; 'kudis biasa saja tak bahayalah. Saya kasi suntik ya' kata dr Kamal. Along yang memang penakut dengan jarum, mungkin juga sebab malu bila hendak disuntik meminta ibuintan keluar dari bilik doktor ..'ibu tak payah tengok' katanya.
Keluar saja dari bilik doktor Along dengan perasaan terkejutnya bercerita. 'Ibu ...doktor tu eloklah, dia suruh Along baca Bismillah dan selawat, nak cucuk sikit je, dia pun ucap Bismillah dan selawat sekali. Doktor tu kan Cina' kata Along. Laa Along tak tahu rupanya yang dr Kamal tu seorang Muslim. Dah lama masuk Islam. Isterinya juga seorang doktor... berbangsa Melayu. "Ohhhh patutlah" kata Along.
Semasa menunggu mengambil ubat dan membuat bayaran dikaunter, ibuintan terpandang notis di bawah.
Hari Jumaat ni hari akhir persekolahan untuk sesi 2011 ini. Bermula saja musim cuti sekolah maka musim berkhatan pun bermula. Sempat bertanya pada kerani dikaunter, jawab kerani berkenaan 'dah penuh untuk sepanjang bulan November dan Disember ni'.. Mak aii bayangkan tu betapa ramai agaknya yang masuk jawi hujung tahun ini. Tu baru di satu klinik. Memang pun sebab ibuintan pun dah dapat jemputan kenduri khatan pada hari Sabtu dan Ahad minggu ini. Anak murid sendiri yang mengundang.
"Kamu tak takut ke, sakit tau, putus tu' ....hahaha tak senonoh punya cikgu, ..
."ala cikgu, doktor tu bius dulu lah , tak rasa pun"
' Eh, mana kamu tahu, kamu tak sunat pun lagi' .
.......hehehe ....budak tu tak tau yang abahnya masa bersunat dulu meraung dan lari keliling rumah sebab takut dengan Tok Mudin. Ibuintan tahulah sebab abahnya tu anak jiran sekampung ibuintan semasa kecil dulu. Ibuintan datang semasa kenduri abahnya dulu. Tapi taklah nak bukak cerita pulak, nanti malu pulak si abahnya tu.
Zaman 70an masih guna khidmat tok mudin lagi, jarang sangat yang bersunat dihospital begitu juga diklinik. Ada juga kes kendurinya langsung tapi bersunatnya tak jadi sebab terlalu takut. Rasanya sekarang tok mudin pun dah tak wujud lagi, dah pupus satu lagi kerjaya tradisional. Budak-budak sekarang pun mungkin tak pernah dengar nama Tok Mudin. Bila ditanya semuanya tak tahu siapa dan apa tugas Tok Mudin tu. Biasanya bila mengajar tema 'Pekerjaan', ibuintan sebut juga Tok Mudin sebagai salah satu kerjaya orang dulu-dulu. Boleh buat duit Tok Mudin dulu-dulu. Special lagi.. datang berjemput pulang berhantar.
Kalau tak silap masa tu ada dua orang tok mudim yang amat digeruni oleh budak lelaki .. seorang dipanggil Mudim Hasan dan seorang lagi Mudim Johol. Memang pemes dua nama tu,, mungkin sekarang keduanya tu dah arwah pun.
Disebabkan ibuintan dari kecil telah dibawa ke setiap majlis kenduri dikampung maka banyak juga kenangan majlis bersunat yang masih ibuintan ingati... banyak yang lucu bila dikenang-kenangkan. Di daerah sini masih ada kenduri majlis berkhatan ni. Jemput jiran , pasang khemah malah kekadang ada juga yang sembelih lembu dan majlis berkhatam Quran juga jika budak itu telah khatam mengaji.... meriah jugaklah. Banyak jugalah budak yang bersunat tu dapat 'upah'. Along dan Azim dulu mencecah juga seribu RM diorang dapat. Masakan tidak ada yang hulur RM50.... RM10 dan RM5 tu majoritinyalah. Selain disimpan dapat jugalah mereka menunaikan impian.... Along beli basikal BMX yang agak mahal juga masa tu serta PS2 untuk Azim.
18 ulasan:
sekarang kalau tak book awal2,melopeh la jawap ea,sebulan sebolom cuti mesti kono book dulu...
sebaik anak lelaki kaklong sorang yo...tu pun dah sunat dah tahun lopeh....
kenduri,uwan ea yg sponser..
mama ea cumo sedio an gift tuk tetamu yo..heheheh!
wah.. dah sunatlah sibujang tu yo
untunglah uwan ea sponser
SALAM,
EH, TERINGAT LF. ADA PROBLEM !
Anak saudara PR sorang ade kene berkhatan tahun ni
lega bila Along & Angah dah selamat khatan tahun lepas.
Nyilu si Angah punyalah lama....
hehe...kesian tengok dia.
musim berkhatan plak yea..:)
moga along cepat sembuh...
ibuintan,
ayu rasa ada produk tambahan... cuba ke farmasi
Banyak duit Along dengan Azim dapat tu, meriah...boelh beli basikal n PS2 lagi, rezeki orang berkhatan kan ibuintan..
salam ziarah,
La ni dah canggih,budak2 pun dah tak takut dah bila depa dengar nak bersunat....Bagus la ..lagu tu,dulu ni bila nak bersunat ja...jenuh nak ligan depa satu kampung....ha.ha...
sy dah start dengan doktor
Peristiwa yang mungkin orang lain tak pernah terjadi...anak lelaki ke 2 kak Zai masuk wad dulu,pujuk bagi dia tenang baru potong hahaha...
itu tak termasuk dengan kenduri khatan nya sekali kan kak..
meriah sungguh..
sya tak merasa nak sambut macam tu dgn si bujang nan sorang, sebab masa oprate tu dia di sunatkan sekali.
'abah' tu kalau jumpa ibuintan malu x haha
kak..kudis kenapa anak akak tu..cuba try letak propolis tgk..
dulu kalau sebut tok mudin semua budak2 lelaki kecut ttp skrg kalau sebut brkhatan depa slamber je..xtakut pn........
terkenang kembali memori berkhatan dulu hhuuhhuuuu
time cuti2 sekolah ni ramai la ye...
sekarang ni klu bekhatan lebih mudah dan ringkas berbanding dulu,.kerana ada kepakaran doktor...
dulu2 rumit sikit yee..
bila cuti skolah.....ramailah yg berkhatan....tapi skrang ni lebih mudah......Anak saya pun brthu tak sakit...dia keluar dari bilik dr dgn senyum memanjang...kita pulak yg ngeri....
Catat Ulasan