Followers

Isnin, 3 Disember 2012

Sambal tempoyak Vs Sambal kundang Vs Petai jeruk.



Musim kundang mesti buat sambal kundang... masam, manis, masin dan pedas.  Musim durian pula wajib buat tempoyak, dah ada tempoyak mesti pula buat sambal tempoyak.  Jadi tengah hari tadi, kedua-dua sambal ini menjadi pembuka selera.  Dua-dua ada kepedasan cili api.  Makin terasa pedas makin berselera makan.  Tempoyak ini masih baru, baru dibuat lima hari yang lepas, masih ada manis duriannya. 

Kalau lah ada petai jeruk, lagilah bertambah pakej nya.  Semerbak bau aroma petai jeruk, pada yang tak biasa pasti menutup hidung dengan pantasnya.  Rasanya peminat petai pasti suka petai jeruk juga.  Lemak petai bersama masin garam, juga boleh menaikkan selera pengemarnya.  Dulu sebelum berkahwin ibuintan tak makan petai jeruk ni tapi bila dah tinggal dengan mak mertua selepas kahwin, lama-lama termakan juga.  Mak mertua sentiasa ada stok petai jeruknya dan petai jeruk mak mertua  disimpan dalam peti ais.  Bila disimpan dalam peti ais petai jeruk ini airnya tidak berbau masam.  Ibuintan suka buat petai jeruk yang tidak dikupas kulitnya, petai tidak masin sangat.


Gulai ikan parang campur petai dan peria. Gulai ni ibuintan masak di rumah mak mertua, kebetulan semasa membeli ikan, di  kedai tu ada jual petai sekali. Beli je lah, seikat lima papan RM3.  Mak mertua suka sangat makan gulai ikan parang dicampur petai ni.  Seronok melihatnya berselera makan, kalau tak habis mak mertua sangup panaskan lagi.  Hanya inilah satu-satunya ikan laut yang mak mertua makan. .. anak-anak yang lain pun kalau balik kampung, akan bawa ikan parang juga untuk stok mak masak. 


 Petai juga ada yang kembar ulasnya. Bila dipotong nampak macam bentuk hati lak.  Orang tua kata "makan benda yang kembar nanti dapat anak kembar" betul ke camtu? Masa kecik dulu selalu dengar ayat macam tu...  selalu jugak langgar pantang mak.. makan jugak pisang kembar tapi tak dapat pun anak kembar.


Menu orang kampung ni tentunya untuk mak abah je lah... anak-anak pandang pandang dan rasa-rasa dengan berat hati je la..


Tapi kalau ada ayam camni, selagi tak habis selagi tu asik ngulang makan.. betul kan Azim.  Hari-hari wajib ada menu ayam.  Tak kira masak apa... janji ayam.




12 ulasan:

atuk berkata...[Reply]

Assalamualaikum Ibuintan

biasanya jeruk petai tu isinya sahaja...tak masukan dgn kulitnya

nak cuba la...

Pn Kartini berkata...[Reply]

Salam ibuintan:-)
Macam2 adaaa:-)
YummYyyy!!

Nur-nba berkata...[Reply]

Alahai.. kecur tengok sambal tu.. Sedapnya..

HomeKreation berkata...[Reply]

Aslmkm IbuIntan. Kecur nya nengok lauk2 kampung camni. Kundang tu Along tak tau camna rupa & rasa nya.

MulutPayau berkata...[Reply]

lauk mauk kg macam ni mmng sedap dan myelerakan....
Betul tu ibuintan, anak2 saya pun sama...hari2 nak makan ayam....

Daddy Ziyyad berkata...[Reply]

Meleleh air liur tgk sambal kundang tu :)

Durian banyak, ibuintan tak buat durian crepe ke? hehehehehe

Petai, petai jeruk..saya boleh makan...kerdas & jering aja saya tak lalu!

ibuintan berkata...[Reply]

@atuk

Mualaikumsalam Atuk... saya suka jeruk dgn kulitnya supaya tidak terlalu masin

cubalah buat, pasti puashati

ibuintan berkata...[Reply]

@Pn Kartini


lauk kg je Tinie.. saja buat pembuka selera

ibuintan berkata...[Reply]

@Nur-nba


sambal kundang tu ke.. memang kecur air liur kan bila tengok benda masam ni

Kakzakie berkata...[Reply]

Sambal kundang tu kakak pun suka cikgu. Tapi walaupun kakak berhantu makan durian kami belum pandai makan tempoyak. Nak juga belajar tapi tak ada yg nak tolong masakkan.

Petai kalau di kebun kampung kakak di Pontian sangatlah banyak sebab bapak tanam di celah-celah pokok kelapa sawit. Baru bulan lepas 5 karung beras bapak hantar ke kedai runcit - jual.

Afasz berkata...[Reply]

su suka sambal tempoyak :D

Ibuhani berkata...[Reply]

Smbl potai n tempoyak terbaik tu ibuintan tp potai x makan. Tp my girls adalah peminat potai! Omak eh yo x makan.....cm mano tu?!