Followers

Ahad, 30 Disember 2012

Pengubat duka.

Terima kasih ... Zaza!



Bungkusan yang dinanti telah selamat ibuintan terima.  Sangat berpuashati dengan cara penghantara dan pembungkusannya.  Terima kasih banyak-banyak.  Walau pernah kecewa sebelum ini namun ianya tidak memadamkan minat untuk terus berurusan secara online. Kekecewaan sebelum ini bukan bersama Zaza tetapi berurusan bersama peniaga online yang lain.  Bersama Zaza, ini merupakan urusniaga kali ke dua.  Dua-dua amat berpuashati termasuk harganya juga.  Kiriman Zaza kali ini terlewat beberapa hari  kerana masalah banjir yang melanda di negerinya.  Terlewat sedikit tak mengapa asalkan dapatannya tidak mengecewakan.  Barang yang diterima dalam keadaan yang baik bukan hancur lebur seperti sebelum ini.

Si teratai biru yang manis jelita inilah yang ditunggu dan dinanti selama ini.  Harap dapat tekonya pula lepas ni.  Kalau ada sesapa yang ada dan dah taknak lagi koleksi si teratai biru seperti ini bolehlah roger2 ibuintan... harga kengkawan la ye!





8 ulasan:

Izan Ishak berkata...[Reply]

cantiknya set ni ibuintan! suka izan tgk...

NzA berkata...[Reply]

cantiknya kak...warna yg sgt menawan...

Salmi berkata...[Reply]

Cantiknya.. Tak pernah lagi tengok set ni. Harap2 dapatlah tekonya nanti..

Nur-nba berkata...[Reply]

Cantiknya set pinggan-mangkuk akak ni..

ibuintan berkata...[Reply]

@Izan Ishak


cantik kan Izan... akak pun terus minat bila terpandang je set ni di blog zaza... akak suka set2 lama ni

ibuintan berkata...[Reply]

@NzA

biru kaler faberet akak , trus jatuh cinta bila terpandangnya

ibuintan berkata...[Reply]

@Nor Salmi


kalau akak dapat lengkapkan setnya, tak terkata akak tu... mesti hepi teramat

ibuintan berkata...[Reply]

@Nur-nba

hanya tu je yg baru dapat... nak cari lagi sampai lengkap setnya