Followers

Ahad, 23 Disember 2012

Musim orang berkenduri.

Alhamdulillah. Badan makin sihat, makin sembuh dari demam.  Semalam badan masih juga terasa sakit-sakit dan kepala masih terasa berat tapi tetap juga pergi mengikut abahintan  ke majlis kahwin anak rakan setempat kerjanya.  Ibuintan hendak sangat pergi ke majlis kenduri tu sebab keinginan hati untuk berjumpa bekas guru besar yang juga merupakan abang kepada tuan rumah.  Sudah hampir 15 tahun tidak berjumpa.  Syukur, akhirnya berjumpa juga semalam walaupun sekejap.

Cikgu Zainuddin  dan isterinya Cikgu Normah.. dua-duanya telah bersara. Moga Allah merahmati kehidupan ke dua insan yang amat baik hati dan bertimbangrasa ini.  Allah juga yang membalas segala budi baik cikgu Zainuddin selama beberapa tahun dia menjadi ketua kepada ibuintan dan rakan-rakan yang lain.

Hari ni ada satu lagi jemputan majlis perkahwinan. Esok pula ada  majlis kenduri akikah dan hari Selasa ada jemputan majlis perkahwinan lagi.  Gantung piuk untuk makan tengah hari tapi makan malam kena masak sendiri.  Nak buat macam mana dah masanya diorang berkenduri, dan kekadang ada masanya pulak kita menerima jemputan kenduri hampir setiap hari.  Tapi untuk esok majlis akikah tak dapat dihadiri kerana mesyuarat dari pagi hingga petang di sekolah.... katanya dalam surat jemputan... makan tengah hari disediakan. Sebelum ke sekolah esok wajib masak dulu untuk yang tidak bermesyuarat di rumah.



6 ulasan:

al-lavendari berkata...[Reply]

saya pun nak begholek kejap lagi ni ..

azi berkata...[Reply]

Salam Ibuintan..
Banyakkan berehat ye..semoga cepat sembuh dari demam tu..minggu depan nak buka sekolah dah...:)

p/s semalam memang banyak jemputan kenduri..saya pun ada 3 jemputan..

Pn Kartini berkata...[Reply]

Tini start bermeeting Rabu nanti..lepas tu..bertubi2 harilah bermesyuaratnya..;)

MOga IbuIntan sembuh sepenuhnya yaa:)

citarasa rinduan berkata...[Reply]

ayu pun stiap hujung minggu mkn nasi kenduri

Salmi berkata...[Reply]

Musim kenduri belum berakhir tapi dah kena ke sekolah semula. Rasa baru je bercuti.

Salam perkenalan..

NzA berkata...[Reply]

setiap hr ada je jemputan kawin....badan dh rasa semacam dh....huhuhu....