Followers

Selasa, 8 November 2011

Majlis Korban Peringkat Sekolah.

Kepenatan.  Syukur majlis korban yang ibuintan sertai disekolah telah selesai dengan jayanya.  Tiga ekor lembu telah dikorbankan.  Beberapa orang guru dan penjaga telah berkongsi tiga ekor lembu untuk dikorbankan.  Majlis korban ini turut mendapat kerjasama dan bantuan ibubapa murid.  Sembelihan telah dilakukan oleh Ustaz Nazri.


                      Dua ekor lembu yang telah ditumbangkan, bersedia menunggu giliran untuk dikorbankan 

                            Guru-guru lelaki dan wakil bapa melapah daging.


                Guru-guru wanita dan wakil ibu juga bergotong royong memasak.




               
Sebelum makan tengah hari, semua murid, guru-guru dan ibubapa penjaga berkumpul dikantin untuk bersama-sama bertakbir dan bacaan doa selamat yang juga dipimpin oleh Ustaz Nazri. Kemudian diikuti penyerahan daging korban kepada beberapa orang pelajar anak yatim dan penjaga yang hadir.   Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari. Masakan ringkas gulai daging serta sup.







18 ulasan:

@xiiinam berkata...[Reply]

Alhamdulillah...sudah selamat berkorban.

IMANSHAH berkata...[Reply]

salam

saya masih bercuti, esok baru majlisnya

luahfikiran berkata...[Reply]

SALAM,
HEBAT. GURU, IBU BAPA/PENJAGA DAN MURID2 .... SEMUANYA TERLIBAT. TAHNIAH. MUNGKIN TERASA LETIH TETAPI PUASHATI. SURUHAN AGAMA DITUNAIKAN

Citarasa Rinduan berkata...[Reply]

sangat meriah.....
ayu pun rasa sangat2 tahun ini aidiadha yang ayu sambut sangat meriah dari tahun sebelumnya

Zaitun berkata...[Reply]

Alhamdulillah...walaupun tak banyak tapi semua dapat rasa.

Acik Erna berkata...[Reply]

Alhamdulillah..sempurna sudah ibadah qurban tahun ini..

MulutPayau berkata...[Reply]

Dah lama sekolah saya tak buat majlis macam ni....seronok tgk kerjasama antara guru dan ibu bapa...

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Alhamdulillah telah selamat berkorban.

Sekolah tempat anak saya tak pernah lagi buat majlis seperti ini.

Ibuhani berkata...[Reply]

Salam Aidil Adha ibuintan......bagus sekolah buat majlis korban ramai2. Nmpk erat siratulrahim antara ibubapa n guru2nya.......alhamdulillah!

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Alhamdulillah..

Pertama kali saya lihat majlis korban oleh pihak sekolah. ;o)

ahmad humairi berkata...[Reply]

Tahniah ibuintan,

Sekolah ibuintan adalah sekolah yang hebat!

Amy Syaquena berkata...[Reply]

alhamdulillah semuanya sudah selamat korban, salam aidiladha sis..

Yan berkata...[Reply]

teringat masa buat qurban waktu mengajar dulu.. Rege satu portion just RM250 je..

Kakzakie berkata...[Reply]

Bagus sekolah ibuintan. Sekolah anak kakak belum pernah buat. Gotong-royang sesama ibu-bapa dan warga sekolah itu yg bertambah erat...

NzA berkata...[Reply]

Alhamdulillah...seronoknya kalau diadakan majlis mcm ni di sk saya....Sy dh cuba juga cadangkan kpd rakan2...InsyaAllah moga thn dpn niat tu menjadilah.....meriahkan.

sal berkata...[Reply]

alhamdulillah..syukran..dapat merasa daging kurban.

ibundo berkata...[Reply]

meriah nyer...

Sasa Al-Sharif berkata...[Reply]

Alhamdulillah. kami tak dpt offer lembu korban tp dtg tolong potong. hehe