Followers

Jumaat, 8 Julai 2011

Tempat tu keras.....abang jangan buat perkara tak senonoh!


Horeeyyy!!.. Komputer dah sihat, lanun-lanun pembawa virus  telah dapat ditumpaskan....namun ciss, rabak jugak dompet den!  Nasib baik teknisen di sekolah tu mahu menolong, upahnya 'kira sedaro' katanya... maknanya sendiri berilah berapa yang patut.... patut tak patut, takkan duoposen lak ...kan.  


Nasib baik ianya tidak mengganggu semua fail dan gambar-gambar yang tersimpan,  kalau tak meraung sekali lagi. 

Hari ini nak kongsi gambar dan cerita tentang pantai ini lagi.  Hujung minggu lepas kami sekeluarga ke Mersing lagi,  Melawat 'siputeri' nan seorang itu.  Tidur semalaman di sana.  Kami sampai pada pukul lima petang sebab bertolak lewat, pagi ke sekolah dahulu kerana program larian 1MSM pagi Sabtu lepas. 



Kami daftar keluar dari hotel pada pukul 12 stengah tengah hari Ahad.  Seperti biasa kami akan ke Mersing Kanan sebelum menghantar Intan balik asramanya semula.  Ke Mersing Kanan untuk membeli keropok dan makan tengah hari.





Setelah beberapa kali ke pantai ini, inilah kali pertama kami dapat bermain air di tepi pantai.  Airnya yang sangat jernih.  Nampak dengan jelas anak-anak ikan berenang dengan bebas malah ala-ala jinak merpati pula .....  mengerumuni kaki kami.  Along sangat teruja cuba menangkap anak-anak ikan tersebut, namun gagal... ..mustahil dapat menangkap begitu sahaja.  Bot nelayan yang ditambat di situ juga menjadi tempat permainan dan tempat sesi bergambar mereka bertiga.  Termasuk ibunya juga.....


Satu keistimewaan lain juga, airnya tenang dan tidak berombak sangat.  Hampir setengah jam kami leka bermain air di sini, sehinggalah abahintan mengingatkan kami......


Kalau sebelum ini kami pernah ke tempat ini dan waktu yang hampir sama...  ceritanya di sini
Malah beberapa kali selepasnya juga berkeadaan begini, ...airnya jauh ke tengah.   Kami suka ke sini kerana selain tempatnya yang cantik, tempat ini juga berhampiran Mersing Kanan di mana kami selalu singgah untuk membeli keropok dan ikan masin.  Malah tempat makan kegemaran kami juga terletak berhampiran sini... makanan sedap dan murah pastinya.

Beberapa minggu lepas heboh diperkatakan Mersing di landa puting beliung, di sini jugalah tumpuannya.  Berhampiran pulau yang kelihatan dalam gambar di atas.


                         Gambar ini (kredit kepada aidiryatim)  gambar puting beliung ini juga di ambil dari tepi pantai yang sering kami kunjungi ini.  Abahintan juga suka ke sini  kerana dia selalunya akan berbaring untuk melelapkan mata sebentar  atau menghilangkan penat  sebelum menempuh perjalanan balik  selama 4 jam ke Kuala Pilah.....di pondok yang beratap biru tu.... pondok itu berlantaikan marmar puith dan berketinggian lebih kurang satu kaki, memang di sediakan untuk pengunjung berehat dan makan-makan. Selalunya abahintan akan terlelap di sini, tambahan pula dibuai angin nyaman dari laut.... segar dan tidak panas sangat.


Biasanya sementara menunggu abahnya tidur, anak-anak dan ibunya bersantai di sini.... tapi ibunya taklah berani nak berbuai sama,, takut menyembah bumi...hahaha.




Malam Ahad, seperti biasa juga jika bermalam di sana, si abah yang suka memancing, walau tidak memancing tetap akan ke sini, mengadap kaki pancing yang menghabiskan masa memancing di muara Sg Mersing ini.  Yang hebatnya juga kebanyakkan mereka datang memancing bersama keluarga, ada yang membawa anak kecil bersama.  Muara sungai ini ditengah bandar, di belakang mereka ialah supermarket.  Ibuintan selalu memancing kat belakang tu je..!!


Semasa abahintan menemankan seorang pemancing dan dua anaknya, mereka sempat berbual-bual. Pemancing itu berasal dari Rembau dan telah menetap di sana selepas berkahwin dengan seorang wanita yang berasal dari Kg. Tenglu , Mersing.  Pemancing itu memberitahu bahawa pantai yang sering kami kunjungi itu 'agak keras', menurutnya banyak kejadian pelik telah berlaku di sana... 'abang kalau ke sana, janganlah buat perkara tak senonoh' katanya.  Tak tahulah apa maksudnya dengan perkara yang tak senonoh tu sebab abahintan tak pulak bertanya dengan lebih lanjut.


Namun kami juga perasan satu perkara, walau pantainya bersih, tempatnya cantik, banyak bangku dan tempat riadah di laluan tepi pantai itu, kami jarang melihat pasangan muda mudi... kekasih tentunya yang melepak atau duduk berduaan atau berdating di sana.  Adakah itu kesan dari 'agak keras' itu... kami tak pasti.
Yang biasa kami lihat  ialah keluarga seperti kami juga, yang datang kerana menziarahi anak-anak di asrama kerana anak mereka  memakai pakaian rasmi sekolah mereka.


Kalau betul 'agak keras' kami harap kami tidak akan mengalami apa-apa kejadian aneh sekiranya kami ke sana lagi... kami tak buat apa-apa yang tak senonoh pun..


27 ulasan:

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum ibu..

sok ibu kene kerja kan...selamat bekerja ya...

p/s: ramai cikgu kt tempat saya kene kerja sok...

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam Shah,

haa... wajib kerja, atas nama Pelancaran Bulan Kecergasan


terima saja lah... kalau teringin nak berpoco-poco jemputlah datang

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Gambar pemandangan yang cantik akan sentiasa membuatkan kakcik teruja untuk menatapnya. :)

Ateh Nour berkata...[Reply]

Sallam Ibuintan,

Saya belum pernah sampai kesini,
cantik nampak pantai ini, pemandangan menghala ke pulai nampak tenang.

sud@is berkata...[Reply]

huhu bila agknya akan sampai kesini..aman n nyaman sekali

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..cantik2 gambarnya..suka akak tengok..

anie,Nagoya berkata...[Reply]

nak lepak kat tepi pantai.tenang kepala otak ni,smbil rehat badan yg selalu bz.bz sgt ke?entah le.nak g mersing jauh pulak.

cadang nak g pulau besar kat melaka.mak kata tmpt tu keras.nak lupakan niat g sana ke?apa pendapat ibuintan.kita ni tak le kuat semangat.

nak g pulau2 kat luar negara tu tak mampu.apa salah kita g tempat2 menarik lam mesia.kan?

NzA berkata...[Reply]

sy lama gak tinggal kt mersing...lbh kurg 7 thn..mmg best dok mersing cz bndarnya yg xgitu sibuk n yg plg best boleh mkn seafood yg segar tiap hari.....tgk gmbar ibu intan ttp2 rindu kt Mersing!!!!

ibuintan berkata...[Reply]

kakcik... saya amat meminati laut dan pantai

banyak koleksi gambar pemandangan sebegini

ibuintan berkata...[Reply]

LL... saya pun sampai baru tahun ni saja sejak anak dapat bersekolah di sana

saya memang suka suasananya .. sebab tepi laut

ibuintan berkata...[Reply]

S.U...

laut memang menenangkan namun ada kalanya menjadi ganas juga

seskali boleh saja ke sana kan..jalan2 Malaysia

ibuintan berkata...[Reply]

kakerna..

anak2 yang ambil tapi tempat tu memang cantik

ibuintan berkata...[Reply]

Anie... betul tu, anak masih menanam hasrat untuk ke Pulau Tioman

harap2 hujung tahun ni sampai ke sana

pulau2 Malaysia pun tak kalah dengan keindahannya

ibuintan berkata...[Reply]

Nza... yess, akak setuju

seafoodnya memang terbaek, suka sangat, sedap, fresh dan banyak pilihan serta murah pula

kalau rindu sesekali apa salahnya jenguk tempat lama

AHP Pie@Mohamad bin Wahid berkata...[Reply]

mmg koreh kek situ.
ado batu konkrit!
mau tak koreh, hehehe...

ibuintan berkata...[Reply]

AHP,

hahaha... komfom koreh

memang tau...., nama ea pun batu

Puan Kutu berkata...[Reply]

takut menyembah bumi yer?keke..

eelobor berkata...[Reply]

salam, terima kasih kerana sudi berkunjung. semoga kita terus dapat saling bertegur sapa

sal berkata...[Reply]

cantiknya pantai..
memang sesuai untuk hilangkan tensen dan riadah di sana..

harap percutian menggembirakan..

ibundo berkata...[Reply]

salam sabtu ibu intan,
upah kigho sedagho tu yng nak donga tu. Kalau somo e kigho sedagho maun takdo modal nak p[using haha..
osah tonang e laut tu. Cam takdo ombak yo..

ahmad humairi berkata...[Reply]

assalamualaikum,

tahniah atas kejayaan menumpaskan lanun-lanun tu...

kiranya meraikan kejayaan menumpaskan lanun-lanun tula ek di tepian pantai????

Pn Kartini berkata...[Reply]

Assalamualaikum my dear IbuIntan:)

Lama tak menjenguk niii...aduhaii

pe2..moga akak sihat2 di sana yaa:)

terpegun tgk gambar puting beliung tuuu...sempat juga diambil gambarnya tu kann...

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Jin dah syaitan memang ada ibuintan dan dinyatakan dlm al-quran. Namun jika kita berpegang pada tali Allah dan kita tidak melanggar sesuatu yg tidak senonoh seperti kata org tempatan itu insya-allah kita dlm perlindunganNya...

Cantik tempat tu....:)

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

ibu intan cantiknya permandangan pantai tu.sejuk mata memandang. bagus gak dorang takut ngan tempat keras supaya tak de pengunjung yang buat perkara tak senonoh kat situ. SELAMAT BERHUJUNG MINGGU IBU INTAN.

MulutPayau berkata...[Reply]

mmng cntik gmbar pmdngan pantai tu...teruja jugak nak ke sana...

kakngah berkata...[Reply]

tak pernah sampai mersing lagi..
:(

kasihibu berkata...[Reply]

salam kak..minggu ni ke mersing jugak lagi ke?