Followers

Jumaat, 21 Disember 2012

Pantang ditegur.



 Assalamualaikum Sahabat2 semua.... terima kasih bebanyak kepada sahabat2 yang sudi meninggalkan komen di entri yang lepas.  Tiada kesempatan langsung untuk menjenguk blog atau berintenet selepas entri itu diterbitkan.


Ayat akhir di entri yang lalu; (Rabu - 19 Dis)


Hari ini.
Ya... nak ke sekolah lah ni, nak menyusun atur semula kelas yang dah ditunggang-langgangkan hari tu.  Hari ini hari ke lima operasi pembersihan.


Maka ibuintan dengan ditemani Intan pun bergerak ke sekolah untuk menyambung kerja-kerja menyusun dan mengemaskan kelas yang telah diselongkar sebelum ini.  Kerja-kerja mengemas kali ini mengambil masa sedikit sebab ibuintan mengecat sekali bahagian dinding bawah dalam kelas.  Bahagian dinding kelas ini kotor dan berconteng-conteng. Banyak kesan tapak kasut.  Kebetulan juruteknik makmal komputer juga sedang mengecat bangunan makmal berkenaan.  Makmal komputer terletak betul-betul mengadap kelas ibuintan.  Jadi cat yang ibuintan gunakan untuk mengecat kelas ialah lebihan cat makmal komputer itu.  Disebabkan kerja-kerja mengecat itulah maka kerja mengemas mengambil masa berhari-hari.  Kelas ini sebelum ini dipegang oleh guru lain.  Mulai tahun depan kelas ini berada di bawah jagaan ibuintan pulak itulah yang menyebabkan ibuintan ingin mengubahnya dan menyusun atur serta menceriakannya mengikut selera sendiri.


Bilik kelas yang ibuintan dapat kali ini terletak jauh sedikit dihujung bangunan.  Bangunannya bangunan lama iaitu bangunan asal sekolah ini dahulu yang tidak dirobohkan sebab bangunan ini masih elok.  Tahun lepas sekolah ini mendapat dua blok bangunan baru, satu blok empat tingkat dan satu lagi dua tingkat.  Blok kelas ibuintan hanya ada tiga bilik sahaja dan terletak antara blok dua tingkat di hadapan dan blok empat tingkat di hujung belakang.  Semasa ibuintan dan Intan mengemas kelas  hari Rabu yang lepas hanya kami berdua yang ada di situ, juruteknik makmal komputer bercuti.  Suasana sunyi saja.



Intan memasang lagu dari henfonnya dan menyambungnya ke speaker komputer dalam kelas supaya kuat bunyinya.  Masa hari Rabu hari tu, bunyi speaker tu kejap kuat kejap perlahan macam ada orang yang mengawal volumenya, sedangkan hari-hari sebelumnya tidak begitu.  Pintu kelas di depan dan belakang juga kejap buka kejap tutup.  Sentiasa tutup buka, macam ada yang asyik keluar masuk, nak kata di tiup angin sedangkan angin langsung tak  bertiup masa tu hanya angin dari kipas angin saja di dalam kelas.  Takkan angin dari kipas angin tu boleh menggerakkan pintu tu, hari-hari sebelum ni tak pulak camtu.  Kes tutup buka pintu berlaku berulang-ulang kali sehingga akhirnya ibuintan terpaksa menggunakan kerusi untuk menyendal ke dua-dua pintu itu.


Selain kes tutup buka pintu dan bunyi speaker yang kejap kuat kejap perlahan, ada juga kes gambar yang ibuintan ambil semuanya gelap.  Ibuintan ambil gambar menggunakan tab, hari Rabu tu juga hanya gambar di bawah saja yang dapat di ambil.


Hanya gambar ni sja yang dapat di ambil yang lain dalam empat keping semuanya gelap gelita.  Tapi sayangnya bila melihat semuanya gelap ibuintan terus delete semuanya.  Nak kata tab tu rosak tak juga sebab  bila Intan  ambik gambar dia, boleh pulak.  Aduih hai musykil jugak jadinya.

Tepat pukul 12.30, bila Intan dah bising lapar, kami pun balik.  Cadang hati nak terus ke Kuala Pilah tapi nak menyinggah rumah jap ambil henbeg dan Intan nak tukar sandal.  Tapi sampai je di rumah, kepala ibuintan terus berdenyut-denyut dengan teramat sakitnya disertai badan yang panas dan seram sejuk.  Kaki terasa amat sejuk, langsung batal nak ke Kuala Pilah.  Bayangkan tengah hari tu ibuintan menggigil kesejukkan, sampai pakai setokin lagi.  Bahagian atas badan panas, bahagian bawah teramat sejuk.

Langsung tak boleh buat apa, terpaksa berbaring saja.  Intan yang terpaksa masak untuk makan tengah hari dan malam.  Ibuintan yang sihat sebelum tu tiba-tiba saja demam mengigil. Sampai ke malam dan sampai juga ke petang semalam.  Kejap panas dan tiba-tiba sejuk hingga menggigil.  Dalam perut pulak terasa ada macam benda bergerak, lepas tu terus sakit perut yang memulas-mulas. Makan paracetamol langsung tak jalan.  Selalunya kalau demam mahu juga berpeluh selepas makan paracetamol, ni langsung tiada kesan.

Bila ubat demam tak jalan,  ibuintan amalkan minum air sejuk ditambah  sebutir garam kasar  dan di bacakan  ayat ke 29 dari surah Yassin, seperti yang di ajar oleh seorang ustaz dahulu. Alhamdulillah dengan izinNya demam ibuintan makin baik, malam tadi dapat tidor dengan lena.  Badan pun tidak lagi panas dan seram sejuk.

Ni kejadian ke dua yang ibuintan alami selama hampir setahun bertugas di sekolah ni.  Sebelum ini , kalau tak silap bulan Jun yang lalu.. ibuintan menegur seorang kerani sebab setiap kali lalu di laluan tepi pejabatnya ibuintan akan terbau bau minyak angin yang kuat.  Ibuintan tanya kerani tu 'siapa yang guna minyak angin tu" tapi kerani tu senyap saja sambil tersenyum.  Selang tak sampai sepuluh minit lepas tu, semasa di bilik guru ibuintan hendak duduk di kerusi tiba-tiba ada semacam bunyi 'meletup' dipinggang ... terus ibuintan terjerit kesakitan.  Rakan guru Pn rozyla terus mengambil minyak angin dan melumurkan ke pinggang ibuintan. ... pelik sangat tanpa sebab musabab terus sakit pinggang.  Tiga hari ibuintan menanggungnya hinggakan hari ke tiga tu terpaksa mengambil cuti sakit.  Bayangkan terpaksa membongkokkan badan untuk mengurangkan sakitnya bila berjalan.  Doktor buat x-ray tapi tiada apa-apa yang kelihatan, semuanya okey.  Atas nasihat kerani tu (dah berkhidmat belasan tahun di sekolah ni) dia cadangkan ibuintan berjumpa seorang ustaz "minta air penawar" katanya.  Alhamdulillah dengan izinNya juga sakit pinggang ibuintan sembuh kembali.

  Selepas itu barulah kawan-kawan yang dah lama bertugas di sekolah ini mengatakan ada beberapa kawasan di sekolah ini agak 'keras'.  Ye lah... dengarnya dulu di sini kawasan tentera Jepun membunuh orang kampung yang menentang mereka.  Kawasan blok bangunan baru tu juga ialah kawasan kubur lama zaman Jepun. Biasanya setiap pagi semasa dalam perjalanan ke sekolah, sebaik sampai dipintu pagar sekolah, ibuintan akan membaca  ayat kursi, fatihah dan ayat ke 29 dari surah Yassin serta minta dilindungi dari sebarang gangguan tapi hari tu ibuintan terlupa untuk membacanya sebab asyik berborak dengan Intan.  Memang terlupa sungguh.  Dah nak terkena.  Suratan atau kebetulan tak tahulah juga.






maksud ayat ke 29.... (Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.





8 ulasan:

Pn Kartini berkata...[Reply]

assalamualaikum my lovely ibuintan:-)
Suspen jee baca citer..seram sejuk..tambah lagi duk cuaca hujan nan sejuk nii...
Nampaknya...sekolah akak leh masuk lam misteri nusantara nihhh...

Pe2.. Mg ibuintan sentiasa dalam lindunganNya..amin:-)

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Heee... takut kakak cikgu. Tapi kalau ikut cerita cikgu ini bangunan lama tak mustahil 'dia' ada. Syaitan dan jin memang ada disebut dlm al-quran kita tak boleh nafikan. Cuma kita kena lebih kuat. (sebenarnya kalau kakak dah lari cikgu).

Moga cikgu beransur sembuh.

ayunidati berkata...[Reply]

semoga ibu intan dilindungi Allah...

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Anak2 jin dah mula sesi pembelajaran yg baru kot .... ngeeee

Dr K berkata...[Reply]

Ngeri tu kalau malam malam kena gi sekolah!

NzA berkata...[Reply]

begitulah juga keadaan sk nza kak, agaknya kwsan sk mmg mcm tu..malumlah bila cuti, ianya trbiar sepi tnpa penghuni..nza pn dh mula seram sejuk nk ke PSS minggu dpn..kt situ keras n mcm2 kejadian misteri trjadi. setakat ni cuma ada bunyi2 n ada yg menyerupai kwn2 kita....moga Allah sntiasa melindungi kita semua....

Ibuhani berkata...[Reply]

Kwsn ' keras' jugak tu.....smoga ibuintan lbh beringat tmpt cm tu. Amalkn ayat kursi setiap kali solat. Insyaallah.....pendinding diri.

citarasa rinduan berkata...[Reply]

mmg meremang bulu roma ayu.

ibu.. moga semua dipermudahkan..