Followers

Jumaat, 25 November 2011

Saya bakal jutawan... anda bila lagi?

Seusai membaca Yassin malam semalam, ibuintan menerima panggilan telefon daripada seorang kenalan rapat.  Tidak pernah dia menelefon.  Perbualan yang singkat saja... tujuannya  mengajak ibuintan keluar.  Bila ditanya 'apa halnya'  Katanya saja mengajak keluar. Hanya ibuintan seorang, mesti dan tunggu pukul lapan setengah, dia dan suami datang menjemput. Walau diberi alasan atau minta tangguh hari lain, dia tetap meminta (paksa) ibuintan mengikutnya keluar malam itu juga.  Bila memaksa begitu yang terlintas difikiran mungkin rakan ini mengajak makan-makan di luar.


Disebabkan dia hanya mengajak ibuintan seorang, maka ibuintan masak dan menyediakan makan malam untuk anak-anak dan abahintan dahulu.  Tepat lapan setengah malam, dia sampai bersama suaminya. Sepanjang perjalanan kami berbual dan bertanya khabar masing-masing tanpa ibuintan tahu arah tujuan kami. Hanya mengikut saja.  Lebih kurang 20 minit, kamipun sampai ke tempat dituju.  ibuintan hanya terbayangkan mereka berdua hendak membelanja makan malam sebab tempat yang ditujuinya pun memang ada beberapa kedai makan yang hanya dibuka pada waktu malam saja.


 Jangkaan ibuintan silap.  Dengan tiba-tiba rakan ibuintan menarik ibuintan menaiki salah satu tangga yang terdapat di deretan rumah kedai di kawasan itu.  Banyak kasut dibahagian bawah tangga.  Hati mula rasa cemas dan tertanya-tanya.  Belum sempat bertanya,'kami telah disambut oleh beberapa orang wanita yang sangat peramah'.  Memang sangat peramah.  Ibuintan hanya terkedu dan terpinga-pinga.  Terus dibawa masuk ke dalam sebuah bilik.  Dalam bilik itu sedang berlangsung satu sesi ceramah.  Ada juga lebih kurang 20 orang remaja perempuan sedang tekun mendengar ceramah yang disampaikan.


Rupanya satu ceramah bisnes 'menjadi jutawan'.  Berdegar- degar dan berapi-api sipenceramah itu memberi penerangan dan penjelasan untuk menjadi jutawan.  Ibuintan terduduk saja bagai orang bodoh... memang bodoh, sesangat bodoh rasanya waktu itu.  mendengar saja tanpa apa-apa reaksi... yang ada dalam hati hanya marah, marah dan marah yang teramat.  Sesekali bila sipenceramah menyoal ... ibuintan hanya mampu buat bodoh, langsung tiada respon.


 Memang tak jangka, sedangkan sirakan dan suaminya begitu bersemangat, sesekali  bertepuk tangan dan menjerit memberi sokongan bersama barisan 'wanita yang peramah' tadi serta beberapa 'ahli pengedar'yang kononnya amat berjaya.   Berjayalah kononya sebab masing-masing memakai kot walau dalam bilik yang tak berapa sejuk tu.  Bergaya untuk menunjukkan mereka hebat... kononnya.  Memang sakit hati sungguh dan tambah menyakitkan hati ibuintan terpaksa memekakkan telinga mendengar tiga slot yang amat bongkak dan tamak bunyinya.

"INILAH LUBUK EMAS KITA, YANG TAK INGIN MENDAPATKAN EMAS ITU IALAH ORANG YANG MALAS DAN SANGGUP HIDUP MISKIN SAMPAI MATI'


Hanya cara untuk mendapat puluh ribu, ratus ribu malah jutaan ringgit yang disebut.  Dan yang paling penipu tu semua itu boleh di dapati dalam jangkamasa tiga bulan hingga setahun saja.  Cisss... Malah boleh mengatakan betapa bodoh dan miskinnya orang yang hanya bergantung pada gaji bulanan saja.  Nampak sangat tujuan dan matlamat hidup mereka adalah duit..duit dan duit.

Sanggup mengutuk pada orang yang kononnya buta mata sebab tidak menyertai mereka, tidak menjadi ahli dalam bisnes mereka. Yang pelik pulak tu si penceramah itu, yang ibuintan kenal, seorang kakitangan kerajaan dan masih bekerja makan gaji.  Bagi ibuintanlah kalau dah betul income sebulan puluhan/ratusan ribu dan menurut katanya juga dalam masa terdekat bakal bergelar jutawan... tak hinggin dah ibuintan kerja lagi tambahan gajinya pun dalam kategori miskin jugak.(spt katanya)


Semasa rehat sebentar di antara slot ceramah, ibuintan sempat menyuarakan rasa kesal kepada rakan dan mengajak dia balik segera.  Ibuintan juga menyatakan kesal sebab tidak diberitahu tujuan asal dia mengajak keluar.  Sipenceramah (kononnya yang paling berjaya dalam kumpulan itu) yang terdengar perbualan kami sempat menyampuk.. 'kalau diberitahu puan nak datang tak, mesti tak hendak kan'. .. rupanya strategi mereka ialah ajak dan jemput rakan keluar dan bawa tanpa diberitahu tujuannya.  Memang hampeh punya strategi.


Dan malangnya lagi, kalau nak menjadi ahli pun seeloknya jangan berbincang dulu dengan ahli keluarga/suami/isteri, dah jadi ahli baru boleh beritahu mereka.. alasannya nanti mereka tak setuju.  Apakah itu, tak boleh pula suami isteri berbincang dulu, ni melibatkan duit yang banyak... ada beberapa pakej yang ditawarkan... nak lambat kaya ambil yang murah, kaya cepat sikit ambil yng sederhana, kalau nak kaya cepat ambil yang termahal... ribu-ribu tu.


Hendak tak hendak, ibuintan masih juga menjaga airmuka rakan dan suaminya, ibuintan tidak mendesak mereka menghantar ibuintan balik dengan segera, dah terlanjur apa salahnya mendengar janji manis dan kehebatan mereka mengejar gelaran jutawan.  Hebat sungguh impian mereka.  Segala-galanya adalah wang, wang dan jutawan.

Selain ibuintan, ada juga beberapa orang makcik malah dah bertaraf nenek pun, rasanya dah lebih umur 60 tahun dibawa mendengar sama.  Kesian sangat bila ibuintan bayangkan jika nenek2 itu terpaksa menjadi ahli dan menyertai mereka.  Bayangkan duit yang akan mereka keluarkan dan di usia begitu mengapakah nenek2  itu diseret sama ke dalam bisnes ini.  Bayangkan jika menjadi ahli, bolehkah nenek2 itu mencari ahli baru/downline, jika tidak ada ahli di bawahnya, bolehkah nenek2 itu mendapatkan kembali jumlah duit yang telah dilaburkannya.



Slot itu berakhir hampir pukul sebelas setengah malam dan ada di antara nenek2 itu telah terlentuk dan terlelap di tepi dinding.  Malang sungguh nasib mereka.  Nampak sangat demi mengejar bonus beribu-ribu sebulan mereka tidak peduli siapa yang menjadi mangsanya.  Kekayaan dan kemewahan menjadi matlamat utama mereka nampaknya.


Semasa keluar, turun saja dari bangunan itu, ibuintan tercari-cari mana kereta mewah kepunyaan mereka, tak nampak sebijik pun, kereta setaraf ibuintan tu adalah beratur di parking tu, kereta mereka saja yang ada lagi ketika itu.  Semua kedai telah ditutup sewaktu kami meninggalkan tempat itu.


Syukur... dengan pendapatan ibuintan sekarang, jumlah yang sentiasa disebut-sebut dalam slot ceramah itu sebagai miskin, miskin dan miskin,  namun ibuintan amat menghargainya kerana itulah rezeki hasil usaha dan titik peluh sendiri.


//buat rakan... ibuintan tidak mengejar gelaran jutawan, dan tidak ada dalam impian pun menjadi jutawan.....maaf dan jangan hubungi lagi kalau itulah tujuannya.











30 ulasan:

Citarasa Rinduan berkata...[Reply]

selamat malam ibuintan..

setuju sangat pendapat ibu..
ayu pun bab2 itu sangat tak suka..
bukan tak mahu maju..
masalahnya ayu tak berminat..
biarlah rezeki yang ayu dapat dari keringat sendiri..
hati senang, tapi tu lah...
naik bengang bila mereka tak faham bahasa, kata kita tak bantu sama2 melayu...

waalahualam..

nur berkata...[Reply]

akak,if it makes it any better, saya pun pernah pergi ke meeting mcm akak pergi tu. dan saya pergi pun kerana ditipu orang. memang apa yang dia cakap tu banyak temberang dari fakta, tapi apa yang lagi menyakitkan hati ialah betapa beraninya dia menjatuhkan hukum senang2 pada manusia lain. dikatanya manusia yang tak mahu sertai program mereka tu 'golongan tak mendapat hidayah, sombong dan tak mahu bersyukur dgn kurniaan tuhan memberi peluang pd merka mencari rezeki'. berani sungguh, tuhan kah mereka untuk sepasti-pastinya panggil orang yg tak mahu join 'tak dapat hidayah? dan benda tu tak menjadi pun, manusia 'bijak' yang bawa saya ke meeting tu pun dah digugurkan pengajian. sampai sekarang dia tak dapat balik pun duit yang dia labur dlm program tu.

nur berkata...[Reply]

akak,if it makes it any better, saya pun pernah pergi ke meeting mcm akak pergi tu. dan saya pergi pun kerana ditipu orang. memang apa yang dia cakap tu banyak temberang dari fakta, tapi apa yang lagi menyakitkan hati ialah betapa beraninya dia menjatuhkan hukum senang2 pada manusia lain. dikatanya manusia yang tak mahu sertai program mereka tu 'golongan tak mendapat hidayah, sombong dan tak mahu bersyukur dgn kurniaan tuhan memberi peluang pd merka mencari rezeki'. berani sungguh, tuhan kah mereka untuk sepasti-pastinya panggil orang yg tak mahu join 'tak dapat hidayah? dan benda tu tak menjadi pun, manusia 'bijak' yang bawa saya ke meeting tu pun dah digugurkan pengajian. sampai sekarang dia tak dapat balik pun duit yang dia labur dlm program tu.

sal berkata...[Reply]

hik2..ramai org nak jadi jutawan..teruskan usaha,berangan dulu....

tapi..sebenarnya, saya pun mcm ibuintan..tak berminat langsung dengan business.... rezki yg Allah bagi buat masa ni,cukuplah dan pandai2lah mencukupkan..bnyk mana duit pun habis jugak,kan..

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

ibu intan cik ina memang x kan bisnes cepat kaya ni. tak kayo pun tak pelah, janji cukup makan pakai.ye dak.

kaklong berkata...[Reply]

kok kaklong la..kawan kaklong tu,sanggup kaklong putuih kawan...ni sebona ea kawan makan kawan..menyusahan orang!

Mohamad berkata...[Reply]

Ibuintan..
Saya dah serik dengan business seperti ini. Harap2 tidak terjebak lagi dengan janji manis mereka. Tetapi syukurlah awal sedar...

Syukur jugalah dengan makan gaji seperti ini kita dapat menyara keluarga walaupun tak menjanjikan sebagai jutawan..

Sangat bersetuju dengan pendapat ibuintan..

NzA berkata...[Reply]

MasyaAllah, mengucap pnjang saya baca n3 akak..mrk ni seolah2 mcm 1 sendiket penipuan pula kak....
Agaknya kalau tak buat mcm tu memang tak ada org nk join la...rasanya ni mcm skim cpt kaya tak kak?????

Acik Erna berkata...[Reply]

sama maca nZA..mengucap panjang akak..kalau akak tu..maso tu yo talipun suami akak soh ambik..
memang kotor strategi dia orang ni..
akak ponah sokali..kawn talipun beria ia nak dtang minta alamat.ruma sekarang tapi..sebelum bagi alamat..akak tanya kawann2 lain dulu..sebab dia kata dah pegi rumah kawan2 lain...kawan2 kata..dia cuba tarik ..lansung akak tak bagi alamat sampai sekarang.

ibuintan berkata...[Reply]

Ayu... bukan tak berminat berniaga, ibu pun minat tp bukan dgn bisnes macam itu,


memang sakit hati sungguh dgn tindakan rakan itu, memang itu caranya syrkat itu... ajak, ambil dan bawa tanpa kita diberitahu tujuannya

ibuintan berkata...[Reply]

Nur... memang banyak auta dan tembelangnya, akak memang tak minat dgn skim macam tu


akak ada juga join bisnes tp yang ada jual produk, akak join sebab nak beli dan gunakan barang2 keluaran mereka.. bila join sebagai ahli kita dapat harga murah sikit ... bayaran untuk jadi ahli juga akak pastikan yg murah saja, yg puluh2 ringgit saja dan jadi ahli seumur hidup

kalau kita terpaksa mencari downline ke apa ke akak memang taknak, akak jadi ahli sebab nak beli produknya saja

ibuintan berkata...[Reply]

Nur.. memang dia ada kata begitu, kata kita yg tak hendak join mereka tu sebagai malas dan tak tahu bersyukur... dia kata kita datang situ sebab Allah dah beri jalan, dah gerakkan hati kita kenapa tak ambik peluang tu... memang melampau

ibuintan berkata...[Reply]

Sal... syukurlah dengan rezeki yg kita dapat...kan


bukannya senang nak jadi jutawan ni sebut senanglah

ibuintan berkata...[Reply]

cik ina... tulah, saya pun tak berniat langsung nak masuk skim jadi jutawan segera tu.. dah macam2 kawan ajak dan promote sbb saya tahu bukannya senang nak jadi kaya ni apatah lagi jutawan

ibuintan berkata...[Reply]

kaklong... botul tu, mau putuih kawan kok dibuek ea camni lagi


sbgai kawan akak doakan dia berjaya dan tumpang senang hati kalau betul dia boleh jd kaya nanti, tp jgn paksa akak pulak ngikut dia jadi 'kaya'

ibuintan berkata...[Reply]

en Mohd. ... betul tu syukur sangat dgn rezeki yg kita dapat tu, tak kaya pun tak apalah janji kita dapat hidup selesa


dah ramai saya tengok kawan2 yg join bisnes macam tu tak ada seorang pun yg jadi jutawan... memang ada yg berjaya tapi tak ramai dan yg berjya tu juga entah macam mana kesusahan yg dah ditempuhinya

ibuintan berkata...[Reply]

nza... tu lah ada macam unsur penipuan jugak kan, berhati-hatilah walau dengan orang keliling kita


kita tak tahu apa rancangan mereka

ibuintan berkata...[Reply]

kakerna... memang saya nak kal suami tp saya tau suami mesti gelakkan saya balik... so nak tak nak terpaksa donga yo dgn ati yg sakit


kak... main paksa2 tu yg tak best tu kan, boleh putus kawan camtu caranya

Ibuhani berkata...[Reply]

hmmm......sedihnya kalau dipaksa cara cam tu! Camlah dia ingat senang sgt nak jd jutawan tu ye...........kdg2 org2 mcm tu....ckp x serupa bikin, ibuintan! X kaya tp hati tenang pun dah rasa bersyukur sgt3....

Zaitun berkata...[Reply]

Kak Zai pernah juga terkena sekali tapi tanpa pengetahuan kawan yang mengajak kak Zai heret hubby pergi.Mulanya dengar aje tapi bila ada kesempatan hubby bersoal jawab terus jadi sesi soal jawab.Akhirnya sipenceramah mati kutu dan malu2.

محمد رازيق berkata...[Reply]

semoga berjaya, ibu intan :) salam maal hijrah.

azieazah berkata...[Reply]

Ibu INTAN, saya pernah kena keadaan yang sama macam ni, beberapa ttahun dulu. Masa tu lum ada blog, tak da ler citer.

Balik dah malam lewat, tak pasal-pasal kena marah dgn husband plak.

Saya pun tak minat MLM.

*Jemputan khas buat tuan rumah dan semua pengunjung blog ini. Sudi-sudikan:

Pertemuan Blogger 18 Dis: Jemputan Istimewa

@xiiinam berkata...[Reply]

Salam Maal Hijrah.

***Terima kasih kerana menyokong entri ckLah yang lalu...

kasihibu berkata...[Reply]

bagi sya
dah namanya MLM
maaf cakap, sya memang tidak berminat
sya pernah di desak di desak di desak berkali kali oleh rakan sekerja pasal mlm ni, sampaikan sya cuti pun dia sibuk telefon2 lagi
ya allah rimas, marah segala ada
sya tidak berminat
sya nampak ramai yg jadi mangsa orang mlm ni
maaf cakap pada yg aktif mlm
macam membuli pengedar baru masuk ambik loan beribu2
lepas tu kawan tu terdiam sepi, tak ada pun lagi di bawa kehulu ke hilir, pandai pandailah nak cari orang di bawahnya
akhir sekali bayar pinjaman berbulan bulan, memang sangatlah tidak berbaloi

pesanan pada diri sindiri dan rakan rakan rakan
jadi jauhi mlm, kalau tidak pandai dan tak sampai hati mengenakan orang ye ...

MulutPayau berkata...[Reply]

Assalamualaikum Ibuintan...

Salam Maal Hijrah..

kadang2 pelik jugak dgn diaorang ni..suka sangat memaksa kita utk ikut macam dia orang buat.....

ummiross berkata...[Reply]

Sampai hati kawan buat macam tu kan ibuintan,ummi pun .kalau jenis MLM ni memang kurang berkenan sikit

Pn Kartini berkata...[Reply]

Assalamualaikum my dear IbuIntan:)

Aduhai..macam2 yaa strategi nak tarik pelanggan...pe2..mmg tak suka..
hidup bukan semata2 memperhamba pada duit kan kak...Bersyukur dengan rezeki yang diberikanNya...:)

Amy Syaquena berkata...[Reply]

as'salammualaikum ibu intan..

masyaallah kadang2 pelik jugak dengan orang mcm ni..suka sangat memaksa kita utk ikut macam dia orang buat.....

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum ibu..

saya dah byk kali kne mcm nie..sebab tue saya terus tutup fon jika kawan ajak kua tanpa bgtau tujuannya..

saya mmg tak suka benda2 mcm nie...kita nak hidup selesa bukan dengan duit yang melimpah ruah tp kita bersyukur dan cukup dgn apa yg ada....

Munnafendy berkata...[Reply]

sy...tertarik dgn entry ni...insyaAllah..ada masa sy akan buat entry pengalaman sy ttg isu yg sama.

salam kenal akak =)