Alhamdulillah... selamat kembali dari destinasi cuti-cuti Malaysia kami kali ini. Kali ini kami bercuti 3 hari dua malam di Cameron Highland. Destinasi pilihan.. terpaksa pilih sebenarnya sebab kami dapat baucer free 3H2M
Dapat baucer free menginap di sini.
Dah beberapa kali merombong ke sini, budak-budak sekolah memang suka sangat kalau di bawa merombong ke sini. Tapi trip keluarga baru dua kali saja ke sini, pertama kali semasa anak-anak masih kecil. Mereka bertiga beradik sangat seronok dengan cuaca dan suasana di sini. Sebab dah remaja Along dan Azim bebas dengan aktiviti mereka berdua. Mereka berdua meronda sesuka hati. Habis semua tempat di Brincang mereka jelajah.
Ibunya yang minat bunga, hanya geramkan bunga-bunga je la. Cantik sangat. Hilang semua serabut dikepala bila dapat menatap bunga-bunga segar yang sangat menarik dan berwarna-warni tu. Tapi ibuintan tak membeli walau sebatang pun anak pokok bunga tersebut. Pengalaman lalu yang pernah menanam bunga dari sana, semuanya tidak menjadi dan semua pokok bunga yang dibawa dari sana semuanya dah menuju syurga. Kalau hidup pun tidak sesubur di sana dan bunganya pun tidak secantik bunga di sana. Hanya mampu hidup pun paling lama setahun, itupun antara hidup dan mati saja.
Dah jatuh cinta sesangat dengan kuntuman bunga raya yang besar-besar dan berwarna-warni ni... yang sempat dikira ada 16 jenis bunga raya yang kuntumannya besar. Sangat mengujakan. Lepas ni nak cari kat nurseri di sini anak pokok bunga raya ni... nak buat koleksi bunga raya pulak.
Udang dan ketam goreng... abahintan tak lepas peluang membelinya... kesukaannya
Kami bernasib baik sepanjang di sana cuaca amat baik dan tidak hujan. Puas la kami meronda, segala ladang dan kebun kami masuk. Masuk je sekadar cuci mata... belinya tidak. Hanya membeli untuk dibawa balik, sebagai tanda kami ke sana, sayur dan buah segar dibeli di pasar malam... sebab hotel berdekatan dengan pasar malam memang kami ke pasar malam tu menjelang tengah malam... sayur dan buah memang dijual lelong waktu ni, boleh tawar menawar lagi.
10 ulasan:
Assalamualaikum IbuIntan:-)
Bestnya dpt g CH..lagi2 best dpt baucer penginapn free pula tu...3 hr 2 mlm lagii! Mmg blh round satu cameron tu :-)
Banyak bunga cantik2 di sana dn lebih murah berbanding di sini..happy holiday..
@Pn Kartini
Mualaikumsalam Tinie... tu la memang best sbb dapat free, kami round turun bukit naik bukit... semua tempat pergi
@sal
memang geram dgn beraneka bunga2an di sana, beli bunga kering tuk hiasan saja
Kita punya interest yg sama cikgu. Kakak pun suka bunga walau bila menanam tak sehebat mana pun hasilnya. Kakak dah buat koleksi bunga raya juga. Tapi warna kuning tu kakak tak ada. Geramnya tengok.
Baik tanam bunga raya mudah berbunga dari orkid kakak kan cikgu dari banyak-banyak tu adalah sepasu-dua saja yg berbunga sedih..
memang sangat cantik... baru nak mula kumpul bunga raya pulak ni, bunga oked masih tetap dihati... bunga oked memang menguji kesabaran tp sgt berbaloi bila berbunga... puashati
salam ibu intan...
kalau jalan ke Cameron Highlands memang takde benda lain la yang orang perempuan suka tengok. Bunga yang cantik cantik dan gemuk gemuk di sana kan? Orang lelaki pun suka juga kadang-kadang. hihi~
As-salam IBUINTAN
Alhamdulillah dapat bercuti di CH. Memang tumbuh-tumbuhan di sana menyeronokkan mata + hati. Bunga Hoya yang saya beli di sana dapat saya biakkan, tapi 1 jenis saja (jenis yg elok bunganya, sudah ke syurga, macam ibuintan kata!). Yang membiak itu subur & berbunga, walau tak banyak bunganya. Tetapi bunga lily (2 warna), walau dapat dibiakkan, belum berbunga. Sudah setahun dari tarikh membeli di sana. Ceria selalu!
@gadisBunga™
hehehe orang lelaki memang sentiasa suka pada si bunga yang belum disunting tu
yup.. bunga yg amat cantik dan gumuks
@Temuk
Mualaikumsalam Pak Temuk... sebelum ni setiap kali naik ke sana sy mesti beli beberapa anak pokok tp semuanya tak ada yg mampu bertahan lama, makin kurus, makin layu dan akhirnya ke syurga... malas dah nak beli lagi
Catat Ulasan