Followers

Jumaat, 22 Julai 2011

Ujian darah


Pagi tadi seawal pukul 7.30 telah berada di klinik kesihatan berhampiran, berdasarkan keputusan ujian gula dalam darah tempoh hari, maka hari ini saya dimestikan menjalani pula tiga ujian sekaligus. Sampel darah diperlukan untuk ujian saringan darah tinggi, diabetes dan kolesterol. Tak tahulah bagaimana keputusannya kerana ianya hanya akan diketahui seminggu lagi..

Ujian darah ini diambil ekoran keputusan ujian gula dalam darah serta tekanan darah yang berada di atas sempadan sebelum ini.  Harap-harap keputusannya menyebelahi dan berada di sempadan yang sihat.  Faktor umur serta keturunan menjadi faktor utama ujian ini dilakukan.  Memang pun saya ambil berat tentangnya, hampir setiap tahun saya dengan rela menyerahkan darah saya untuk diuji, dan setakat pemeriksaan terakhir tahun lepas hanya kolesterol yang sangkut. Itupun okey semula setelah mengambil ubat yang diberi oleh doktor.


Sementara menunggu untuk mengambil sampel darah sekali lagi , selepas meminum semug besar air gula (rasa nak termuntah dan terpaksa menelannya dengan siksa sekali) yang tersangat manis, maka saya dan beberapa (bakal)pesakit yang lain mendengar penerangan khas tentang pencegahan awal ketiga-tiga penyakit tersebut.  Kesimpulan daripada ceramah yang di dengar hampir sejam itu ialah makanan.... makananlah punca segala penyakit ini, makananlah musuh utama kita sekarang.  Nasihat akhir si penceramah ialah 'cekalkanlah hati untuk makan hanya mengikut keperluan tubuh badan bukan mengikut nafsu makan'....jangan jadikan perut sebagai tong untuk disumbat semua aneka makanan yang terhidang depan mata.


Selepas sampel darah ke dua diambil pada jam 10. pagi tadi, saya bergegas ke sekolah, sempat mengajar tiga masa akhir sebelum tamat waktu persekolahan pagi tadi.  Harapnya keputusannya nanti suatu keputusan yang menggembirakan.




//Hairan juga melihat kesemuanya yang membuat ujian saringan tadi ialah kaum wanita, apakah kaum wanita saja yang berisiko mendapat penyakit2 ini??









28 ulasan:

IMANSHAH berkata...[Reply]

kaum lelaki malas nak cek kesihatan

Rozali berkata...[Reply]

Assalamualaikum Ibuintan

moga Allah memberi kesihatan yg baik utk ibuintan sekeluarga, agar mudah utk beribadat pada Nya

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Wassalam

nyanyisunyi berkata...[Reply]

Assaalamualikum Ibuintan
mudah2an semua baik2 belaka...saya pun lama dah tk buat check up...kalau buat entah apa penyalit yg ada agaknya..mudah2an dijauhi penyakit yg merbahaya..

NzA berkata...[Reply]

moga keputusannya nnti mengembirakan akak...InsyaAllah..
utk kurgkan kolesterol tu akak cuba amalkan minum jus epal hijau tiap hr..Sy prnah cuba, alhamdulillah paras kolestrol menurun....

org lelaki takut nk p spital la kak...hi.hi.hi......

eelobor berkata...[Reply]

saya lak memang takut nak cek kesihatan sebab takut tak leh nak terima penyakit.... huhuhu

S..U..D..@..I..S berkata...[Reply]

kalau berasarkan pada makanan lelaki pompuan berkemungkinan mendapat penyakit ini...tapi lelaki memang takut checkup..betul x ibu intan

kaklong berkata...[Reply]

semoga semuanya terbaik buat akak...



kaklong pun lom ponah pekso tekanan darah,kok ado pun maso mengandung yo..peh tuuu....buek bodoh yoooo...ngeee!

ibundo berkata...[Reply]

salam ibuintan. Semuga semua baik-baik saja. Nak menunggu keputusan tu ada juga rasa berdebar2 takut tersangkut kat mana-mana, ye tak..
pokoknya, perut kena jaga...kan?

maiyah berkata...[Reply]

assalam..

jga kesihatan ya.. sy dah 40 dan mak sy kta kene jga mkn hehe tp lnggr gak

aku HIV positif berkata...[Reply]

ujian tersebut sebenarnya sgt penting terutama kepada yang berumur 35 tahun ke atas (dulu 40 tahun ke atas).

tahniah kerana peka dgn kesihatan diri. ramai yg tunggu sakit (termasuklah saya dulu) baru nak berjaga-jaga.

diabetes pula 'ibu' (bukan ibuintan ya... he3) kpd segala penyakit kronik tetapi ramai yang memandang remeh.

Acik Erna berkata...[Reply]

assalam ibuintan.akak selalau jugak pi ambik darah..tapi tu le..kolesterol je yang sangkut..masih dalam proses lagi..sempat kolesterol belum sampai ketahap yang dibenarkan..

ibuintan berkata...[Reply]

iman... mana leh cam tu, kena juga check bila tiba masanya

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam Atuk,

selamat menyambut Ramadhan juga buat atuk dan keluarga

Amin.... mudah2an begitulah atuk, kami diberi kesihatan yg baik sentiasa

ibuintan berkata...[Reply]

ida NS,

mualaikumsalam... sesekali kena juga membuat pemeriksaan kesihatan, moga kita beringat dan dapat mencegah dr penyakit yg membahayakan

ibuintan berkata...[Reply]

Nza... memang akak juga mengamalkan minum jus epal ni utk menurunkan paras kolesterol.. malah kekadang dicampur dgn peria sekali. berhasil juga

ibuintan berkata...[Reply]

eelobor,

janganlah camtu, kena periksa juga bila tiba masanya nanti

eelobor belum masuk zon kuning lagi, masih muda namun pentingkan juga menjaga kesihatan tu

ibuintan berkata...[Reply]

setuju tu SU.. lelaki rasanya takut ke hospital

kalau dah terpaksa baru mereka datang, harapnya belum terlambat masa tu ...kan

ibuintan berkata...[Reply]

kaklong.. jgn buek bodoh yo, sok2 kito gak yg susah

kito org pompuan ni byk penyakit dalaman yg perlu diambil borek

ibuintan berkata...[Reply]

kakpah,

memang raso ghisau yo, harap2 lopehlah sumo ea tu takut yo kok ado yg sangkut mandang an umor dah banyak ni



memang porut ponting di jago, punca segalonyo

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam Maiyah,

memang betul kata mak tu, makan kena kawal tapi tu lah yg paling payah nya pulak... nafsu makan membuak2, pantang jumpa

ibuintan berkata...[Reply]

AHP... memang saya sejak melepasi angka 40 setiap tahun buat medical check-up, berjaga2 sebab penyakit kronik pun dah menjadi warisan sekarang ni


kencing manis memang ibunya, kalau dah ada penyakit ini penyakit yg lain pun otomatik akan sangkut juga,..kan , macam jantung dan buah pinggang

ibuintan berkata...[Reply]

kakerna... dalam umur kita gini check-up itu perlu, sekurang2nya setahun sekali

saya pun dah sangkut kolesterol tahun lepas tapi stakat ni masih terkawal lagi tdk perlu makan ubat secara berterusan

insan_marhaen berkata...[Reply]

Yang sedap-sedap itu rupanya penyakit. Yang pahit-pahit itu rupanya ubat...

yang serononk itu membawa ke neraka. yang payah itu akan membawa ke syurga.

yang berseronok itu ramai kawannya. yang menangis itu, sikit yang menemaninya.

ahmad humairi berkata...[Reply]

Lelaki memang camtu...ego ada lebih sket.

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

entah bila lah saya nak buat...

;o(

kakngah berkata...[Reply]

makanan melayu kite ni mana boleh kurang dengan minyak dan santan. sesikit kang nak menumih.. kok lobo2 mano nak jalan.... tu sumo punco eh...

kaum lelaki pun sama je risikonya kak.. bezanya.. dah kronik baru depa nak g jumpa doktor.. :P

Cik Ina Do do Cheng berkata...[Reply]

Wanita memang senang dapat penyakit ibu intan , kita ni kan banyak sangat nak kena fikir. Hendaknya dijauhilah kita dari segala penyakitkan ibu, risau malas nak makan ubat rutin.

Kakzakie berkata...[Reply]

Kalau ikut persepsi kakak walau mungkin ramai wanita masa ujian itu tapi sebenarnya lelaki kurang ambil berat tentang kesihatan mereka (kakak lihat hubby kakaklah. Kalau kita tak bising dia buat tak tahu)....