Followers

Sabtu, 12 November 2011

Cubaan yang berjaya.



Percubaan pertama di sini.   Syukur, alhamdulillah permohonan untuk beralih angin ke tempat baru diluluskan.  Tempat baru belum diketahui dengan rasmi namun harapnya biarlah seperti tempat yang dipohon. 

Tinggal lagi berbaki seminggu sebelum sesi persekolahan tahun ini berakhir, ini bermakna seminggu juga lagi khidmat di tempat sekarang akan berakhir.  Semua kerja pasti akan dibereskan minggu ini juga sebelum serah tugas dilakukan.  Harap semuanya berjalan lancar.


Esok kejohanan sukan tahunan akan berlangsung. Tugasan esok seperti biasa, mengetuai bahagian jamuan. Harap juga dapat memberikan yang terbaik demi tugasan yang terakhir yang diamanahkan.













23 ulasan:

MulutPayau berkata...[Reply]

Tahniah dapat bertukar..sesekali ingin jugak beralih angin...

azieazah berkata...[Reply]

Tahniah..! Bary sekali apply dah lulus. Semalam saya baca di blog AKUZLE tu, asyik gagal jer. Belum rezeki tu.

Semoga terus cemerlang walaupun di mana pun bertugas,

azieazah berkata...[Reply]

Ralat: Bary = Baru

sal berkata...[Reply]

ibuintan..sya pun ikut jejak langkah u.percubaan untk hijrah, diluluskan..

smlm saya check..saya dah try masuk laman web jbtn pelajaran johor..then masukkan ic, dpt tahu tempt bertugas baru..keputusan rasmi, tunggu surat.
u pun boleh sama kot, boleh gi web jabatan pelajarn n9, then masukkn ic..tnya kwn2 asses..

ibuintan berkata...[Reply]

MP... betul tu, nak merasa angin baru lak, biar semangat baru pula muncul


lama sangat kat satu2 tempat tu tak best jugak ..kan

ibuintan berkata...[Reply]

azie... trima kasih

dapat sebab dah lama agaknya, dah lebih 14 tahun di tmt skarang

ibuintan berkata...[Reply]

Tahniah buat Sal juga..


dah semak tapi belum dimasukkan lagi


baguslah JPNJ cepat bertindaknya

Acik Erna berkata...[Reply]

Ibuintan..tahniah..percubaan pertama berjaya..

ibundo berkata...[Reply]

salam ibu intan. Beralih angin ya..

NzA berkata...[Reply]

Tahniah kak.....saya pn dh 10 thn kat sk skrg ttp mkn lama makin syg pula ttp risau juga kalau brada di zon selesa.....

Zaitun berkata...[Reply]

Tahniah...selamat bertugas ditempat baru.

Tanpa Nama berkata...[Reply]

selamat berpindah cikgu

saya ni bekas pelajar cikgu
time saya drjh 2 ,cikgu baru pindah skdi ,masa tu cikgu gi skolah naik motor kan
terima kasih la ilmu yg cikgu bagi
semoga berjaya di tempat baru

skdi 1997

ibuintan berkata...[Reply]

kak Erna... trima kasih, alhamdulillah permohonan diluluskan

ibuintan berkata...[Reply]

salam kakPah... ye kakPah, cubo beralih angin, harapnya angin yg segar agar terus dapat menyemarakkan semangat yg dah 'tuo' ni

ibuintan berkata...[Reply]

Nza.. trima kasih, sayang tu memang tersangat sayang tapi spt kata Nza bahaya juga bila dah berada dlm zon selamat... takut semangat makin luntur

ibuintan berkata...[Reply]

trima kasih kak zai... mahukan angin baru

ibuintan berkata...[Reply]

tanpa nama... trima kasih sayang, siapakah kamu?

1997.. memang th cikgu pindah ke sini, harap kamu dah berjaya skrang dan ada kerjaya yg baik


knapa tak kenalkan diri?

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

TAHNIAH, YEAH YEAH DAPAT PINDAH. ALAH CIANNYA ANAK MURID YG TINGGAL, MESTI WINDU KAT IBU INTAN.

al-lavendari berkata...[Reply]

elok juga bertukar angin setelah agak lama di sesuatu tempat untuk menimba pengalaman baru dan juga membina jaringan yang baru.

Kakzakie berkata...[Reply]

Awal tahun 2011 anak kakak balik sekolah sedih sebab ramai cikgu yg dia sayang berpindah. Kebanyakkanya ikut suami. Jadi kakak dapat bayangkan murid ibuintan akan rasa seperti anak kakak rasa awal tahun depan - sedih dah tertanya-tanya mana cikgu yg dirindui sepanjang cuti sekolah dah tak ada lagi...

CT NoArIzAh ArIs berkata...[Reply]

Assalam ibu intan... sy tak boleh lupalah bila darjah satu dulu guru kesayangan ramai berpencen semua kawan2 sedih termasuk sy... pengalaman itu di lalui anak2 sy sekarang bila ada guru mereka yg berpindah atau berpencen... pasti anak2 murid ibu intan juga akan seperti itu nanti.

Walau kemana kaki melangkah niat untuk mendidik anak bangsa tu tetap yg terutama selagi hayat di kandung badan... selamat berpindah ke tempat yg baru..:)

Alin Marlini berkata...[Reply]

Tahniah Ibu. Semoga semua berjalan lancar..

Ibuhani berkata...[Reply]

tukar ke mana pulak tu ibuintan? Smoga semuanya berjln dgn baik....dgn kwn baru n smgt baru!