Followers

Khamis, 3 November 2011

Nona dan srikaya..... dua-dua manis.

                             Buah srikaya ini hampir masak setelah masak warnanya juga kekal begitu.

Semalam ibuintan buat entri tentang buah srikaya.  Tijah, Pizet, kakcik dan Kaklong kata buah itu juga dipanggil buah nona.  Mungkin lain tempat lain nama panggilan untuk buah ini.  Di tempat ibuintan buah ini memang dipanggil buah srikaya.Buah srikaya ni masak ke muda ke... warnanya tetap sama, tetap hijau cuma bila telah masak kulit dan isinya menjadi lembik.  Sebab itu bila dah besar perlu di check selalu, perlu dipegang untuk tahu dah masak atau belum... selagi belum masak kulitnya masih keras. 

                     Gambar carian dari tok gugel.  Yang warna merah itu ialah buah nona yang telah masak dan sedia untuk dimakan.

Sementara buah yang ini baru dipanggil buah nona.  Semasa kecil dulu dibelakang rumah ibuintan ada sebatang pokok nona ni.  Dan ibuintan suka makan buah nona yang telah masak.  Buah nona yang telah masak  baunya sangat wangi dan rasanya juga manis.  Bila masak buah nona ini akan bertukar ke warna kemerahan.  Bila warnanya merah saja maknanya buah nona ini telah sedia untuk dipetik dan dimakan.  Kalau tak silap bijinya juga seakan biji buah srikaya, bewarna hitam.

Buah srikaya (Annona squamosa) dan buah nona  (Annona reticulata L) maknanya  kedua buah ini adalah sedara kandung.... sebab nama Annona tu mestilah nama famili mereka..  hahahaha betul la tu!  adik beradik sama bapak lain emak kot... pandai la ko ibuintan!! 



Daunnya juga seakan sama tapi berbau lebih kuat dari daun pokok srikaya.  Juga selalu digunakan untuk dibuat jaram kepala.




12 ulasan:

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Masa singgah di Hentian Sebelah Bukit Gantang, ckLah ada beli 2 biji. Saja pilih yang mengkal sikit. Sampai rumah, tak ingat langsung nak keluarkan....sedar-sedar dah busuk. Hmmm, kempunan. :D

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Teringat masa kecik2 dulu. Ada sebatang pokok belakang rumah.

Saya suka yang jenis nona siam. kecik sikit.

Teringat cerita emak.Emak amik sikit bahagian buah nona yang masak yg kena makan dek burung untuk bagi adik yang baru nak mula bercakap makan supaya petah bercakap...

Nak jadikan cerita ....memang semua anak2 emak 'banyak cakap' hehehe...

NzA berkata...[Reply]

kiranya brbezalah spesis ni ye kak...saya suka buah nona tu...lama xmkn.

Totie@Tomy berkata...[Reply]

dulu arwah kawan saya suka makan buah nona..tp saya tak pernah try..

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..akak pun panggil nona gak..satu keluarga la tu..tapi dah biasa panggil custard apple..sobab yang jual dikedai buah yang bosar2 tu..custard apple di panggil e..

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Ooooo... serupa tapi tak sama, rupanya. Terima kasih Ibuintan sebab tolong memperjelaskan. :)

kaklong berkata...[Reply]

laa..lain ghupo ea..kehkehkeh!!

Ibuhani berkata...[Reply]

dua2 buah x pernah makan....tp nona tu konalah..... :))))

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

IBU, IYO KE, TEMPAT CIK INA PANGGIL BUAH NONA. SEDAPNYA .FIRST TIME DENGAR BUAH SRIKAYA NAMA LAIN NONA.

Akak Kembang berkata...[Reply]

Masa kecik2 selalu makan buah ni..sedap..sekarang dah ssh nak jumpa kat kg ALin..

MulutPayau berkata...[Reply]

masa kecik2 dulu sllu makan buah nona..bnyak kat kg..skrang ni susah nak cari...

Nuwairani berkata...[Reply]

tak pernah tau pulak...makan pon tak pernah...huhuh