Followers

Ahad, 20 November 2011

Pencuci mulut dari syurga.


Balik dari joging pagi tadi, semasa menurunkan seorang rakan (Yati) yang sama-sama berjoging di tepi jalan di depan rumahnya, terlihat pokok buah tin di tepi pagar rumahnya sedang masak ranum.  Ibuintan dengan tidak malunya terus meminta beberapa biji.  Kelihatan semua buah di atas pokok itu sedang masak, hampir kesemuanya berwarna merah.  Berbuah amat lebat didahannya yang rendang.


Buahnya  menutupi hampir penuh dahan dan batang.  Yati memetik dan menghulurkan enam biji buah tersebut.  Sampai saja di rumah, terus mencuci dan mengupas kulitnya. Rasanya  sedap, lemak-lemak manis.  Pernah juga makan buah tin segar sebelum ini. ibuintan seorang makan sebiji, anak-anak dan suami kurang suka, ini kali pertama mereka mencuba merasa buah tin segar.  Buah yang kering yang selalu jemaah bawa dari Mekah itupun mereka tak berapa suka juga.  Ibuintan dua-dua suka.. segar dan kering sebab rasanya taklah terlalu manis.

                    Gambar carian gugel. Berbiji halus serta mengandungi banyak air.

Esok pagi rasanya berhajat untuk meminta lagi.  Menurut Yati ahli keluarganya tiada yang berminat dengan buah ini.  Selalunya buah ini dibiarkan gugur begitu sahaja.   Hasil pembacaan juga menyatakan buah ini mengandungi antoksidan yang tinggi dan boleh membantu mencegah penyakit berkaitan dengan perut terutamanya kanser usus.  Selain itu juga buah ini boleh menolong menguatkan jantung dan baik bagi pesakit asma.  Buah tin juga dikenali sebagai buah dari syurga.  Jadi makanan/pencuci mulut  ibuintan sebelum sarapan pagi tadi ialah buah dari syurga inilah.

Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.  Nabi pun turut sama makan.  Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”






//rasa beminat untuk mencari anak pokok ini untuk ditanam di dalam kawasan rumah.  Pokoknya juga rendah dan rendang, berdaun lebar, cantik juga sebagai pokok teduhan.... boleh bina pangkin di bawah pokok.











28 ulasan:

sal berkata...[Reply]

teringat waktu makan buah tin kering dulu2..bukan cukup 1 biji, kena lebih2 sebab keenakkannya yg manis..

tunggu orang balik haji bagi buah tin..cari kat pasar raya, ada tempat2 tertentu saja bole dapat..

MulutPayau berkata...[Reply]

Biasanya saya makan yang kering...tak pernah lagi makan yg fresh dari pokok.....

Totie@Tomy berkata...[Reply]

tak pernah makan buah tin..rasa dia macam kurma ker???

Pn Kartini berkata...[Reply]

Assalamualaikum IbuIntan..:)

agak2 camne yaa rasa buah tin segar ni yaaa..tak pernah rasa:)

Acik Erna berkata...[Reply]

Ibuintan,..akak pun sama macam tini.tak pernah rasa yang segar.

ibuintan berkata...[Reply]

Sal.. betul tu, kalau nak rasa yg kering kena tunggu org balik haji aje kan, buah yg wajib di bawa balik selalunya


saya pun suka juga yg kering, pernah beli di pasaraya tp lainlah rasanya tak sedap

ibuintan berkata...[Reply]

MP... akak dah makan beberapa kali juga sbb di sini ada pokoknya, kali pertama dulu jiran juga yg beri

ibuintan berkata...[Reply]

Totie.. lainlah buah tin ni jenis berair sedangkan kurma tu lembab biasa saja


seakan kita makan buah betik atau ciku yg masak ranum

ibuintan berkata...[Reply]

Mualaikumsalam Tinie.. tu lah payah juga nak explain macamana rasanya tu... lemak2 manis, bau wangi juga, lembut isinya dan berair


bijinya halus2 tak terasa pun bila kita kunyah

ibuintan berkata...[Reply]

KakErna... kalaulah buah tu saya yg punya nak jugak anta ke akak

kita sama2 merasa kan

Amie berkata...[Reply]

Assalam ibu intan,
elok benarlah tanam banyak-banyak, biak... dan nanti sesiapa yang berminat boleh tanam juga...mudah-mudahan dapat juga merasa buah dari syurga ni...

azieazah berkata...[Reply]

Rasa bertahun tahun sudah saya tak rasa buah ni. Pernah makan yang kering masa BONDA bawak balik dari Mekah dulu...

dalila berkata...[Reply]

first time dgr nama tu... byk khasiatnya ye..

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

Buah zaitun kira buah dari syurgakan:)

sedap buah ni, selalu dapat dari kawan balik umrah.

azi berkata...[Reply]

Ibu Intan..
Inilah pertama kali saya tengok Buah Tin yang segar...color merah rupanya...selalu orang bawa balik dari mekah yang kering color coklat kekuningan...

Tanpa Nama berkata...[Reply]

tanam dengan keratan batang .
banyak species, hijau, dan purple..

ibuintan berkata...[Reply]

Mualaikumsalam Amie... tu lah nak tanya kawan tu camna cara nak biakkan


berminat juga nak tanam dalam kebun sendiri

ibuintan berkata...[Reply]

Azie... biasanya yg dibawa balik dr Mekah yg kering kan, rasanya berbeza

ibuintan berkata...[Reply]

Dela... ye ke, dr pembacaan bayk khasiatnya, namun x ramai yg suka makan buah yg segar tu sbb tak biasa agaknya

ibuintan berkata...[Reply]

cik Ina... begitulah spt yg dibaca, memang buah wajib yg dibawa kalau balik dr Mekah

ibuintan berkata...[Reply]

Azie... yg akak tengok tu buahnya hijau masa muda dan merah bila masak, cantik warnanya

ibuintan berkata...[Reply]

Tanpa nama... oh ye ke, klau begitu bole minta dgn kawan tu beberapa keratan btgnya untuk dibiakkan


tq for infonya

NzA berkata...[Reply]

ni 1st time tgk yg segar...kalau yg kering mmg adalha dlm stok sbb pakcik mmg sntiasa brulang alik ke sana....

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Ooo, boleh tumbuh di sini ya...

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Gambar yg ibuintan tunjuk itu buah tin ye... kakak panggil buah zaitun tapi kalau buah tin yg lonjong kuning tu. Sebab kalau di mekah/madinah merka kata buah tin yg kuning tu ibuintan dan yg berbiji di dalam dia kata buah zaitun.

Tapi apa yg nyata buah tin atau zaitun adalah buah yg tertera dalam surah attin."Wattini wazzaitun"..

Azian Elias berkata...[Reply]

MASYALLAH..

saya tak pernah makan yg fresh lah kak.. teringin nak cuba..

kalau yg kering tu kitarang selalu nya buat macam makan gula2 lah gamaknya... suka semuanya satu rumah.

Unknown berkata...[Reply]

ibu, tu buah zaitun kan??
ayu masa kecil2 lepas jogging mmg makan..

sedap dan lemak.kalau belum masak warna kuning..

elok utk usus

ummiross berkata...[Reply]

ummi tak pernah makan buah tin segar, nampak sedap tu ibuintan..