Followers

Sabtu, 19 November 2011

Hepi Ending... tutup buku lama , buka buku baru.

Selamat bercuti kepada semua warga sekolah... cuti yang panjang dihujung tahun.  Moga dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Semalam hari terakhir sesi persekolahan juga hari terakhir ibuintan di sekolah itu.  Dengan sebab-sebab tertentu ianya menjadi hari yang amat ditunggu-tunggu .. Bak kata omputih jadi 'hepi ending' walau ada babak sedih di awal cerita.  Pindah sekolah tak jauh pun, balik kampung sendiri saja, seperti dalam ucapan ibuintan semalam, berpindah sebab nak beralih angin, moga angin baru membawa  semangat baru demi mendidik  anak bangsa, Selain itu' nak buat jaringan sosial yang baru', nak tambah kawan baru, anak murid baru serta tambah kenalan dan kawan baru dikalangan penjaga juga. 


Tempat lama bukan tak bersemangat, semangatnya tetap sama malah kekadang lebih dari jangkaan namun ada masanya pula semangat itu dimatikan oleh yang  sepatutnya.  Kecewa dan hampa sering bertandang tak seiring dengan keinginan dan iltizam.   Moga Allah memberi kekuatan dan semangat baru ditempat baru nanti.

Hanya Dia yang maha mengetahui apa yang ada dan apa yang dirasa selama ini.  Anak murid dan penjaga yang ditinggalkan tidak bersalah, mereka menjadi sebahagian pendorong kuat yang membuatkan ibuintan bertahan di sana selama 14 tahun.  Namun, walau ke mana berpindah tujuan dan matlamatnya tetap sama, berbakti demi anak bangsa dan demi rezeki yang dicari.  Niat dan keikhlasan tetap sama, itulah modal utama setiap bergelar guru.  Niatnya tetap tak lari dari mendidik dan memberi ilmu, campaklah ke mana saja.

Namun hati manusia, kekadang tercalar dan tercabar juga.  Bukan pinta disanjung tapi cukuplah sekadar dijaga.  Buat yang berkuasa ..pandanglah dengan mata hati, bezakan yang ikhlas dan yang ada makna.  

                            Kenangan terakhir.

18 November 2011.
Jam 12.15 pagi...


 Hati berbunga walau kali terakhir lalu di sini.








20 ulasan:

Unknown berkata...[Reply]

Salam IBuintan..
pindah sekolah ye...mudah2an di tempat baru nanti lebih bersemangat mendidik anak bangsa..saya pun sdgn tggu keputusan kena pindah dimana...tak tahu apa hala tujuh hidup selepas ini di tempat baru..mudah2an semuanya ok.

Acik Erna berkata...[Reply]

assalam ibuintan.semoga cepat dapat menyesuaikan diri di sekolah baru.
dan tabah dalam apa jugak yang bakal dihadapi..kemungkinan2 apa yang dirasa ditempat lama akan dirasai jugak ditempat baru..perlu diambil kira dan hadapinya dengan tabah.

ibuintan berkata...[Reply]

salam Ida NS.. berpindah jugak ye.. moga kita sama2 berjaya dan bersemangat di tempat baru kan, kita menentukannya

kaklong berkata...[Reply]

yang lamo kenangan...
yang baru,pengalaman..


selamat berjuang di tompek baru!

ibuintan berkata...[Reply]

trima kasih kak erna... betul tu, saya memang bersedia dgn kemungkinan yg bakal dihadapi

harap ditempat baru, mereka yg sedia ada dapat menerima saya dgn baik dan terbuka

ibuintan berkata...[Reply]

botul tu kakLong... begitulah yg diharapkan

NzA berkata...[Reply]

Begitulah kita, trkdg perlu brkorban hati n perasaan utk memuaskan hati org lain..
Appun semoga akak lebih brsemangat ditempat baru dgn suasana baru dan dikelilingi rakan2 yg baru.....

zul permatang badak berkata...[Reply]

cuti panjang......selamat bercuti..........

tahun baru...tekadkan azam baru,moga ada kesesuaian....ditempat baru.....

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

sedih plak baca ayat bawah tu. cik ina doakan semoga ibu intan bahagia dan dapat menyesuaikan diri kat sekolah baru nanti ye. selamat bercuti.

IMANSHAH berkata...[Reply]

Salam ibu..

semoga lebih bersemangat di sekolah baru

dalila berkata...[Reply]

selamat bercuti......

MulutPayau berkata...[Reply]

selamat bercuti...

Semoga ibuintan gembira dan bersemangat di tempat baru....

sal berkata...[Reply]

selamat berhijrah..moga situasi dan di tempat baru memberikan lebih kekuatan untuk terus berkhidmat..

Mohamad berkata...[Reply]

Selamat bercuti.. dapatkan rehat yang cukup untuk permulaan sesi baru..

ahmad humairi berkata...[Reply]

selamat membuka buku baru...

azieazah berkata...[Reply]

Tempat jatuh lagi dikenang. Semoga tempat baru akan memberikan makna dan semangat yang lebih membara.

Selamat bercuti IBU INTAN.

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Selamat bercuti...lalu bertukar angin.

azi berkata...[Reply]

Salam Ibuintan..
Selamat bercuti...
Semoga tahun depan, di sekolah baru, akan memberikan pengalaman indah buat Ibuintan...:)

Tanpa Nama berkata...[Reply]

Selamat berpinda ke tempat baru. Jumpa kawan baru dan suasana baru.

Pn Kartini berkata...[Reply]

Assalamulaikaum IbuIntan..

Moga akak happy d sekolah baru yaa..:)
Selamat Bercuti kak..:)