Seusai membaca Yassin malam semalam, ibuintan menerima panggilan telefon daripada seorang kenalan rapat. Tidak pernah dia menelefon. Perbualan yang singkat saja... tujuannya mengajak ibuintan keluar. Bila ditanya 'apa halnya' Katanya saja mengajak keluar. Hanya ibuintan seorang, mesti dan tunggu pukul lapan setengah, dia dan suami datang menjemput. Walau diberi alasan atau minta tangguh hari lain, dia tetap meminta (paksa) ibuintan mengikutnya keluar malam itu juga. Bila memaksa begitu yang terlintas difikiran mungkin rakan ini mengajak makan-makan di luar.
Disebabkan dia hanya mengajak ibuintan seorang, maka ibuintan masak dan menyediakan makan malam untuk anak-anak dan abahintan dahulu. Tepat lapan setengah malam, dia sampai bersama suaminya. Sepanjang perjalanan kami berbual dan bertanya khabar masing-masing tanpa ibuintan tahu arah tujuan kami. Hanya mengikut saja. Lebih kurang 20 minit, kamipun sampai ke tempat dituju. ibuintan hanya terbayangkan mereka berdua hendak membelanja makan malam sebab tempat yang ditujuinya pun memang ada beberapa kedai makan yang hanya dibuka pada waktu malam saja.
Jangkaan ibuintan silap. Dengan tiba-tiba rakan ibuintan menarik ibuintan menaiki salah satu tangga yang terdapat di deretan rumah kedai di kawasan itu. Banyak kasut dibahagian bawah tangga. Hati mula rasa cemas dan tertanya-tanya. Belum sempat bertanya,'kami telah disambut oleh beberapa orang wanita yang sangat peramah'. Memang sangat peramah. Ibuintan hanya terkedu dan terpinga-pinga. Terus dibawa masuk ke dalam sebuah bilik. Dalam bilik itu sedang berlangsung satu sesi ceramah. Ada juga lebih kurang 20 orang remaja perempuan sedang tekun mendengar ceramah yang disampaikan.
Rupanya satu ceramah bisnes 'menjadi jutawan'. Berdegar- degar dan berapi-api sipenceramah itu memberi penerangan dan penjelasan untuk menjadi jutawan. Ibuintan terduduk saja bagai orang bodoh... memang bodoh, sesangat bodoh rasanya waktu itu. mendengar saja tanpa apa-apa reaksi... yang ada dalam hati hanya marah, marah dan marah yang teramat. Sesekali bila sipenceramah menyoal ... ibuintan hanya mampu buat bodoh, langsung tiada respon.
Memang tak jangka, sedangkan sirakan dan suaminya begitu bersemangat, sesekali bertepuk tangan dan menjerit memberi sokongan bersama barisan 'wanita yang peramah' tadi serta beberapa 'ahli pengedar'yang kononnya amat berjaya. Berjayalah kononya sebab masing-masing memakai kot walau dalam bilik yang tak berapa sejuk tu. Bergaya untuk menunjukkan mereka hebat... kononnya. Memang sakit hati sungguh dan tambah menyakitkan hati ibuintan terpaksa memekakkan telinga mendengar tiga slot yang amat bongkak dan tamak bunyinya.
"INILAH LUBUK EMAS KITA, YANG TAK INGIN MENDAPATKAN EMAS ITU IALAH ORANG YANG MALAS DAN SANGGUP HIDUP MISKIN SAMPAI MATI'
Hanya cara untuk mendapat puluh ribu, ratus ribu malah jutaan ringgit yang disebut. Dan yang paling penipu tu semua itu boleh di dapati dalam jangkamasa tiga bulan hingga setahun saja. Cisss... Malah boleh mengatakan betapa bodoh dan miskinnya orang yang hanya bergantung pada gaji bulanan saja. Nampak sangat tujuan dan matlamat hidup mereka adalah duit..duit dan duit.
Sanggup mengutuk pada orang yang kononnya buta mata sebab tidak menyertai mereka, tidak menjadi ahli dalam bisnes mereka. Yang pelik pulak tu si penceramah itu, yang ibuintan kenal, seorang kakitangan kerajaan dan masih bekerja makan gaji. Bagi ibuintanlah kalau dah betul income sebulan puluhan/ratusan ribu dan menurut katanya juga dalam masa terdekat bakal bergelar jutawan... tak hinggin dah ibuintan kerja lagi tambahan gajinya pun dalam kategori miskin jugak.(spt katanya)
Semasa rehat sebentar di antara slot ceramah, ibuintan sempat menyuarakan rasa kesal kepada rakan dan mengajak dia balik segera. Ibuintan juga menyatakan kesal sebab tidak diberitahu tujuan asal dia mengajak keluar. Sipenceramah (kononnya yang paling berjaya dalam kumpulan itu) yang terdengar perbualan kami sempat menyampuk.. 'kalau diberitahu puan nak datang tak, mesti tak hendak kan'. .. rupanya strategi mereka ialah ajak dan jemput rakan keluar dan bawa tanpa diberitahu tujuannya. Memang hampeh punya strategi.
Dan malangnya lagi, kalau nak menjadi ahli pun seeloknya jangan berbincang dulu dengan ahli keluarga/suami/isteri, dah jadi ahli baru boleh beritahu mereka.. alasannya nanti mereka tak setuju. Apakah itu, tak boleh pula suami isteri berbincang dulu, ni melibatkan duit yang banyak... ada beberapa pakej yang ditawarkan... nak lambat kaya ambil yang murah, kaya cepat sikit ambil yng sederhana, kalau nak kaya cepat ambil yang termahal... ribu-ribu tu.
Hendak tak hendak, ibuintan masih juga menjaga airmuka rakan dan suaminya, ibuintan tidak mendesak mereka menghantar ibuintan balik dengan segera, dah terlanjur apa salahnya mendengar janji manis dan kehebatan mereka mengejar gelaran jutawan. Hebat sungguh impian mereka. Segala-galanya adalah wang, wang dan jutawan.
Selain ibuintan, ada juga beberapa orang makcik malah dah bertaraf nenek pun, rasanya dah lebih umur 60 tahun dibawa mendengar sama. Kesian sangat bila ibuintan bayangkan jika nenek2 itu terpaksa menjadi ahli dan menyertai mereka. Bayangkan duit yang akan mereka keluarkan dan di usia begitu mengapakah nenek2 itu diseret sama ke dalam bisnes ini. Bayangkan jika menjadi ahli, bolehkah nenek2 itu mencari ahli baru/downline, jika tidak ada ahli di bawahnya, bolehkah nenek2 itu mendapatkan kembali jumlah duit yang telah dilaburkannya.
Slot itu berakhir hampir pukul sebelas setengah malam dan ada di antara nenek2 itu telah terlentuk dan terlelap di tepi dinding. Malang sungguh nasib mereka. Nampak sangat demi mengejar bonus beribu-ribu sebulan mereka tidak peduli siapa yang menjadi mangsanya. Kekayaan dan kemewahan menjadi matlamat utama mereka nampaknya.
Semasa keluar, turun saja dari bangunan itu, ibuintan tercari-cari mana kereta mewah kepunyaan mereka, tak nampak sebijik pun, kereta setaraf ibuintan tu adalah beratur di parking tu, kereta mereka saja yang ada lagi ketika itu. Semua kedai telah ditutup sewaktu kami meninggalkan tempat itu.
Syukur... dengan pendapatan ibuintan sekarang, jumlah yang sentiasa disebut-sebut dalam slot ceramah itu sebagai miskin, miskin dan miskin, namun ibuintan amat menghargainya kerana itulah rezeki hasil usaha dan titik peluh sendiri.
//buat rakan... ibuintan tidak mengejar gelaran jutawan, dan tidak ada dalam impian pun menjadi jutawan.....maaf dan jangan hubungi lagi kalau itulah tujuannya.