Followers

Rabu, 2 November 2011

Buah Srikaya.


Pernah tak makan buah ni?  Ibuintan memanggilnya buah Srikaya.  Di sudut luar pagar halaman rumah ibuintan ada  sebatang pokok srikaya ini.  Rajin berbuah. Sentiasa ada beberapa biji buahnya.  Tapi tak siapa yang berminat untuk memetik dan memakannya.  Budak-budak sekarang langsung tak pandang pun buah ini, jauh sekali hendak merasanya. 

Ibuintan selalu juga petik buah srikaya yang telah masak.  Tapi sayang selalunya dibuang saja selepas dibelah.  Tak ada siapa yang berminat.  Ibuintan sendiri tidak suka memakannya.  Selain baunya, isinya juga terlalu manis.  Petang  tadi juga petik sebiji yang telah masak tapi tetap tak bermakan,  tetap tak ada yang berminat.  Akhirnya buang begitu saja.  Rezeki ayam, sedap je nampaknya ayam-ayam tu mematuk sampai habis.


Tapi daunnya selalunya berguna.  Ada makcik2 yang  suka memetiknya untuk dibuat jaram dikepala sekiranya ada yang demam.   Beberapa helai daunnya akan diramas dalam air dan air dari ramasan ini akan disapukan dikepala anak/mereka yang demam.  Biasanya akan dicampur juga dengan beberapa helai daun durian belanda juga.  Cepat menurunkan panas badan kata mereka.


Ibuintan sendiri semasa kecil dulu setiap kali demam panas, arwah emak akan jaramkan kepala dengan air ramasan daun ini.  Memang menyejukkan.  Tapi kini untuk anak sendiri tak pernah pulak buat....  kalau  anak demam selalunya tekap saja dahi mereka dengan tuala lembab, tak pun beli 'cool fever'. Mudah.







16 ulasan:

Citarasa Rinduan berkata...[Reply]

selamat malam ibuintan.. first time ayu tengok gambar buah serikaya tu...

banyakknya khasiatnya..
sunggguh ayu tak tahu

thanks syer ttg buah ini ya

PS: tahniah ibu, anda berjaya meneka, nanti hantarkan butiran ke email ayu ya

zul permatang badak berkata...[Reply]

sedap buah ni....walaupun banyak biji, tapi kita makan guna sudu.....kikis isi yg sikit tu...

manis bersari......

cikguden berkata...[Reply]

dulu masa kecik2 selalu gak makan buah ni. sekarang susah dah nak jumpa

Tijah berkata...[Reply]

bukan buah nona ko kak?

pizet berkata...[Reply]

pz panggil buah nona...kala tgk dari gambar tu la...sedap ni isi dia

kakcik berkata...[Reply]

Buah serikaya ini 'seerti' dengan buah nona, kan? :)_

kaklong berkata...[Reply]

buah nonaaaa!!
susah dah nak jumpo..tapi klu jumpo pun bdk2 ni mesti tak kona apo namo eah...

Ibuhani berkata...[Reply]

x pernah makan jugak buah ni.....n br tahu kegunaan daunnya.....TQ ibuintan.... :)))

ibundo berkata...[Reply]

dah lamo tak nampak buah ni. Maso kekocik dulu uwan ado tanam..

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..alahai..apo tak cakap.akak suko betul makan tu..kadang2 ye dapek boli kek pasar tani.sedap..wangi je bau dia..

ahmad humairi berkata...[Reply]

Buah seri kaya.....ermmmm.... pengetahuan baru buat saya.

sahromnasrudin berkata...[Reply]

ini lah first time sy tgk dan dgr nama buah ini, ibu... rasa jauh sekali huhuhuhh....

p/s: agak2 boleh goreng ke ibu buah ini???

atuk berkata...[Reply]

Assalamualaikum Ibuintan

nanti saya dtg ambil....he he

Wassalam

sal berkata...[Reply]

first time tengok...
klu dekat..ingin juga nak merasanya..

Zaitun berkata...[Reply]

Kalau kak Zak tak silap buah tu juga dipanggil buah nona,rasa dia macam buah durian belanda, banyak biji kan.

Zul berkata...[Reply]

salam, kebetulan final projek saya guna pokok ini sebagai konsepnya, sama kan dengan buah nona?