Selepas berurusan dengan teknisyen yang akan repair laptop tu, abahintan terus minta katalong daripada pembantu kedai, suruh ibuintan pilih satu laptop. Tak sangka pulak, abahintan nak beri laptop sebagai hadiah. Sayangnya laptop yang ibuintan pilih tak ada stok pula ketika tu. Yang jenis lain ada tapi ibuintan tetap nak yang itu jugak. Boleh pilih pulak tu.... nasib baik ibuintan pilih yang harga mampu milik je. Dan abahintan juga setuju dengan pilihan ibuintan, jadi terpaksalah order dulu dan kena tunggu sehingga stok yang baru sampai.
Pembantu kedai tu dah telefon beberapa hari lepas memaklumkan laptop yang ditempah dah ada dalam simpanannya tapi kami sibuk tak sempat nak mengambilnya lebih awal. Maka malam kelmarin barulah kami berkesempatan untuk mengambilnya. Suka hati sangat si penerimanya, tak segan silu snap gambar sini sana
6 ulasan:
Salam ibuintan, emm no wonder saya lama x stop by kat sini sebab blog ibuintan tercicir lepas saya edit2 blog list ari tu. So tahniah dapat laptop baru dan dengan itu jugak saya wish semoga ibuintan senantiasa sihat tubuh badan, sebab kalau badan ni sihat Insya Allah semua perkara dapat dilaksanakan.
@myfreeminded
trima kasih MF... Amin, begitu yg didoakan selalu moga terus di beri kesihatan yg baik
moga MF juga sihat sejahtera bersama keluarga
Syukurlah... betullah tu lambat sikit tak apa janji hajat dan impian yg diingini tercapai. Cantik dan pasti lebih selesa sebab baru kan cikgu.
Boleh buat serampang dua mata lagi. Kerja keperluan harian dan berblog lagi kan:)
Happy bday! Smoga diberkati Allah SWT dunia akhirat. Dpt laptop.....bertuah ibuintan!
wah.. samo2 capricorn kito ni yo. Lopeh ni bulehlah update solalu bu..
teruja plak tgk laptop baru ibuintan tu... baru best nak buat keje n blogging kan. semangat gitu!
Catat Ulasan