Followers

Khamis, 24 November 2011

Duitnya entah di mana, angan-angan dah panjang berjela.

Belum sampai seminggu cuti sekolah anak-anak dah bising, bosan duduk dirumah saja.  Setiap hari tanya ibunya bila nak jalan-jalan bercuti.  Rancangan asal minggu depan akan ke Melaka.  Melaka mesti masuk dalam destinasi cuti kali sebab ibuintan  dapat baucer tiga hari dua malam percuma di A Famosa Resort.  Tarikh akhir baucer pada hujung tahun ini.  Tak pergi rugi pula .. free tu, dah jimat duit untuk penginapan.  Baucer ini ibuintan dapat bulan Julai lagi tapi masih belum berkesempatan untuk ditunaikan.  Ibuintan dapat baucer ini sebab masuk skim  'joint ownership'.

Selain itu ibuintan juga dapat potongan 50 peratus  tiket untuk masuk ke Taman Tema, taman buaya, Taman Mini Malaysia dan beberapa pusat rekreasi yang lain di sekitar Melaka.  Ini pula sebab ibuintan joint satu program promosi yang datang ke sekolah sekitar bulan Ogos yang lalu.  Bayaran yang dikenakan untuk joint hanya RM20 saja, dapat keahlian sehingga akhir tahun ini juga. Promosi ini khas untuk di negeri Melaka saja.  Kalau tidak silap anjuran Lembaga Pelancongan Negeri Melaka.

Ibuintan joint pun sebab dah dapat baucer di atas, sebab dah komfom nak ke Melaka, dengan potongan 50 peratus untuk tiket ini dapat juga jimat duit.  Bukannya murah tiket untuk masuk ke setiap tempat-tempat  tersebut.   Kekadang tak berbaloi kan, bayar mahal semata-mata nak tengok buaya menguap dan tidur dengan malasnya.

Kalau lima tiket dengan potongan 50 peratus, dah banyak juga jimatnya...  kan.  Boleh gunakan duit untuk tiket tu untuk makan-makan dan beli apa yang patut.  Takkan di Melaka taknak beli apa-apa.  Tak sanggup den masuk Mahkota Parade tu, JJ Ayer Keroh tu dan tempat lain yang sewaktu dengannya, setakat cuci mata yo... Tak dapek nolong ea tu.


Beg tangan dah patut ganti ni.  Kasut takkan nak pakai yang itu-itu je. Baju lagi, tudung lagi, ... wah, banyak tu, kalau dah banyak camni patutnya pergi lepas dapat bonuslah.  Dengarnya hari tu PM  bagi bonus hujung tahun ni.  Wah, abahintan kita tukar plan lagi lah ye!!


//tulah bukti ea... duit  lom dapat, tapi dah habih.  Camno tu??

//Yang di atas tu, angan2 ibuintan je.. keperluan persekolahan anak-anak lebih menjadi keutamaan, dah lengkap untuk anak-anak barulah ibunya dapat... dapat sisa-sisa pun jadilah!!










18 ulasan:

kaklong berkata...[Reply]

poie lah kak,laie pun setahun sekali yo..anak akak dah bvosa2..tak payah nak gisau nak bojalan...

@YUNID@TI berkata...[Reply]

seronoknya.... xbole lpaskan peluang tu... pegi je... selamat bercuti...

kakcik berkata...[Reply]

Kakcik dah fikirkan bonus nanti nak beli pakaian sekolah anak2. :)

Harap2 En Suami dapat bonus berganda2 tahun ini. ;-)

ibuintan berkata...[Reply]

kaklong... memang nak poe ni, anak2 dah bosa ni yg lagi demand ni Long.. sumo ikut kondak ati mereka

ibuintan berkata...[Reply]

TI... insyaallah, memang dlm perancangan.. sesekali kan, bukannya jauh pun

ibuintan berkata...[Reply]

kakcik... tu dah memang wajib, keperluan mereka didahulukan


mesti suami kakcik dapat beganda2 tu.. syukur

ummiross berkata...[Reply]

Moga sebahagian angan2 jadi kenyataan..

Kakzakie berkata...[Reply]

Ala ibuintan, duit yg berkepok bawah bantal, bawah tilam, dalam drawer semua tu nak buat apa. Intan dan abang/adik pun nak juga rasa. Lagi pun dah dapat voucher tu jenjalanlah... shopping selagi boleh ... koyaklah purse kalau ikut kata kakak ibuintan hihi....

azi berkata...[Reply]

Ibu Intan..
Hujung Bulan 12 nanti kita dapat bonuskan....haaa...dapat bonus bolehlah membeli apa-apa yang nak ditukar tu...he..he..

Selamat bercuti ke melaka ye Ibu Intan..semoga gembira...saya dah pernah pegi A Farmosa Resort...ok jugak...

Acik Erna berkata...[Reply]

IBUINTAN angan angantak yah bayar ..biarlah kito berangan selagi boleh..he he

IMANSHAH berkata...[Reply]

selamat berjalan2 kak

Yan berkata...[Reply]

banyak tu angan2 nya tu..mudah2an tercapai lah yee

Zaitun berkata...[Reply]

Banyak yang free...apa tunggu lagi.

sal berkata...[Reply]

biasalah kita..sentiasa ada angan2..nak beli itu ,nak beli ini..klu tak rancang duit tu betul2, pasti terlebih budjet..

NzA berkata...[Reply]

bolehlah tu kak kalau dpt discaun..anak2 ramai kalu brcuti mmg best ttp yg xbestnya tang belanja tulah.......

hujung thn ni mcm2 nk fikir utk prsediaan anak2....yg plg xsanggup tu bab2 nk menjahit uniform sk anak2 dara tu...mak aiii...jenuh....

ibundo berkata...[Reply]

memang time untuk jenjalan ni bu. nak bolanjo buleh tapi bolanjolah caro berhemah..
cewah.. kpah ni cakap pandailah kehkeh..

azlina berkata...[Reply]

semuga di murahkan rezeki dan akk dapat bercuti bersama keluarga tersayang...

sahromnasrudin berkata...[Reply]

jgn lupa naik melaka river cruise ya, ibu...