Followers

Khamis, 17 Januari 2013

Bantuan awal persekolahan... moga benar membantu

Rentetan entri semalam.  ... rezeki anak-anak bila mendapat bantuan awal persekolahan.  Bukan nak mengata tapi cuma melahirkan rasa kurang puas hati saja dengan sikap segelintir ibu bapa yang masih tidak prihatin dengan keperluan persekolahan anak-anak mereka.  Dah namanya bantuan awal persekolahan, sepatutnya gunakanlah duit tu untuk bayaran keperluan persekolahan anak-anak.


Takkan semalam dapat terus habis. Tak dapat bayar semua bayar sebahagian pun jadilah.  Sedih sangat, memang dah diberi kata dua kepada semua pihak pentadbir sekolah agar tidak memotong sesen pun duit bantuan tu tapi kita sebagai ibu bapa tahu samada kita dah bayar atau belum keperluan persekolahan anak-anak kita.  Petang semalam sekolah ibuintan mengadakan majlis penyerahan duit bantuan ini, semua ibu bapa memang dapat 'penuh' duit bantuan tu, tapi kami guru-guru kelas bersedia juga untuk menerima sekiranya ada kalangan ibu bapa yang mahu membuat pembayaran bayaran persekolahan anak mereka.  Kami semua bersedia dengan resit bayaran.  Namun hampa, kelas ibuintan hanya seorang bapa keturunan orang Asli yang membuat pembayaran, itu pun bayaran menjelaskan baki bayaran yang telah dibuatnya pada awal tahun dulu.  Dan yang baiknya semua anak Orang Asli dalam kelas ibuintan telah selesai membuat pembayaran.

Namun yang malangnya, masih ada anak-anak kaum sendiri pula yang masih berhutang.  Bukanlah banyak sangat dan bukannya tidak boleh dibayar secara beransur-ansur.  Kecewa sangat dengan sikap ibu bapa anak-anak ini.  Hari ini  tidak ada seorang pun yang datang membuat pembayaran.  Ibuintan memang dah masak dengan keadaan begini, mesti ada seorang dua yang liat.  Setiap tahun memang cikgunya tak sampai hati membiarkan anak-anak ni belajar dalam keadaan tidak lengkap... maka terpaksalah cikgu-cikgunya mendahulukan duit sendiri  beli buku dan alat tulis.  Takkan nak biarkan anak-anak ini duduk melopong saja tanpa buku tulis dan buku latihan.

Duit bantuan awal yang di dapati semalam memang dah mampu melangsaikan pembayaran mana yang perlu dahulu.  Memanglah duit bantuan tu tak menampung semua jumlah pembayaran, namun masih amat membantu sebahagian besarnya.  Nak harap semua guru kelas keluarkan duit sendiri dulu memang tak mampulah. Itupun dalam tak mampu, termampu juga akhirnya... demi perasaan kasihan.  Akhirnya ada yang bayar habis tapi tak kurang juga akhirnya cikgu menukar niatnya kepada 'sedekah'....bila akhirnya malas  nak mintak-mintak dan ingatkan anak-anak tu berulang kali.

Bila KSSR dilaksanakan, bila mana fail dan evidens menjadi keutamaan, maka bila ada ibu bapa yang tidak membuat pembayaran , cikgu kelas menjadi amat tertekan.  Duit menjadi masalah utamanya, failnya bukan fail kertas limoposen tu.  Kesian la kat cikgu-cikgu ni sikit, dah la cikgu-cikgu keluar duit beli kertas A4 berrim-rim, fotostat lagi, dakwat printer lagi.  Sejak KSSR ni printer pun dah nak jamed dah.  Takkan duit buku tulis dan buku latihan anak-anak pun cikgu juga nak bayarkan.  Tolonglah abang-abang, kakak-kakak, adik-adik... prihatinlah sikit demi masa depan anak-anak.

... teringat kisah semasa bayaran KWAPM  RM250 semasa di sekolah lama dahulu,.. seorang anak murid bercerita emaknya beli hp dengan duit RM250 tu sebab nak undi Mawi ,... seorang lagi bercerita bapanya beli pancing baru beratus ringgit dengan duit tu jugak... so mana keutamaan untuk pelajaran anak-anak!!



17 ulasan:

Pen Biru berkata...[Reply]

assalam..singgah dan follow sini :)

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Nampak sangat org Asli tu lebih faham akan kegunaan duit diberi cikgu. Bermakna sebelum ini dia tak bayar memang betul-betul tak berduit. Sebab itu bila dapat terus bayar...

MOKCIK AZWA berkata...[Reply]

Assalam IbuIntan..

Salam kenal. Terima kasih mengunjungi teratak Azwa.

Azwa faham sesangat masalah yang dihadapi nie..almaklum cik abe pun cikgu juga..sewajarnya ibubapa lebih bertanggungjawab dalam hal ini kan.. kesian kat anak2 tapi kesian jugak kat cikgu cikgi..

ummiross berkata...[Reply]

Salam ibuintan..

Begitulah jadinya kalau ibubapa tidak meletakkan prioriti pada tempatnya, pendidikan anak2 adalah pelaburan,tiba masa nanti ibubapa juga yang tumpang senang. Mengundi Mawi, dia kaya raya, hutang anak sendiri tidak terbayar, sedih kan.

NzA berkata...[Reply]

sedihkan kak sbb duit yg sepatutnya settlekan yuran anak2 digunakan utk prkara lain...last year pernah seorg anak mengadu si ayah beli hp dgn duit bantuan yg diperolehi dr 5 org anak..yuran hampeh xbrbayar.......

Cikgu Ma berkata...[Reply]

saya pun x tau nak mula mcm mana psal kssr ni...tak menang tangan la nak buat itu ini

Ibuhani berkata...[Reply]

Sedihnya bila ibubapa yg slhgunakn duit tu ke benda lain...... :(((((

Nur-nba berkata...[Reply]

Memang sedih bila melihat anak2 yang terabai dan tidak diberi keutamaan oleh ibu bapa mereka.. Bantuan yang diberi sepatutnya disalurkan untuk membeli keperluan anak2..

Nora Karim berkata...[Reply]

alahai... ibu bapa sendiri yang salahgunakan duit tu... sedihnya,...

ibuintan berkata...[Reply]

@Kakzakie

betul tu Kakzakie... penjaga org Asli tiada masalah dgn pembayaran persekolahan anak2 mereka, jika lambat pun dalam masa sebulan je


walaupun anak2 mereka lemah dlm pelajaran namun mereka tetap prihatin dgn kebajikan anak mereka

ibuintan berkata...[Reply]

@MOKCIK AZWA


Mualaikumsalam MA... trima kasih juga sudi singgah blog akak


tu lah masalahnya... sikap

ibuintan berkata...[Reply]

@ummiross


mereka tak fikir jauh ke depan, nak senang hari ni je, masa depan anak lebih penting... memang anak2 pelaburan masa depan kita juga

ibuintan berkata...[Reply]

@NzA


mana-mana kita tetap jumpa masalah begini kan... nak buat camna sikap mereka juga

ibuintan berkata...[Reply]

@Cikgu Ma


sabar cikgu Ma... mula2 memang pening tersangat, lama2 pun pun still pening jugak hehehe


akak dah th ke 3 ni tetap pening lagi... belajar pelan2 jgn stress sgt, yg penting buat apa yg disuruh stakat termampu

ibuintan berkata...[Reply]

@Ibuhani


memang kak Ani , nak buat cam mana... mereka tak utamakan pelajaran anak2, kalau mereka betul2 susah tu takpe juga

ibuintan berkata...[Reply]

@Nur-nba


tu lah Nur... duit tu untuk anak2 tp anak2 masih tak mendapat manfaat sepenuhnya

ibuintan berkata...[Reply]

@Nora Karim


tu lah biasanya Nora... yg segelintir ni la yg perlu diubah