Followers

Isnin, 17 Disember 2012

Makan dan makanan ....

Jom kita senyum lebar hari ni..... esok kalau boleh lagi lebaaaaaaaaaaaaaaaar!

Apa khabar semua? Moga semuanya sihat dan ceria hari ni.  Mulakan tugasan anda walau di mana anda berada dengan senyuman dan senyumlah dengan penuh keikhlasan.  Mungkin ada yang senyum pahit sebab kekeringan yang melampau.... nak buat camna kan, bak kata abahintan 'bukan setakat kemarau malah dah tandus' tapi sabarlah harapnya esok hujan lebat akan turun untuk menyuburkan 'poket' kembali.  Penantian yang panjang.



Mee Hoon Bakso... kredit pada abahintan.  Nilah sarapan kami sekeluarga pagi ni.  Abahintan dengan gigihnya memasak mee hoon bakso ni, terima kasih my suami ... sedap bangat!.  sok-sok buek lae yo! Ni lah antara faktor start entri ni suruh senyum lebar ni... senyum ado makno. Tapi senyuman tetap ikhlas tu. Senyum lebar abahintan sebelum ke pejabat tadi sebab semua memuji mee hoon baksonya sedap.



Sarapan pagi ni  selain mee hoon bakso, ada juga apam  yang dimakan bersama gula santan durian yang di masak petang semalam di rumah mak mertua.  Pagi semalam selepas menerima sms daripada adik ipar (entri semalam) kami terus balik rumah mak.  Sampai je di sana memang langkah kanan, semua telah siap di masak oleh adik ipar (Induk) dan seorang biras.  Tugas ibuintan hanya menolong menating dan menghidang saja.  Bila berkumpul reramai kami semua duduk bersila di atas tikar, makan sambil berborak-borak santai.  Ada juga snap gambar tapi kaum wanitanya tidak lengkap menutup aurat jadi taklah sedap hati nak masukkan gambar tu di sini, taknaklah kongsi dosa aurat tu.  Kita kongsi gambar makanan je la.

Selepas kenyang makan sebab cuaca panas dalam rumah, maklumlah rumah mak di kampung beratap zink maka bahang panasnya meruap-ruap dalam rumah walau kipas dah habis laju, kami berkumpul pulak bawah pokok rambutan... petik dan makan pulak buah rambutan. 


Budak berdua ni yang banyak makan buah rambutan sebenarnya, yang mak-mak dah tak larat, dah kenyang....


Lebih kurang pukul dua stengah, kami masuk dapur semula.  Ibuintan bersama biras membuat pula projek untuk minum petang.  Kami mengukus apam untuk di makan bersama gula santan durian yang telah dibuat oleh biras ibuintan di awal paginya.  Sebab tak jumpa talam yang sesuai, kami berdua mengukus apam dalam bekas plastik ni saja.  Dapat lima bekas plastik untuk adunan sekg tepung. 

Naik gebu apam ni walaupun diperap tak sampai setengah jam. Kemanisan apam ini dikurangkan kerana kami hanya tambah sedikit gula. Nak makan dengan gula santan durian... sah-sah dah sangat manis, tu yang apam tu dikurangkan gulanya.



Mewahnya menternak lemak... menu minum petang .. dah ada gula santan durian, nak jugak belah durian lagi.  Ye la.... kan sekarang masih musim durian.  Durian baru gugur tu dan durian sulung berbuah... kata tuannya , adik ipar juga (Ateh)....  datang menjinjing empat biji durian.  Rumahnya tidak jauh dari rumah mak mertua ibuintan.  Tapi sebab semuanya hanya makan apam bersama gula santan durian maka durian tu tidak berusik.  Isi durian tu akhirnya ibuintan masukkan dalam bekas dan bawa balik.  Malam tadi  dengan tambahan se biji durian lagi pemberian Ateh juga, semua isi durian ini telah selamat di buat tempoyak.








17 ulasan:

azi berkata...[Reply]

Ya Allah!!semua yang dihidangkan sedap-sedap belaka, bihun bakso, apam dan duriannnnn....sedapnya ibu intan...

Daddy Ziyyad berkata...[Reply]

Rajinnnya dan bagusnya abahintan....boleh juga masak meehoon bakso tu..saya ni langsung tak tahu memasak! hahaha

Kuning betul isi durian tu!

Kakzakie berkata...[Reply]

Kalaulah hubby kakak macam abahIntan kakak bukan saja senyum lebaarrr cikgu tapi kakak lompat bintang agaknya.

Ipar cikgu dah puas makan durian untunglah cikgu dapat yg fresh bawa balik.

ibuintan berkata...[Reply]

@azi


maaflah Azi... mengganggu pandangan mata Azi hari ini, sedap seketika di tekak je tu


naik berkg-kg rasanya cuti ni Azi

ibuintan berkata...[Reply]

@Daddy Ziyyad


Doc ... bab masak sup-sup rasanya akak pun memang puji abahintan, memang dia masak ada rasa... kalau masak berkaitan sup memang dia yang masuk dapur, akak markah kurang sikit tang sup ni

haah.. isi durian tu memang sangat kuning

ibuintan berkata...[Reply]

@Kakzakie


syukur kakzakie.... tp ada angin jugak tu, biasanya menu yg dia suka makan je dia masak, kalau tak suka tak nak dia


lepas subuh dah mula ke dapur tu

Nora Karim berkata...[Reply]

uish... gambar2 makanan kat sini sedap2 nampaknya... terliur... !

ummiross berkata...[Reply]

Ibuintan...nampakpun sedap mee bakso tu, apatah lagi kalau che abang yang masak, lagi bertambahlah sedapnya kan.
Cantik gebus apam tu, sampai kecur air liur, duk berangan dapat cicah dengan gula santan durian tu.

Nur-nba berkata...[Reply]

Kak ibuintan, terima kasih atas info tentang nama burung tu. Memang tak salah jawapan tu.. Nur dah search di Google.. Kredit buat abahintan sebab berikan info tu dan dah pun membantu Nur.. Tq ye kak.

Sedapnya melihat juadah2 di atas.. Tentu berselera bila akak makan beramai2 dengan ahli keluarga yang lain..

sal berkata...[Reply]

sedap2nya makanan..apatah lagi tengok durian dan apam tuh...

alhamdulillah..rezki murah..amin

IntaNBerliaN berkata...[Reply]

alahaiiiii sedapnya....

Izan Ishak berkata...[Reply]

aduh!! sedapnya kak...menggoda jiwa betul kalau tiba bab2 makan durian ni. kuning pulak tu buahnya. dah lama tak makan apam kak...

Yusra Yunus berkata...[Reply]

emm sedap yer

RedRose berkata...[Reply]

abahintan yg masak? aduyaaiiii... seronoknya kalau my hubby pun boleh msk mcm tu. btw, semua makanan tu buatkan kita terliur sgt! nak sikit..

Temuk berkata...[Reply]

As-salam ibuintan
Wow, tahniah kepada abahintan. Camno bulih pakar masak bakso ni? Cemburu pulak Pak Temuk.

Tukang masak yang sedap masakannya, semua orang sayangi dia. Kecuali kalau dia buka kedai makan, tukang masak kedai lain mungkin kughang goma kek dio. Ceria selalu!

Pn Kartini berkata...[Reply]

Tengok tang doyan tuu yg tak tahan tuuu..aduhaii..:)

Ibuhani berkata...[Reply]

Musim durian ni apa yo semua cicah kuah durian kn......lamo x mkn apam cicah durian ni!