Followers
Rabu, 2 November 2011
Buah Srikaya.
Pernah tak makan buah ni? Ibuintan memanggilnya buah Srikaya. Di sudut luar pagar halaman rumah ibuintan ada sebatang pokok srikaya ini. Rajin berbuah. Sentiasa ada beberapa biji buahnya. Tapi tak siapa yang berminat untuk memetik dan memakannya. Budak-budak sekarang langsung tak pandang pun buah ini, jauh sekali hendak merasanya.
Ibuintan selalu juga petik buah srikaya yang telah masak. Tapi sayang selalunya dibuang saja selepas dibelah. Tak ada siapa yang berminat. Ibuintan sendiri tidak suka memakannya. Selain baunya, isinya juga terlalu manis. Petang tadi juga petik sebiji yang telah masak tapi tetap tak bermakan, tetap tak ada yang berminat. Akhirnya buang begitu saja. Rezeki ayam, sedap je nampaknya ayam-ayam tu mematuk sampai habis.
Tapi daunnya selalunya berguna. Ada makcik2 yang suka memetiknya untuk dibuat jaram dikepala sekiranya ada yang demam. Beberapa helai daunnya akan diramas dalam air dan air dari ramasan ini akan disapukan dikepala anak/mereka yang demam. Biasanya akan dicampur juga dengan beberapa helai daun durian belanda juga. Cepat menurunkan panas badan kata mereka.
Ibuintan sendiri semasa kecil dulu setiap kali demam panas, arwah emak akan jaramkan kepala dengan air ramasan daun ini. Memang menyejukkan. Tapi kini untuk anak sendiri tak pernah pulak buat.... kalau anak demam selalunya tekap saja dahi mereka dengan tuala lembab, tak pun beli 'cool fever'. Mudah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
16 ulasan:
selamat malam ibuintan.. first time ayu tengok gambar buah serikaya tu...
banyakknya khasiatnya..
sunggguh ayu tak tahu
thanks syer ttg buah ini ya
PS: tahniah ibu, anda berjaya meneka, nanti hantarkan butiran ke email ayu ya
sedap buah ni....walaupun banyak biji, tapi kita makan guna sudu.....kikis isi yg sikit tu...
manis bersari......
dulu masa kecik2 selalu gak makan buah ni. sekarang susah dah nak jumpa
bukan buah nona ko kak?
pz panggil buah nona...kala tgk dari gambar tu la...sedap ni isi dia
Buah serikaya ini 'seerti' dengan buah nona, kan? :)_
buah nonaaaa!!
susah dah nak jumpo..tapi klu jumpo pun bdk2 ni mesti tak kona apo namo eah...
x pernah makan jugak buah ni.....n br tahu kegunaan daunnya.....TQ ibuintan.... :)))
dah lamo tak nampak buah ni. Maso kekocik dulu uwan ado tanam..
ibuintan..alahai..apo tak cakap.akak suko betul makan tu..kadang2 ye dapek boli kek pasar tani.sedap..wangi je bau dia..
Buah seri kaya.....ermmmm.... pengetahuan baru buat saya.
ini lah first time sy tgk dan dgr nama buah ini, ibu... rasa jauh sekali huhuhuhh....
p/s: agak2 boleh goreng ke ibu buah ini???
Assalamualaikum Ibuintan
nanti saya dtg ambil....he he
Wassalam
first time tengok...
klu dekat..ingin juga nak merasanya..
Kalau kak Zak tak silap buah tu juga dipanggil buah nona,rasa dia macam buah durian belanda, banyak biji kan.
salam, kebetulan final projek saya guna pokok ini sebagai konsepnya, sama kan dengan buah nona?
Catat Ulasan