Followers

Rabu, 30 November 2011

Rezeki yang tak diduga.

                                    
               
Pagi tadi dalam berkira-kira untuk menu makan tengah hari,  tiba-tiba terpacul adik ipar dan isterinya.  Kedatangan yang tidak dijangka.  Mereka berdua datang menghantar seekor ayam kampung yang telah siap disalai. Adik ipar ada membela ayam kampung di belakang rumahnya.  Dah banyak berkembang biak.  Selalunya kami dapat gulai ayam  tapi kali ini ayam yang belum dimasak.  Adik ipar dan isterinya datang sebentar saja sebab mereka ada urusan di Kuala Pilah.


Sementara kuih cucur ini adalah kuih yang paling sering dibuat oleh isteri adik ipar(biras).  Walau siapa pun datang ke rumahnya walau datang secara mengejut, itulah kuih yang sering dihidangkan untuk tetamunya.  Janji dirumahnya ada bahan-bahan untuk membuat kuih tersebut.   Senang dan mudah sangat biras membuatnya.   Kuih cucur yang dibawanya tadi masih panas lagi.


Ini pula buah kundang juga pemberian adik ipar  (ida).  Ada yang telah masak dan ada yang belum. Tidak kira masak atau belum, semuanya dimakan cecah dengan kicap berlada.   Skali hadap..licin ... rasanya lebih dari se kg.  ... dihadap oleh dua orang sahaja.. siapa lagi kalau bukan ibu dan intan = ibuintan.  Nasib baik dua-dua perut tebal, kalau tak mahu berebut tandas.

                Setelah dimasak. Inilah hasilnya.

//syukur dengan rezeki hari ini. Terima kasih kepada adik ipar dan isterinya.  Moga makin murah rezeki mereka.




13 ulasan:

cik cek berkata...[Reply]

Sedapnya...macam2 ada.....:)

tunz berkata...[Reply]

kecur ayaq liuq mama tunz

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..walaun gambar..tetap kecur air liur ni.
kundang ooo kundang..sedapnya..

azlina 3 berkata...[Reply]

sedapnnya kecur di buatnya...

ibuintan berkata...[Reply]

cik cek... pemberian adik ipar, syukur rezeki hari ini

ibuintan berkata...[Reply]

mama tunz... kecur tang mana tu?

kundang mestinya kan!!

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna... hihihi skarang ni musim kundang juga kan, banyak orang jual di tepi jalan


memang kecur air liur

ibuintan berkata...[Reply]

Ina... tu la, orang pompuan mesti kecur bab asam2 camtu kan

MulutPayau berkata...[Reply]

Tak tahan tengok buah kundang tu...mnggoda betul...

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

amboi garenti sedap tu, masak lomak ayam kampung orang nogori terbaek:)

pizet berkata...[Reply]

kak kuih tu tempat pz panggil cucur jawa...x faham gak kenapa panggil macam tu...sedap la

azieazah berkata...[Reply]

KAK, lama sungguh saya tak merasa ayam kampung gulai lemak camtuh!

Ratah best tuh...

NzA berkata...[Reply]

Alhamdulillah, rezeki yg datang mencurah2.......
sedapnya gulai ayam tu.....masak lomak ek kak????