak boleh memandu sendiri tapi siapa nak jaga anak-anak orang yang di dalam bas itu, dalam bas pun macam-macam boleh berlaku.  Tidak pasal-pasal nanti kena saman.





 Ini pula tugasan  anak-anak murid, beratur untk mengibarkan bendera semasa keberangkatan Tuanku.



Sebahagian murid lain pula berada di kawasan Istana Lama/Muzium  Lama Seri Menanti kerana menyertai pertandingan mewarna dan melukis.







Makanya tugasan cikgunya semalam yang paling mencabar ialah memastikan kesemua 36 orang anak 'orang' yang dibawanya selamat kembali ke rumah masing-masing semula.  Bayangkan siksanya bila tiba masa mengumpulkan mereka semula di waktu balik, tidak semua mendengar arahan dan tidak semua faham arahan.  Syabas kepada ketua rombongan Cikgu Ghani... dengarnya naik angin juga bila sorang murid lelaki 'hilang', hampir sejam mencari bila dia tiada ditempat berkumpul yang telah ditetapkan, rupa-rupanya budak tu awal-awal lagi dah naik bas.  Maunya dibagi penampar saja... tapi anak orang! 

Nasi putih bersama lima jenis lauk ... gulai daging, rendang daging, ayam masak merah, gulai lemak kubis serta rendang hati dengan kacang. 

Sejak Tuanku menerajui negeri ini, sudah dua kali jamuan rakyat disediakan dengan teratur.  Secara buffet dan banyak khemah disediakan.  Tidak seperti yang terdahulu, makanan disediakan dalam bekas polisterin dan dibahagikan dalam keadaan yang berebut dan kelam kabut.  Semalam ibuintan dan rakan-rakan yang lain makan di kawasan Seri Menanti Resort bersebelahan Istana Lama. Alhamdulillah.. kek oren yang sangat sedap tapi kek coklatnya tak sempat merasa... dah habis.

Tulah Istana Lama Seri Menanti /... waktu puncak kepenatan ni.  Dah tersandar bodoh di tiang khemah.  Kalaulah tak ada orang mahu tidur baring di bawah khemah ni.  Waktu ni majlis penyampaian hadiah sedang berlangsung di kawasan khemah di hadapan.  Tak larat dah nak ke sana, sapa yang dapat hadiah pandai-pandailah ambik sendiri.  Hehehe nasib baik tak ada sorang pun yang dapat hadiah.  Murid-murid dari SJK(C) rasanya yang memonopoli hadiah utama.








6 ulasan:

Zaitun berkata...[Reply]

Berbaloi jugalah walaupun penat.

Kek tu nampak sedap...

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Bukan senang nak jaga anak org kan cikgu. Rasanya kalau anak sendiri yg buat salah lebih senang nak ajar.

Dirgahayu tuanku!!

ummiross berkata...[Reply]

Kira macam kerja jugalah kan ibuintan, walaupun cuti.

Cantiknya istana tu.

ibuintan berkata...[Reply]

@Kakzakie

betul kakzakie... bukan apa takut ada yg tak sampai ke rumah ibu bapa mereka semula, tambahan sekarang ni macam2 benda buruk yg didengari

anak sendiri ... jam-jam tu je kena piat tinga

ibuintan berkata...[Reply]

@ummiross


cuti tapi kerja tu...

tu istana lama dan skarang dah jadi muzium.....

Izan Ishak berkata...[Reply]

kalau tgk istana tu mesti dlm hati kata 'ohhh... itu istana seri menanti tu'

sedap pula tgk kek oren tu ibuintan... lapar jadinya