Followers
Rabu, 2 Januari 2013
Alhamdulillah... makin bertambah, makin berkurang
Hari pertama yang berjalan lancar, tiada adengan sinetron kali ni. Semuanya hepi datang ke sekolah. Harap berterusan begitu. Selalunya hari pertama persekolahan mesti ada sorang dua yang menangis meratap dan bermuram durja. Kali ni semua ceria hatta anak orang jauh dari pendalaman pun takde masalah. Tahun ni ada enam orang anak Asli dalam kelas ni, hari pertama je dah berkawan macam dah kenal lama. Tu la bestnya jadi bebudak... trus jadi kawan.
Tulis tulis conteng conteng je dulu.... ckgunya sibuk keluar masuk je hari ni
Suka dengan situasi begini... relaak dan santai, macam di rumah sendiri
Enam budak Asli dua Melayu .... Amin
Sorang ibu yang risau takut anaknya tak makan, sanggup tunggu di kantin sampai waktu rehat. Biasanya pukul sembilan je masing-masing dah bising lapar,, asyik la tanya bila nak rehat, dah makan lak asyik tanya ....bila nak balik ... tu lah dua soalan yang akan tinggi rankingnya untuk sebulan ni
2hb bersamaan hari pertama mereka bersama cikgunya, adalah juga hari cikgu mereka mula mengenal dunia fana ini... maknanya tahun baru baru menginjak dua hari maka umur cikgunya makin panjang dan masanya makin singkat. Sempena itu juga anak-anak manis ni dijamu dengan nasi ayam ala kadar je.. sebab hari pertama hanya ini yang terjual di kantin. Dan yang syahdunya selepas doa makan.... dalam nada berlagu 'jemput makan cikgu., trima kasih cikgu, Allah berkatilah hidup cikgu ' doa yang biasa mereka lafazkan semasa di Pra Sekolah .. sebak rasanya
Amin... moga Allah merahmati dan memberkati hidup kita semua.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
20 ulasan:
saya yg baca tetiba rasa sebak lak dgn doa yg dilafazkan tu terasa keikhlasannya
Saya pun ikut sebak juga membaca para terakhir tu.
Jasamu para cikgu sentiasa ku kenang.
ps - Cantik bilik darjah ada jubin lantai.
Sebak melihat anak-anak yang baru bersekolah. Tanpa kita sedari, tetiba anak-anak kita dah minta izin..keluar makan dengan rakan-rakan tanpa perlu kita disisi. Beberapa tahun kemudian...tanpa kita sedari, mereka telahpun dewasa...dan mengiringi kita pula...!
Amboi..siap berbaring lagi atas lantai..hihihih..takpa lah...santai..
Ada ke anak murid yg albino? Saya nampak macam budak perempuan yg bertudung no 4 dari kanan(gambar 1st) tu, macam pesakit albino..
Memang semua sekolah sekarang ada buat program 'Pra Sekolah" ya IbuIntan?
kata2 ikhlas yang keluar dari mulut mereka..tersentuh rasa.
amin.....
mudahan.. ayu pun terasa sebak..
budak2 asli mmg santai2 kan.. pernah kwn btahu.. depa sanggup xpakai kasut sek bila lalu kaki 5, risau kotor katanya
moga juga mampu bersaing dgn anak2 di bandar...InsyaAllah..
Suka tgk keadaan kelas akak yg bersih n ceria...TAHNIAH utk cikgunya yg begitu perihatin....
cerianya murid2 ini di tahun baru..semangat cukup tinggi dengan serba serbinya baru..
Baiknye budak2 nie...beruntung cikgu punya anak2 murid sebaik diorang semua...:)
@inazamri
anak2 kecik sentiasa ikhlas dengan perbuatan dan ucapan mereka... jujur dari hati
@Yunus Badawi
memang sebak YB... ikhlas doa mereka
sebab berjubin tu budak2 suka golek gelantang sambil buat keje... kelas pun nampak bersih
@Hu Zakaria
cepat masa berlalu tanpa kita sedar mereka makin besar dan kita makin tua...
@Daddy Ziyyad
Ye doc... ada sorang yang albino, dia dan adiknya albino dalam keluarganya tp kakaknya normal.. dapat gen sebelah ibunya mungkin
kesian tu doc... penglihatannya kurang jelas tp dia murid yg pandai
@Amy Sinar Raudah
betul amy... seikhlas hati mereka, tanpa selindung dan pura2
@citarasa rinduan
walaupun mereka bdk Asli tp hafal doa makan dan belajar... mereka turut serta berdoa, moga Allah beri mereka petunjuk dan hidayah suatu hari nanti
@NzA
insya Allah ... harapnya mereka juga berjaya bila besar nanti
tq Nza... akak memang suka menghias kelas dr dulu, senang hati mengajar bila kelas ceria dan bersih
@sal
ye semuanya ceria... tak ada yg meragam dan menangis, semua seronok dan mesra sesama sendiri
@YaYaNsMuM a.k.a YM
harapnya begitu lah... mendengar kata dan baiknya berterusan
alah... sebak juga baca ayat akhir tu... moga Allah berkati juga cikgu2 saya yang telah mendidik saya dulu... Amin...
Tak terlewat gi kan ucap selamat buat ibuintan, moga senantiasa sihat dan dilimpahi rahmat Allah. Hari tu duk tunggu Haziq dalam kelas pra, tengok cara cikgu dia handle budak2 yang menangis buat saya terkedu, hebatnya guru2 yang mengajar budak2 kecil ni. Saya hanya berpengalaman mengajar budak sekolah menengah, so suasananya lain sikit.
Catat Ulasan