Hari Isnin ....cuti sempena Hari raya Aidil Adha.
Hari Selasa .....majlis korban peringkat sekolah.
Hari Rabu ... pemilihan dan latihan.
Hari Khamis..... sukantara.
Hari Jumaat..... latihan lagi dan raptai perbarisan.
Hari Sabtu....... persediaan tempat.
Hari Ahad .......hari langsungnya.
Memang sah sukan tahunan sekolah kali ini cukup ekspress. Hanya tiga hari masa diperuntukkan.... hari pertama buat pemilihan peserta dan terus buat latihan sukan, hari kedua buat sukantara dan pemilihan untuk acara perbarisan dan hari ketiga latihan perbarisan dan raptai sukan.
Pening sungguh jadinya,... dah la budak-budak ramai yang tidak hadir. Peserta setiap rumah tidak mencukupi maka terpaksalah ada yang masuk beberapa acara. Itulah jadinya bila semua program dibuat disaat akhir sebelum cuti hujung tahun begini. Yang tertekan cikgu2 juga. Maka berjemurlah dari pagi hingga tengah hari di padang. Maka terjerit terpekiklah cikgu-cikgi ditepi padang.... mengarah, menyusun, menerang, mengawal.....malah segala macam hal lagi. Kejohanan sukan yang besar pula tu, jemput ibubapa penjaga sekali dan rasanya ramai penjaga yang akan hadir sebab hari cuti, kalaulah tak berjalan lancar.... alahaiii malunyo.
Maka sepanjang minggu ini saya memang tak berkesempatan sungguh nak menyinggahkan diri ke laman maya sahabat semua. Malam pula teramat letih rasanya, dapat saja merebahkan badan terus lelap... tak kira di sofa atau di depan tv. Rasa bersalah pun ada juga, beberapa komen di entri sebelum ini langsung tidak berjawab, lawatan balas pun tidak dibuat... bukan tu saja blog sendiri pun tak berjenguk.
Kalau dapat mengadap lappy pun kerana terpaksa sebab key-in markah untuk SPPBS dan keputusan ujian saringan 3 LINUS. Minggu depan minggu akhir persekolahan dan minggu terakhir juga untuk masukkan keputusan SPPBS budak... keputusan untuk band tertinggi pula, band 6... untuk murid yang paling cemerlang.. Yang jadi masalah utamanya bila masalah 'hang' tak boleh masuk sistem berkenaan.....tu yang susahnya yang buatkan kerja dah sepatutnya siap tapi masih tak siap-siap. Nak harap guna internet di sekolah.yang lambatnya mengalahkan siput babi tu, komfom tahun depan pun tak selesai semua kerja. Dua puluh kali buka pun tak jamin dapat masuk ke website berkenaan. Bila macam ni terasa menulis sendiri markah secara manual tu sepuluh kali lebih baik.
Adohaiii copekla cuti sekolah... tak sabar dah rasanya nak bercuti, nak kumpul semula tenaga yang dah banyak hilang ni.... ponek amek dah ni.
13 ulasan:
Semoga segala kelelahan akan menjadi kelegaan menjelang cuti nanti. :)
Jarang saya dengar sekolah buat sukan selepas exam.
Selalunya sukan di buat pertengahan tahun.
Bila dah hujung2 mood nak cuti dah mari. Seksa nya, kan?
Selamat bersukan!
ibu, nti kalo cuti sekolah rindu pulak dgn anak2 di sekolah.. hehe...
yang baco ni pun dah raso ponek ea...
Itulah ibuintan org nampak mudah jadi cikgu tapi penatnya dari subuh sampai ke malam letihnya tak hilang.
Tak apa tinggal seminggu aje lagi cuti panjanglah...
huuhh... memang letih tu.. kalau saya dah tak larat dah...
kalau buat sukan, mmng meletihkan...
Saya pun mmng tak sabar nak tnggu cuti skolah...
menghitung hari ajelah ye kak..?
dah dekat cuti dah..
tapi saya ni , bersambung pulak kursus satu minggu..cobaaaaan..
samalah kt sk saya kak...program brtindih utk kejar masa yg tinggal bbrapa hari lagi....sukan hari isnin n selasa ni..pemilihan main hentam je budak2 yg thn lepas...seorg murid tropaksa masuk 3-4 acara..nk buat camne...hu.hu.hu.....
Takpe tak lama lagi ibuintan boleh rehat sepanjang masa.
dekat sini sedang hujan lebat selebatnya
harap di sana cuaca baiklah kan?
untuk majlis yg bakal di raikan berjalan lancar
tak sabar nak tengok gambar2 yg menarik
SEKOLAH KENA UPGRADE INTERNET, KASI LAJU. BESTNYA TERINGAT BERSUKAN MASA SEKOLAH RENDAH. LARI DLM GUNI BEST. AHAD SEKOLAH. SENIN IBU INTAN CUTILAH NAMPAKNYA KAN.
Catat Ulasan