Followers

Selasa, 11 Disember 2012

Mengurat PATI.

Pendatang tanpa izin yang satu ni, dah beberapa minggu muncul di rumah ibuintan.  Memula muncul garangnya nak mampuss... pantang dipandang mulalah terangkat-angkat misainya,  jual mahal, siap menderam-deram sekali... dipanggil lari mencicit, tapi sejak dua tiga hari ni bukan main lagi peramahnya, tak panggil pun datang.... dah datang tereseh-eseh, tertinjau-tinjau, terhegeh-hegeh....  terayu-rayu pulak... panggil yang lain, dia yang sampai dulu.... mentang-mentang  tuan rumah ni baik hati.... hahaha tuan rumah perasan.... memang baik pun, dalam dia sombong sejak datang  dulu perhatian telah mula diberikan... walau pun sombong dengan tuan rumah, habuan tetap dapat daripada tuan rumah... kan baik tu kan!

Datang dengan selambanya.

 Malu tapi mau.... comel sangat, nak ngurat jugak ni sampai dapat..

Terintai-intai , takut-takut berani lagi.... hajat hati nak masuk tu TAPI !!

.............Paling takut pada si bekas PATI yang dah berlagak menjadi tuan rumah ni.

Anak kucing comel itu datang entah dari mana, mungkin ada orang yang dah membuangnya.  Ibuintan memang sejak dari kecil teramat suka dan sayang pada kucing.  Semasa remaja ibuintan ada tiga ekor kucing yang amat disayangi... Lobo, Bomer dan Kiki.  Kucing menjadi teman paling akrab, pergi sekolah dihantarnya hingga luar pagar, balik dari sekolah pun ditunggunya juga di tepi pagar... tidur malam pun sama sekatil, ibuintan mula berpisah dengan kucing selepas ke kolej.  Kucing yang terakhir ialah Bomer,  mati selepas sebulan ibuintan masuk ke kolej.... menurut cerita emak, kucing tu tak mahu makan dan asyik menunggu di tepi pagar ,.. akhirnya hilang entah ke mana... tu lah kucing terakhir yang pernah dibela.


Selepas itu sehingga tiga bulan lepas, ibuintan tidak pernah lagi membela kucing di rumah sendiri.... setakat memberi makan kucing liar yang datang ke rumah tu adalah dan menumpang menyayangi kucing peliharaan abah mertua  Tapi sejak tiga bulan lepas, kedatangan seekor anak kucing yang teramat manja menjadikan kegemaran lama berputik kembali.  Ibuintan nekad membela semula kucing walau mendapat bantahan daripada suami dan anak-anak.  Suami dan anak-anak tidak sukakan kucing.... memasing takut dan geli dengan kucing.  Tapi kucing ni yang manja dan tidak berputus asa mendekati yang lain-lain menyebabkan ianya semakin hari semakin diterima kehadirannya.  Ianya kini semakin disayangi oleh anak-anak.... mereka juga sudah mula  berani untuk menyentuh dan memegangnya.... sudah mula bising bila makanan kucing tu habis. Mana taknya cepat habis, pantang mengiau pasti diberinya makan...dulu kurus kini dan makin membulat.


Nilah BotBet yang mula mencuri hati semua penghuni rumah ni.  Asalnya PATI juga.



BotBet ini cepat disukai oleh yang lain-lain kerana sikapnya yang pembersih... memang pembersih kucing ni, kalau tak tidur, nilah saja kerjanya.... membersihkan diri selain menggatal bermain dan berlari di seluruh rumah ..... Azim sangat suka melayannya bermain.  BotBet juga seakan paham dengan  'last warning' suami... ia akan selamat dan bebas bersama isi rumah selagi ia membuang bahan sisa pepejalnya di luar rumah dan sehingga kini arahan itu diikutinya dengan baik.  Piihan port untuk pembuangan sisa pepejalnya juga tidak mendatangkan masalah kepada yang lain... longgokan pasir di tepi pagar.  Jadi tiada pencemaran bau.


Harap-harap lepas ni BotBet dan si anak comel di atas boleh berkawan... anak comel itu nak diangkat dan diberi taraf  pemastautin tetap untuk tinggal serumah bersama seisi rumah.







6 ulasan:

Yunus Badawi berkata...[Reply]

PATI ni dah dapat IC lah ya? .... hehehe

ibuintan berkata...[Reply]

@Yunus Badawi


yo YB... hehehe ic kaler hijau

kasihibu berkata...[Reply]

hehehe...hidup ibuintan!!!
best ada kucing tunggu kita balik kan?

MulutPayau berkata...[Reply]

comelnya pati tu...

ahkakbatik berkata...[Reply]

suka kucing tapi tak boleh bela kucing... cantik kaler bulunya.

sal berkata...[Reply]

Mengalu2kan kehadirannya..
moga menyenangkan dan membahagiakan hati tuan pemilik barunya..