Followers

Selasa, 1 November 2011

aktiviti lepas exam


Aktiviti selepas habis periksa akhir tahun.  Budak perempuan lebih gemar membaca buku cerita dan mewarna gambar.

 

                                        Tangan gebu siapakah itu??



Budak lelaki pula selain 'roket' berterbangan mereka lebih  ngadap dam aji, dam ular dan monopoli.  Ada juga main bola kertas dalam kelas.  Kertas buku yang dikoyakkan dan digumpal menjadi bulat sebelum disepak atau dibaling.


Hari ini 1.11.2011 satu tarikh yang cantik susunan nombornya .  Sekolah ibuintan juga akan menjalankan satu program yang amat cantik juga hari ini... Program Khatam Al-Quran untuk murid-murid tahun enam.  Semoga majlis anjuran Persatuan Pendidikan Islam ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama ibubapa... harap ramai ibubapa pelajar yang terlibat dapat menghadirkan diri mereka.                        








20 ulasan:

Citarasa Rinduan berkata...[Reply]

selamat pagi ibu intan..

wah!!!
1.11.11 memang cantik kan...selamat datang NOVEMBER


aktiviti mereka pun mmg nampak bermanfaat..
bagus dari mereka buat perkara yang tidak berfaedah...
moga program hari ini berjalan dengan lancar.. amin

kaklong berkata...[Reply]

cikgu pun join samo...heheheh!
tangan gobu tu mesti tangan akak kan?
heheheh!

al-lavendari berkata...[Reply]

tak ada ibubapa yang bawa makanan dalamm panta ke ?

kakcik berkata...[Reply]

Anak kakcik si BS sibuk nak main bola dalam masa cuti...

Ibuhani berkata...[Reply]

mesti riuh dlm kelas! Cikgu dia pun samolah main ye x..hehehe...slmt berkhatam semua! Berkhatam satu aktvt yg sgt mulia tu.....

NzA berkata...[Reply]

sekolah sy baru mula final exam hari ni kak...sunyi sepi...

Amy Syaquena berkata...[Reply]

zaman amy dulu suka main catur , lepas tu keadaan dalam kelas sunyi je sebab masing2 sibuk dok fikir bagaimana nak mengatur percaturan supaya menang hehe..

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum ibu...

semoga yang mengalunkan bacaan al Quran itu nanti akan menjadi seorang qari atau qariah tersohor..insyaAllah...

Kunang-Kunang berkata...[Reply]

Assalamualaikum Ibuintan,

Seronoknya jadi pendidik yer disamping cabaran yang banyak. Kepuasan kerja yang perlu.

Cik Ecah berkata...[Reply]

teringat zaman sekolah dolu2,, ni aktiviti harian lepas exam hehehe

Arizakiah berkata...[Reply]

Kerana tarikh yang cantik itulah mummy tetap nak buat entry hari ni biarpun badan masih belum sihat betul...

Acik Erna berkata...[Reply]

assalam ibuintan..anak akak yang lepas PMR tu kalau kesolah cik gu pulak ysng tanay..bauat apa wak datang sekolah katanya..he he

IMANSHAH berkata...[Reply]

cikgu2 kena kreatif kan

S..U..D..@..I..S berkata...[Reply]

cikgu2 kena create aktiviti berfedah untuk murid2
Program Khatam Al-Quran satu contoh yang baik dan hebat thniah ibu intan

Nur-nba berkata...[Reply]

Assalamualaikum Kak Ibuintan..
Bagus aktiviti seperti kak.. Cantik tarikh hari ni.. Tapi kalau 11.11.2011 lagi cantik.. :D

Nur-nba berkata...[Reply]

opss. sorry kak tertinggal pula perkataan.. "Bagus aktiviti seperti ini kak.." (nak taip cepat sangat hehe)

MulutPayau berkata...[Reply]

Tangan gebu tu pastinya milik ibuintan kan..seronok dapat bersama ngan bdak2 dgn mcm2 aktvti......sekolah saya sedang periksa skrang ni...

Zaitun berkata...[Reply]

Rasanya kak Zai kenal tangan yang tembam tu hehehe....

Enjoy budak2 selepas habis exam.

Alin Marlini berkata...[Reply]

Sama ngan anak dara Alin ibu..gemar baca , lukis, kaler..

Yan berkata...[Reply]

Yang kat umah ni sibok bagi hint, "KAT SEKOLAH DAH TAK BUAT APA2 DAH BU"..diarang ingat i nak bagi diarang cuti kot..heee