Followers

Selasa, 22 November 2011

Bila durian ditebuk tupai.

Bila durian ditebuk tupai..... nasibnya tak semalang kelapa ditebuk tupai.   Wah, tak boleh tahan.


Jika kelapa ditebuk tupai, kelapa itu langsung tidak berguna lagi. Tu sebab ada peribahasa sebegitu, cuma yang malangnya peribahasa itu ditujukan kepada para gadis.  Yang salah lelaki yang terima musibah gadis.  Atau mungkin dua-dua salah tetapi yang terima musibahnya tetap sigadis juga.  Jadi berhati-hatilah wahai sigadis dengan pujuk rayu 'sang kekasih hati'. Belum pasti kekasih hati akan bertanggungjawab dengan menjadi suami anda nanti.  Takut nanti habis madu sepah dibuang.   Menanggung malu seluruh keluarga ...itupun  kalau tahu malulah!!

Jika durian pula ditebuk tupai, durian itu masih ada gunanya.  Isi durian di dalamnya masih ada yang boleh digunakan atau dimakan,. terutama isi durian yang telah  tua sedap dimasak lemak cili api.   Boleh juga dimasak lemak putih.. wangi bila disatukan dengan daun kunyit.


Pagi semalam, dua biji durian dibelakang rumah telah gugur,  Dua-duanya telah ditebuk tupai.  Masih belum masak tetapi telah tua.  Yang ditebuk tupai hanya sedikit, yang dimakannya tak sampai pun seulas.  Kenapalah tupai tu suka membazir, mengapa ditebuk banyak, tebuk sebiji sudahlah... makan isinya sampai habis.  Ini tidak tebuk sikit lubang, makan sikit isinya, tebuk pulak lagi yang lain.. pun makan sikit juga. Memang membazir, mentang-mentanglah tupai tu makan free. Yang geram juga tupai tu tebuk buah yang besar-besar dan cantik saja.  Buah yang kemetot tak pulak dipilihnya.  Demand sungguh!!


Baki isi durian yang masih elok itu selepas dikupas,  ibuintan gulai lemak cili api campur sedikit daging salai.  Selalunya arwah emak dulu suka masak lemak putih saja dibubuh daun kunyit.  Ibuintan mencuba kelainan sikit, cuba masak lemak cili dengan daging salai pula.  Tak bubuh daun kunyit sebaliknya bubuh dua batang serai.  Wah... anak-anak yang pertama kali merasa juga mengatakan sedap.. Rasa lemak durian tua dan aroma daging salai serta serai memang membangkitkan selera.



Kalau ada yang gugur lagi tapi masih belum masak nak buat gulai  lemak putih pula.  Kalau dulu setiap kali mak buat gulai lemak , mesti ada goreng ikan masin serta sambal gesek ikan bilis yang pedas tu.  Memang judu sangat...  makan pula dengan nasi panas, bak kata orang nogori 'mencieh poluh dek sodap ea'.












30 ulasan:

yan berkata...[Reply]

akakkkkkk..tgh2 malam ni saya teliuq tau..sukaaa.. ada tempoyak lah gamaknya..

Pn Kartini berkata...[Reply]

Assalamualaikum my dear IbuIntan:):)

tupai pun pandai kann...
memilih gakk dia yaa..kiranya tupai taste tinggi niii...nak buah dorian besaq2 jeee ekk;)

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

salam ibu intan

subuh sepei lagi ko dah buat cik ina telan air liur


first time nengok kelapa ditebuk tupai, ingatkan dorang saja je buat peribahasa tu, termalu jap:)

kaklong berkata...[Reply]

sodap tul lomak putih durian judu dgn sambal gesek!
sebaik tak bunting esey ni kak...heheheh!

NzA berkata...[Reply]

masak lomak org nogori mmg terbaiklah kak....saya suka cz kuahnya pekat n yg plg xtahan pedas tu...ttp mmg best.....

Begitulah nasib orang perempuan, walaupun terkadang ada yang tidak bersalah dan dirogol, si gadis yang jadi mangsa dan ditempatkan di pusat pemulihan akhlak sedangkan si lelaki bebas diluar sana.....

@xiiinam berkata...[Reply]

Buah durian kami diganggu segerombolan monyet yg sering bertandang...

Ibuhani berkata...[Reply]

ibuintan: lama x makan gulai durian ni......tp x pernah jumpa pulak yg campur dgn daging salai!

kakcik berkata...[Reply]

Amboiii.. terliur kakcik dibuatnya. :)

Tijah berkata...[Reply]

ya rabbi sodap eh gulai dian tuo ni. lamo tul tak makan. judu ngan ikan masin tu kan. perghhhhhh!!! takyah lauk lain dah.

Kakzakie berkata...[Reply]

Pandai menggayakan ibuintan. Lagilah sekarang cuti sekolah tukang makan ramai huh... sedapnya

ibuintan berkata...[Reply]

Yan... tempoyak takde stok, durian lom gugur lagi, yg gugur yg telah ditebuk tupai tu je

ibuintan berkata...[Reply]

Mualaikumsalam Dear Tinie... ye lah tu yg geram tu, yg digugurkan semua buah yg besar dan cantik saje... memang taste tinggi tupai skarang ni

ibuintan berkata...[Reply]

Cik ina... sesaja lah tu, org tua2 buat peribahasa memang berdasarkan fakta sebenar.. kan, tak tipu punya tau.

ibuintan berkata...[Reply]

kaklong... kok bunting, meraung kan nak makan lauk dian tu... sodap Long, balik kg , gait ateh pokok ea

ibuintan berkata...[Reply]

nza... boleh tahan pedas ke?


tu lah, lagi pekat dan pedas lagi sedap tu... masakan wajib orang negori tu

ibuintan berkata...[Reply]

Cklah... kat sini ada juga monyet tu, tp sbb pokok dibelakang rumah adalah kawalan sikit... depa takut sikit nak datang time kita ada rumah

ibuintan berkata...[Reply]

ibuhani... org selalu masak dgn ikan bilis saja kan, saya saja ubah2... cuba try sodap lak

ibuintan berkata...[Reply]

kakcik... lauk org lama, orang key el mungkin tak pernah makan lauk ni kan...

ada ke jual durian muda kat kl

ibuintan berkata...[Reply]

Tijah... goma gak ko?

musim dian je jumpo lauk ni, hari biaso takdo sobab takdo buah dian

ibuintan berkata...[Reply]

kakzakie... mencuba tu, jadi pulak


memang musim cuti ni, anak2 duduk rumah perut memasing lapar saja... anak2 saya tak milih bab makan ni

Dalila Hamid berkata...[Reply]

x lunch lagi ni... lapar...

ummiross berkata...[Reply]

Sedapnya ibuintan, kecur airliur ni...

azi berkata...[Reply]

IbuIntan...
Sedapnya Masak lemak durian dengan daging salai tu...nampak sungguh mengiurkan...:)

Daddy Ziyyad berkata...[Reply]

Yang saya heran tu, macam mana si tupai boleh tebuk durian tu, padahal buahnya tajam berduri?

aku HIV positif berkata...[Reply]

aduih...
baca entry sambil air liur bertakung dalam mulut!

p/s- kami sekeluarga (sekarang ni tak termasuk saya) suka makan santan durian campur lada hitam dan sedikit garam dgn nasi panas. kalau nak 'kick' sambil2 gigit cili api sikit2.

aku HIV positif berkata...[Reply]

tapi betullah, pandai org2 tua pilih ayat,. besar bezanya durian ditebuk tupai dgn kelapa ditebuk tupai.

kasihibu berkata...[Reply]

sodap sesangat gulai durian ni kak
sya sangat suko..

Zaitun berkata...[Reply]

Kak Zai tak pernah makan gulai durian,nak juga mencuba tapi mana nak cari durian tua hehehe....

Kunang-Kunang berkata...[Reply]

Ibu Intan,

Sedapnya nampak gulai durian tu.

Walau dah ditebok tupak masih berguna.

pizet berkata...[Reply]

nampak sedap la kak...terliuq tau tgk