Rabu, Empat Muharam. Salam Maal Hijrah 1433 buat semua pembaca blog ibuintan. Saya doakan semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat dan hidayah daripada Allah s.w.t. Cepatnya masa berlalu. Dihari keempat baru dapat mengucapkan selamat menyambut tahun baru.
Bercuti di kampung mertua bermakna juga bercuti dari internet. Bercuti juga dari mengadap komputer dan blog. Dikampung masa diisi bersama mertua sepenuhnya. Masak, makan-makan, borak-borak serta tidak lupa menziarah ke rumah kakak dan adik ipar yang tinggal sekampung dengan mak mertua. Mak dan abah mertua tinggal berdua saja, jadi setiap kali ada anak menantu serta cucu-cucu yang balik tergambar keriangan diwajah2 tua mereka. Senang hati melihat mereka gembira menyambut kedatangan kami. Moga tahun H1433 ini mereka berdua masih diberi umur serta kesihatan yang baik dan kami masih dapat menumpang kasih sayang keduanya.
Bapa mertua yang sntiasa mengukir senyuman manis.
8 ulasan:
Kakcik hanya ada ibu mertua sahaja lagi... :(
salam maal hijrah kembali untuk ibu intan sekeluarga.
semoga ibuintan sekeluarga berbahagia dunia akhirat.
antara petua untuk bersikap positif ialah sentiasa bergaul dengan mereka yang berusia 70 tahun ke atas atau kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah. WA
atuk dogan uwa,yang paling gembiro bilo cucu2 datang menyongah...
"den tak nak duit kau doh,kau datang ni pun dah bosa hati den"....!
Alhamdulillah, pakcik masih nmpk sihat....manis je senyumannya....
seronok kan balik kg.. macam2 ada di kampung.
seronoknya kalau bercuti di kg...boleh jmpa saudara mara...borak2, makan2....dan melihat senyuman gembira ayah bonda bila anak cucu pulang.....
sapa lagi kalau bukan anak menntu n cucu
ibuintan masih bertuah masih punya mertua,kak Zai cuma ada ayah yang lain semuanya dah menemui penciptaNya.
Catat Ulasan